Thursday, 16 January 2014

Akaun Tabung Haji Untuk Anak

Tabung Haji (TH) menyarankan anda agar membuka Akaun Simpanan TH bagi anak anda seawal kelahiran dan seterusnya mendaftarkan haji untuk mereka setelah jumlah simpanan tersebut mencapai RM1,300 (*jumlah minimum syarat pendaftaran haji)
 
[fb TH : Official TH]
 
--------------------------------------------------------------------------------------
 
Saranan di atas membawa ingatan saya kepada allahyarham Bapak. Walaupun Bapak cuma bekerja sendiri (mengusahakan kedai makan kecil di tepi laut Bandar Pontian), tapi Bapak tak lupa membuatkan akaun TH untuk kami 9 beradik dan membuat simpanan untuk kami. Setiap bulan Bapak akan mengagihkan simpanan sekurang-kurangnya RM10 untuk anak-anak yang kecil dan RM20 untuk anak-anak yang lain-lainnya. Kenapa berbeza? Sebab masa bukak akaun untuk semua tu umur dah berbeza. Bapak saya buatkan simpanan untuk yang masih belajar je. Sebab tu anak-anak yang lebih besar dapat simpanan lebih. Pada penghujungnya, tiap-tiap orang akan dapat RM1,000 lebih hingga RM2,000.
 
Walaupun bukan sejak lahir dan dengan nilai yang tidak banyak, tapi sekurang-kurangnya Bapak dah berusaha memulakan simpanan menunaikan haji buat kami adik-beradik. Sekarang ni kalau tengok duit TH, mesti teringat Bapak yang memulakan simpanan buat saya.
 
Bila dikenang semula, bukanlah suatu yang mudah nak buat simpanan untuk anak seramai 9 orang ni. Sebab banyak lagi keperluan persekolahan kami yang perlu Bapak penuhi. Ada suatu ketika tu, Bapak perlu biayai 3 orang kakak yang berpeluang masuk ke asrama dalam masa yang sama. Alhamdulillah Bapak mampu melakukannya dan berpeluang menunaikan umrah, seterusnya haji bersama-sama Mak semasa hayatnya.
 
Insya Allah kalau saya berpeluang ada zuriat sendiri, saya pun berazam nak membuka akaun sebaik je mereka lahir. Dan setiap bulan mesti ada simpanan, walaupun RM10. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit!  
 
Nota hati : Nampak kecil pada nilai, namun besar impaknya. Ia juga bagai tanda kasih berpanjangan. Terima kasih Bapak!
 


35 comments:

  1. Alhamdulillah... bapak yg celik tak sama Ujie. Syukur teramat sangat.

    Anak kakak pun sebaik dapat surat kelahiran terus buka a/c dan daftar TH juga. Duit mengaji di RTM tiap bulan pun kami tak usik terus masuk TH juga. Mudahnya zakat dah dikeluarkan jadi kita tak perlu lagi nak mengira-ngira tiap tahun. Masa pergi umrah pun kami tak usik pun duit mereka. Kakak tak tahu masa akan dtg pembelajaran mereka macam mana. Kalau setahun anak kita boleh simpan 2-3K masuk usia 18 tahun lepas SPM kiralah sendiri - kalau boleh tak payah buat pinjaman masa belajar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...tahniah kak! Untung mereka..
      Dgn jumlah gitu, rasanya nnti mereka tak perlu loan belajar. Bebas hutang!

      Delete
  2. Kalau nak tunaikan haji pun dah boleh dah tinggal tunggu masa utk dipanggil aje...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukur..tumpang gembira. Saya..tunggu masa panggil, tapi duit blm cukup pun. Hehehe

      Delete
  3. alhamdulillah, sebak baca tulisan Ujie..besar jasa mak ayah kita..
    rasa teringin sangat2 nak tunaikan haji, moga sempat..
    kakzakie alhamdulillah dah dapat :)..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa menulis ni, mmg rasa semacam...mcm layar..teringat masa lalu. Susah payah mak ayah cari rezeki dan besarkan kami yg ramai ni.
      Insya allah..moga kita sihat & sempat buat haji.

      Delete
  4. insyallah kalau dimuarahkan rezeki nanti sy akan buka juga akaun ini...thanks for the sharing kak,..sy pun tak tau tabung haji dah ade akun untuk anak...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukak cepat2 azlan, dah ada rm1300 baru boleh daftar haji. Nanti Q makin sgt panjang. Akak ni pun dah tua2 esok baru sampai turn.

      Delete
  5. Sy silap bukak SSPN utk anak. Rasanya nak ttp SSPN n bukak akaun TH utk Aydin. Boleh ke Uji?

    ReplyDelete
    Replies
    1. pendapat saya..buka TH lebih elok Fara. Masih dpt menabung utk anak ke IPT..dapat jugak dorong anak utk tunaikan haji.

      Delete
  6. saya pun bukak akaun sspn utk anak.rugi.takde dapat apa pun.ada niat bukak TH untuk anak.moga niat termakbul..thanx sharing..

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah anak sy dah ade akaun tbg haji.. segala duit dia semua masuk situ.. termasuklah duit raya .. atau sedara mara bg...

    ReplyDelete
  8. Akak dah menyimpan utk mereka sewalnya ujie tapi tak sempat nak daftar haji lagi ni... nak pergi cepat ni...

    ReplyDelete
  9. ada terfikir gak nak buat akaun ni, tpi still tak terbuat2 lagi. adoii.. setakat ni saya hanya beli emas dan simpan emas je utk Luth. Duit tak simpan. huhu. tabung haji kena simpan gak sebab nak register utk dia naik haji kan.

    ReplyDelete
  10. Saya juga buka akaun dlm TH utk semua anak2, ada potongan tetap dari saya dan isteri utk mereka. Duit raya mereka juga dimasukkan dlm TH. Nanti bila dah besar mereka boleh tambah sendiri...

    ReplyDelete
  11. malu..saya belum bukak acc tabung haji untuk anak anak lagi.. insya allah cuba diusahakan dalam jangka masa terdekat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe Rai...takde istilah terlambat. :)

      Delete
  12. alhamdulillahh., sebak gak wak membaca psl arwah bapak akak ujie tuuu yee..,

    psst. dulu wak pon sukak lepak tepi pantai pontian pas mamam nasi goreng ayam kat warung tupon dh tutup skrg kanns.,

    psst. arwah bapak tu dh g haji harapnye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah dirobohkan pun warung2 kat situ, sume pindah area Tambak.
      Alhamdulillah wak..bapak dah sempat g haji masa hayatnya..dgn duit niaga tu lah.

      Delete
  13. Sangat berguna untuk masa depan anak2.

    ReplyDelete
  14. mmg kena daftar seawal mungkin.
    Q makin panjang.
    Sikit2, lama2 jadi bukit

    ReplyDelete
  15. hari tu bukak akaun tabung haji untuk anak x dapat pulak tabung..habis stok katanya..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti tuntut lagi kat TH, bkn apa..ada tabung tu bolehla bagi semangat kat anak utk menabung.

      Delete
  16. saya pun ada akaun tbg haji sejak kecik mak bukakan..cuma dok kuar msk je...hihi.dftr haji 2thn lps-dah thn 2045 glrn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..sama la kita. Keluar masuk je duitnya...ikut keperluan hidup.

      Delete
  17. ita plok baru buka dalam tahun 2008...
    setiap sepasang baju yang siap ita cabut rm5 untuk tabung haji...
    cukup duit terus daftar haji..kalau ada rezeki 2033 sampai lah giliran..harap2 lebih awal dari tu..
    lama2 memang akan jadi bukit...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah..bagusla ita! setiap pasang baju ada sumbangan utk g haji.

      Delete
  18. maisara dah ada.Mikhail belum ada.Masuk seblan 10 ringgit je.kalau raya atau balik kampung kadang2 tok nya bagi duit,ada la masuk lebih ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. biar rm10, janji tetap tiap bln.

      Delete
  19. alhamdulillah.. nina akan buat nanti akaun ni..

    ReplyDelete
  20. betul tu...kak lea pun dah bukak akaun TH untuk anak2.jika ada rezeki lebih,besarlah angka yang dimasukkan.janji duit simpanan anak bertingkek-tingkek..gitu he3...

    ReplyDelete
  21. Saya dah besar pun tak de akuan TH lagi .. sedih nyerrr huhuhuhuu...

    ReplyDelete
  22. ek eh. thnx sbb bg idea. lepas ni nak daftar haji lah utk anak anak. rsnya duit dorang masing masing dah cukup RM1300 sorang. Kalau x cukup boleh la top up sikit. sy x simpan tiap tiap bulan pun. harap simpan duit raya je.

    ReplyDelete
  23. Alhamdulillah, anak2 memang dh buka TH..yg sulung dh dftr haji..yg baby ni je belum buat lagi...InshaAllah.. ! tq ilmu yg bermanfaat utk semua ibu bapa...

    btw, nk ajak join this giveaway...

    boleh pegi ke link ni

    http://www.vitaminhouz.com/2014/11/giveaway-best-buat-mama-bayi.html

    ReplyDelete

Komen kalian...bicara antara kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...