Wednesday 26 March 2014

529

Hukuman MATI terhadap 529 orang ahli Ikhwanul Muslimin.
  • Pada hari Isnin 24 Mac 2014, Mahkamah Jenayah Minya di Mesir menjatuhkan hukuman mati (suatu pembunuhan sebenarnya) ke atas 529 orang ahli Ikhwanul Muslimin (iaitu penyokong Dr. Morsi, presiden Mesir yang telah digulingkan menerusi rampasan kuasa).
  • Hukuman dijatuhkan dalam dua sesi perbicaraan ringkas. Kedua-duanya hanya berlangsung kira-kira 20 minit!
  • Hukuman ini jelas sekali didalangi rejim pemerintah Mesir untuk mengukuhkan kuasa mereka dan menakut-nakutkan rakyat Mesir menjelang pilihanraya tidak lama lagi.

Sayu - Salah seorang pelajar yang merupakan antara 529 penyokong penentang kudeta yang bakal dihukum mati memeluk adiknya semasa di mahkamah.
 
Demonstrasi pelajar Universiti Alexandria (Iskandariah)...
 
Suarakan bantahan kita!
BANTAHAN & SERAHAN MEMORANDUM
Hari : Jumaat (28 Mac 2014)
Lokasi : Kedutaan Mesir
 
*Ikuti perkembangan terkini Mesir di Fb Mesir Kini.
 
Nota Hati : Di kejauhan, hanya doa mampu dikirimkan buat mereka-mereka yang berjuang di jalan Allah. Moga kebenaran mengatasi kepalsuan.
 


10 comments:

  1. Dahsyat bila yg menjatuhkan hukuman adalah org Islam ke atas umat Islam yg sebenarnya mendokong kebenaran Islam. Ngeri kakak apakah ini bagai tidak ada apa bila semua negara memandang sepi. Sedih kerana jika terjadi kepada umat Islam semua memandang sepi.

    Bimbang murka Allah - na'uzubillah. Bersama kita mendoakan para syuhada' ini Ujie.

    ReplyDelete
  2. Bila alim ulamak dibunuh...
    Penegak kebenaran digantung mati...
    Yang tinggal hanya buih...

    ReplyDelete
  3. Perbicaraan 529 orang, hanya 20 minit.
    Memang betul, ini bukan hukuman mati.
    Ini pembunuhan terancang.

    Mana suara negara Islam sedunia?
    Mana OIC?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo...I see...katanya. Tengok je lah, takde bunyi.

      Delete
  4. syahid bagi mereka y menegakkan Islam..sesuatu y kita takuti sudah melanda..moga syahadah & iman kita bersatu

    ReplyDelete
  5. moga kebenaran akan terbukti jua...

    ReplyDelete
  6. Nampak betapa takutnya orang kafir dengan orang Islam. Kenapa perlu bunuh? Hukumannya sudah dijalankan ke belum?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Stkt pg tadi yg saya tahu, hukuman blm dijalankan lagi. Moga2 dgn tekanan dari beberapa pihak yg prihatin, hukuman dibatalkan.

      Delete
  7. Itu bukan hukuman mati oleh mahkamah, itu PESTA pembunuhan namanya. Tapi jika ditanya kepada kerajaan Mesir mesti mereka akan berkata, "Itu urusan mahkamah, mahkamah kita bebas, kerajaan tak boleh buat apa-apa...."

    ReplyDelete
  8. Bumi mesir memang dikenali sebagi bumi untuk syuhada.. bumi disemai dengan darah syuhada .. Allah Allah..

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****