Thursday, 31 October 2013

Khabar...

Semoga sahabat blogger semua dalam keadaan sejahtera. Agak sukar menyusun ayat setelah 20 hari tak menulis di blog. Selama itu jugak tiada komen-komen saya di blog korang, pasti banyak cerita yang saya dah ketinggalan. Khabar saya...

LAPTOP
Lepas balik dari cuti Raya Haji, laptop comel saya (netbook) langsung tak boleh nak 'on'. Itulah penyebab kenapa saya berhenti menulis. Ada smartphone dan iPad, tapi tak semudah menghasilkan catatan di laptop. Sebab saya biasa buat carian & rujukan kat mana-mana laman web masa menulis tu, masukkan gambar lagi... Untuk catatan kali ni, saya guna iPad. Takde masalah sebab cuma tulis cerita peribadi (yang tak perlu kepada sumber rujukan) dan tanpa gambar.

ABAH
Ahad 27 Oktober 2013...mencatat satu lagi detik duka dalam hidup saya (terutamanya suami). Pada hari tersebut, selesai azan Subuh saya dikejutkan dengan panggilan telefon daripada sepupu suami. Berdebar...sebab kalau takde hal penting, orang tak call awal subuh begini. Seakan tak percaya...bila Ain menyebut "Pak Ngah dah takde..". Berulang kali saya bertanya, nak memastikan kata-katanya tadi. Pak Ngah iaitu ABAH...bapa mertua saya telah kembali ke rahmatullah sewaktu dalam tidurnya. Sebak...saya tak mampu berkata-kata lagi. Terkejut sangat sebab Abah takde sakit apa-apa.

Detik-detik sedih seterusnya, biarlah kekal dalam memori saya dan suami. Apapun saya bersyukur sebab kami sempat tiba di kampung. Suami dapat memangku dan memandikan Abah. Alhamdulillah...semua urusan berjalan lancar dan selesai kira-kira jam 11 lebih.

Semoga Allah mengampunkan dosa allahyarham Abah dan menempatkan rohnya dikalangan orang beriman. Jika empat tahun lalu saya kehilangan bapa saya - BAPAK, kini saya tiada bapa mertua - ABAH.


Thursday, 10 October 2013

Bangi Gateway & Sweetness Guaranteed!


BANGI GATEWAY...sebuah pusat membeli-belah yang baru dibuka di Bandar Baru Bangi. 
Rekabentuk moden, luas dan merupakan pusat membeli-belah terbesar di BBB ni.
Masa saya pergi baru-baru ni, tak banyak premis yang beroperasi.
Antara yang dah beroperasi...pasaraya Jaya Grocer dan beberapa premis fast food.
Ada satu aras tu pulak menempatkan para peniaga yang menjual pakaian wanita sahaja.
Bagi yang berdekatan, bolehlah berkunjung ke sini.
Kurangkan sesak kat bangunan PKNS & Warta tu.



Hasil membeli-belah kat Jaya Grocer tadi...
sebiji tembikai yang harganya sesuai dengan kualiti.
'sweetness guaranteed' itu yang tertera pada label buah ni.
Betul ke? Bau memang harum macam tembikai susu. 
Bila dibelah semerbak aroma harum buah ni. 
Takde bahagian keras macam buah tembikai yang biasa tu.
Bahagian luar yang perlu dibuang pun nipis je. Berbaloi sebab boleh makan banyak.
Dan..seperti dijamin, memang MANIS dan berjus. Bukan manis-manis buah dah yang ni.
Kalau korang jumpa, bolehlah cuba beli ya. 
Tak taulah saya ni tembikai jenis apa...

Wednesday, 9 October 2013

FREE PARKING di Shah Alam

Sempena Ulang Tahun Bandaraya Shah Alam ke-13, tempat letak kereta awam tidak akan dikenakan sebarang caj bayaran pada 10 Oktober 2013Pengecualian caj bayaran ini tidak termasuk tempat letak kereta yang diuruskan oleh pihak swasta.

Pertanyaan sila hubungi Jabatan Pengurusan Hasil dan Pelaburan, MBSA di talian : 03-5522 2882


(sumber: media selangorku)
----------------------------------------------------------------------

Baca betul-betul tau, percuma untuk ESOK sahaja dan cuma di SHAH ALAM sahaja. Walaupun cuma untuk sehari dan bukan untuk seluruh negeri Selangor, tapi saya tertarik dengan pengumuman ini. Tak pernah dengar perkara ni berlaku di tempat lain dalam Malaysia ni. Kalau ada sila bagitau, kot saya yang tak tau.

"Eleh...sehari je pun kecoh! Tempat parking je pun". Bagi sesetengah orang, berita ni memang takde apa-apa. Tapi bagi yang hari-hari parking kereta dan tanggung bayarannya, sehari pun dah cukup baik. Tiap hari kena bayar, tetiba ada satu hari tu FREE! Kan seronok.

Monday, 7 October 2013

Jootawan

Cuma boleh tayang gambar pelekat pengenalan diri je,
sebab dalam bilik seminar dilarang merakam
.

Sabtu lepas saya menghadiri Seminar Ledakan Facebook anjuran Jootawan.com, yang dimiliki oleh Ammar Zahar. Seminar ni untuk beginner, bayaran pun cuma RM40/seorang atau RM49/tiga orang. Bolehlah untuk saya yang tak pernah hadiri seminar begini. Dapatlah tambah ilmu sikit, kalau nak banyak kena hadiri seminar yang berharga beberapa ribu pulak. 

Yang menariknya, pelbagai peringkat umur yang datang. Dari umur belasan tahun sampailah yang dah pencen, gigih cari ilmu. Masa pergi seminar ni jugaklah baru saya kenal siapa Ammar Zahar ni. Seorang yang bertaraf jutawan internet semasa umur 20-an! Sekarang pun umurnya belum 30tahun. Apa yang saya faham, dia jadi jutawan atas jualan e-book dengan pelbagai topik. Jadinya, kalau korang pandai menulis dan mahir Bahasa Inggeris bolehlah belajar buat e-book. Bahasa Melayu boleh jugak, cuma orang kita belum biasa beli e-book berbanding orang putih tu. Saya sendiri pun tak pernah beli, rasa macam tak syok baca 'buku' tak boleh conteng/tanda.

Untuk tahun ni, seminar begini dah pun tamat dengan lokasi terakhir semalam di Melaka.

Friday, 4 October 2013

Jom Tutup Lampu



PETALING JAYA 4 OKT: Dunia dan akhirat harus jalan seiring, tidak kira dalam apa juga keadaan terutama dalam perniagaan.
Sehubungan itu, program ‘Jom Tutup Lampu’ diperkenalkan di pasar malam sekitar Daerah Petaling oleh Adun Taman Medan, Haniza Talha.
“Program ini dilaksanakan bagi memberi kesedaran kepada para peniaga dan pembeli supaya tidak meninggalkan solat walaupun dalam keadaan yang sibuk,” katanya sewaktu meninjau Pasar Malam Taman Medan 10 untuk melihat keberkesanannya.
Ternyata program ini disambut baik semua peniaga dengan menutup lampu serta-merta ketika azan Maghrib berkumandang.
“Konsep berniaga dan beramal ini diharap dapat diikuti pasar malam di tempat lain, kerana selain mengejar rezeki yang halal, kita masih mampu laksanakan kewajipan sebagai seorang Muslim,” katanya.
Menurut YDP Peniaga Pasar Malam Bumiputera Petaling Jaya, Kamal Abdullah, program ini dilaksanakan sejak tiga minggu lalu di lima pasar malam, antaranya Sri Manja, Lembah Subang, Kampung Lindungan, Medan 9 dan juga di Dato’ Harun.
(sumber : media selangorku)
------------------------------------------------------------------------------------

Bagusnya usaha sebegini. Terasa suasana Islam dalam sebuah negara yang memang sudah dikenali sebagai 'negara Islam'. Pihak yang berkenaan dah membuat usaha, selebihnya terserah pada para peniaga dan pembeli untuk solat atau tidak (sebab masih ada segelintir kita yang sengaja tinggalkan solat).

Semoga program baik ni dapat dijalankan di semua pasar malam seluruh negara. 

Thursday, 3 October 2013

Kabinet Dapur Aluminium

Hujung minggu lepas saya dan suami ke 'My Home Expo 2013' di Stadium Tertutup Nilai, N. Sembilan. Niat nak meninjau apa-apa yang perlu untuk rumah baru (Insya Allah bakal dapat kunci rumah dalam sebulan dua ni). Kat ekspo tu kami jumpa 3 syarikat buat kabinet dapur. Satu daripadanya menawarkan kabiner dapur aluminium - Chai Builder Sdn. Bhd.

Kelebihan kabinet dapur aluminium :

  • bebas gangguan anai-anai.
  • kalis air
  • kalis minyak (tiada kesan kotoran kekal ditinggalkan)
  • binaan kukuh
  • mudah dicuci / dibersihkan

Contoh dapur seorang pelanggan (ambil dari fb syarikat).
Harga promosi...sah selama 1 tahun dari tarikh bayar deposit.

Dari segi harga memang terlebih dari bajet asal yang tak banyak mana. Tapi memikirkan kelebihannya, kami memang tertarik. Makanya, kenalah ambil dari bajet pembelian keperluan (kehendak sebenarnya) yang lain. Samada pembelian lain tu ditangguhkan atau beli dengan bajet lebih rendah. Sebab kabinet dapur ni lebih penting dan lebih mudah kalau dipasang sebelum kita mendiami rumah tu. 

Kalau korang ada pengalaman dengan kabinet dapur aluminium ni, ceritalah ya. Bagi ukuran, harga & spesifikasi lain (cth: 3G color glass, solid top) pun bagus, buat panduan yang lain. 


Wednesday, 2 October 2013

Cikgu Mintak Maaf...

Takziah dan simpati amat kepada mangsa keracunan.
Kes keracunan ni buat saya terkenang kisah lalu.
Kisah zaman sekolah menengah berasrama.

Waktu makan malam di asrama kami adalah pada jam 6 petang.
Saya tak ingat apa menunya yang menyebabkan kami keracunan.
Yang pasti sakit perut saya cuma bermula pada keesokkan paginya.
Cikgu mengajar di depan dan saya berkerut muka menahan sakit perut.
Habis waktu untuk subjek tu, bergegas saya ke tandas berhampiran.
Terkejut saya tengok tandas penuh, siap beratur lagi.
Pergi tandas blok lain pun sama...semua kena beratur.
Akhirnya saya menuju ke asrama, tandas memang banyak.

Sudahnya saya lewat masuk kelas subjek sains.
Sampai makmal sains, cikgu (perempuan) dah tunggu dengan muka marah.
Saya jelaskan apa yang sebenarnya...tapi cikgu tak percaya.
Tak pasal kena denda berdiri belakang kelas makmal untuk satu jangka masa.
Tak segan sangat sebab ada beberapa pelajar yang kena denda sama.

Tak lama lepas tu, kedengaran pengumuman dari pembesar suara...
Berlaku kes keracunan makanan!
Semua pelajar yang terlibat diminta berkumpul untuk ke hospital.
Terus cikgu perempuan tadi datang kepada saya dan mintak maaf.
Sebab dia dah salah anggap dan tak percaya kata-kata saya tadinya.


Esoknya keluar kat surat khabar gambar pelajar sekolah kami yang tengah tunggu untuk rawatan di hospital Seremban. Dan kemudiannya berita laporan siasatan mendapati keracunan makanan kemungkinan disebabkan tahap kebersihan pekerja/tukang masak dewan makan.


Tuesday, 1 October 2013

Dayus atau Nusyuz?

Kebiasaannya kita cuma tahu suami DAYUS, tapi kita mungkin tak tahu adanya suami NUSYUZ. Ya, ada beza bagi keduanya. Kita lihat situasi berikut:

Kisah A
"Aku tengok bini kau keluar malam-malam masa kau takde. Pakaian pun bukan main...jeans ketat, baju lengan pendek, tudung entah ke mana. Baik kau tegur bini kau tu." nasihat Eman kepada Manan. "Biarlah dia keluar, dia bosan tu aku kerja malam. Pasal tudung tu...dia memang tak boleh pakai, nanti sakit kepala dia datang." jawab Manan dengan tenang.

Kisah B
Walaupun sudah berkahwin, Ailin perlu menyara kehidupannya sendiri. Si suami jarang-jarang memberi wang untuk keperluan harian, sewa rumah pun perlu dilunaskan sendiri. Alasannya, duit gaji tak cukup. Sudah begitu, si suami rupanya seorang yang panas baran. Pantang ada yang tak kena di matanya, laju je tangan kasarnya singgah di pipi Ailin.


Merujuk kepada kisah A, nampak macam baik je Manan tak tegur mahupun marah isterinya. Tapi hakikatnya Manan adalah SUAMI DAYUS. Dayus bermaksud membiarkan kejahatan (seperti zina, buka aurat & pergaulan bebas) yang dilakukan oleh isteri dan/atau anak-anaknya. Sebab tu nak jadi suami kena ada ilmu agama, tidaklah nanti jadi suami dayus sebab tak tahu apa yang boleh dan apa yang tidak.  

Merujuk kepada kisah B, biasanya orang akan gelar suami yang kaki pukul ni suami dayus. Tapi yang benarnya, suami begini disebut sebagai SUAMI NUSYUZ. Nusyuz bagi suami bermaksud enggan menunaikan hak spiritual (komunikasi yang baik / tidak berkasar, beri didikan agama) dan hak material (mas kahwin, keperluan asas - makan, pakai & tempat tinggal). Untuk para suami, kenalah ambil tahu apa hak isteri yang perlu diberi supaya tidaklah jadi suami yang nusyuz.


*entri berkaitan - Lelaki Dayus & Suami Nusyuz.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...