Monday 17 March 2014

FMFA 2014 : Satu Lagi Tamparan Buat Kita

 
(sumber : thestar.com.my)
 Konsert FMFA 2014 (Future Music Festival Asia).
Puluhan ribu penonton hadir dari dalam dan luar negara.
Dan terkini, enam darinya maut!
Katanya...akibat penggunaan dadah berlebihan.
Yang sedihnya...empat darinya adalah *Muslim!
*Berdasarkan nama mereka.
 
 
(sumber: tourism.gov.my)
 Dan bertambah sedih bila tahu...
Konsert ini adalah sebahagian acara dalam kalendar pelancongan Malaysia.
Ya, ia konsert yang direstui dan disokong oleh kerajaan!
 
Kita sibuk berkempen bebaskan diri dari dadah,
Tapi kita yang sediakan wadah belia dan dadah.
Kita risau bila sana sini buang bayi luar nikah,
Tapi kita yang galakkan pergaulan bebas tanpa nikah.
Apa sebenarnya pendirian kita?
 
Bukan. Saya bukan anti kerajaan.
Dek kerana rasa sayang pada negara, saya sedih bila ini yang kerajaan buat.
Sungguh...saya cintakan Malaysia yang berlabelkan 'Negara Islam'.
Hentikan budaya tidak sihat - HIBURAN MELAMPAU.
 
 
Nota: Saya tidaklah menuding jari semata-mata kepada penganjur dan kerajaan yang meluluskan. Kerana pada asasnya setiap dari kita bertanggungjawab terhadap perlakuan sendiri. Tetapi kerajaan sebagai pihak yang mempunyai KUASA, gunakanlah ke arah kebaikan.
 


19 comments:

  1. apa agaknya pergerakan, organisasi, pertubuhan dan blablabla yang namanya berasaskan islam dan melayu buat sekarang bila anak2 kita mati kat tempat macam ni. ohya, tak buat apa2 sebab kalau banyak bunyi pun, tak mendatangkan keuntungan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. menurut beberapa NGO islam, mereka tak tahu yg konsert ni bakal diadakan. Promosinya seakan disorok2, tapi dlm diam boleh meraih puluhan ribu pembeli tiket.

      Delete
  2. Agak-agak siapa yg meluluskan permit, siapa yg memberi kebenaran, siapa yg menganjurkan, siapa yg suka hiburan? semua ini sudah terang tak perlu bersuluh. Apa guna sediakan payung kalau sebenarnya bukan sebagai pelindung tapi sebagai alat memelangkung..

    Ada rasa marah tapi sedih dgn apa yg terjadi.
    Siapa tak sayang negara sendiri Ujie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. marah dan sedih bersatu. di saat negara bergelut dgn masalah jerebu & kehilangan misteri MH370, ada pihak yg tegar nak berkonsert.

      Delete
  3. Budak2 zaman sekarang ni kalau nak buat jahat tu memang jahat buas sungguh2..sampai tak de simpan sikit pun..

    ReplyDelete
  4. Boleh tak rasa macam tak nak terima kenyataan ini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak, betul. Boleh tak kalau saya nak pejam mata aje akan hal ini? Saya nak tidak kan aje semua laporan tu? Boleh tak?

      Delete
    2. pahit sangat kan..sampai tak sanggup kita hadapi. Satu demi satu..

      Delete
  5. ini bukan saja tamparan..malah terajangan tikaman semua.. grr.. saya baca, bukan first time berlaku kematian.. last year ada jugak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah..last year khabarnya sorang je mati. Kali ni ramai..harap thn2 mendatang dah tobat la menteri kita nak luluskan hiburan melampau.

      Delete
  6. Semakin merah pipi kena tamparan itu ujie... masih tak Sedar diri mrk lagi...

    ReplyDelete
  7. xtau nak kata apa.

    hm.. moga terbuka hati mereka terutama yang bergelar Islam.

    ReplyDelete
  8. kena sama2 perhati golongan muda sekeliling kita..

    ReplyDelete
  9. Kesian keluarga yg merasai apa yg terjadi.
    Harap-harap semua ini menjadi iktibar buat mereka yg pergi.

    ReplyDelete
  10. Moga keluarga dan parents yang lain dapat amik iktibar dari apa yang berlaku..

    ReplyDelete
  11. 19 April ni nak buat parti 'Life In Colour' pula kat Malaysia, kononnya parti liar terbesar di dunia. Apa nak jadi dengan negaraku yg tercinta ini entahlah, asyik mencabar kemurkaan Allah. Tak serik2 lagi dengan poelbagai amaran dan musibah??

    ReplyDelete
  12. benda dah berlaku , ambillah iktibar dari peristiwa ni !

    ReplyDelete
  13. sebenarnya konsert macam nie memang mengundang gejala dadah and sy pasti mereka yang berwajib juga tahu..mungkin sebab keuntungan dari pelancung asing yang mengaburi mata mereka sehingga mereka boleh tutup sebelah mata...peratus pengguna dadah yang datang adalah lebih tinggi daripada pengunjung konsert rock...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  14. Sedihnya tgk benda2 mcm ni. Terfikir apa la yg ada dlm fikiran mereka ni. Apa tujuan hidup mereka. Mungkin mak ayah terlalu kaya, dan mereka tak perlu susah payah nak cari duit lagi. Takde benda yg perlu dipikirkan dah tu yg jadi mcm ni.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****