Wednesday 31 July 2013

Ramadhan Hampir Tamat, Tapi Cerita Orang Sengaja Tak Puasa Tak Pernah Tamat!

Tajuk paling panjang pernah saya tulis! Rentetan penulisan Makan Dikhalayak Umum, saya tertarik untuk paparkan dua komen berikut:




Apa perasaan kita sebagai Muslim? Saya rasa MALU dan KESAL! Malu bila non-Muslim prihatin pada Muslim yang sengaja tak berpuasa di bulan Ramadhan. Kesal sebab masih terlalu ramai yang ambil ringan ibadat puasa yang termaktub dalam RUKUN ISLAM yang cuma ada lima (5) perkara. 

Apa puncanya? TIDAK SOLAT. Saya katakan tidak solat sebagai punca, ini berdasarkan pemerhatian saya terhadap insan-insan yang mengaku Islam tetapi liat berpuasa Ramadhan. Mana saya tahu mereka tak solat? Sebab bila menjalani kehidupan/bekerja sama-sama, kita tahulah samada mereka ada bersolat atau tidak. Memang ada orang yang berpuasa, tapi tidak solat. Tetapi belum pernah saya jumpa orang yang lengkap solat lima waktu, tapi tak puasa. Maksudnya, SOLAT ADALAH ASAS KEIMANAN. Kalau seseorang itu masih melakukan solat, bermaksud hatinya masih ada iman (percaya adanya Allah). Sekalipun dia tidak menutup aurat, masih berbuat maksiat. Dengan solat Insya Allah suatu detik nanti dia mungkin menutup aurat, berhenti berbuat maksiat.

Jadinya...kepada para penjaga/ibubapa, DIDIKLAH ANAK SOLAT. Suruh mereka solat sewaktu umur 7 tahun dan jika sudah umur 10 tahun tapi masih liat solat, pukullah (dengan tangan, bukan bantai dengan rotan ya). Ini memang cara yang dianjurkan dalam Islam untuk mendidik anak solat. Insya Allah bila anak cukup waktu solatnya, perkara lain pun jadi mudah. Kepada kita semua, rajin-rajinlah tegur kawan/ahli keluarga yang tak bersolat. Cakap dengan baik, ingatkan/ajak mereka bila tiba waktu solat dan jangan sekali menyindir ya! 

*tips merangsang anak solat..DI SINI.


p/s: Bukanlah bermaksud saya sempurna dalam solat/puasa, bila menulis begini. Tetapi sebagai ingatan, renungan dan ambil pengajaran bersama.


Tuesday 30 July 2013

Bubur Lambok Pak Hassan & Bunga Bawang

Keinginan tercapai...dapat jugak makan bubur lambok yang menepati citarasa. Alhamdulillah! Staf kat tempat kerja suami berkongsi rezeki dengan semua. Dapatlah merasa bubur lambok Pak Hassan Kg. Baru ni. Kalau ada yang nak order, bolehlah contact nombor kat atas tu ya.


Pertama kali...tengok bunga bawang. Asalnya cuma beli daun bawang kat pasar dan letak dalam bekas berisi air, lepas tu tahan berminggu dan siap kembang berbunga lagi! Saya saksikan sendiri dari kudup sejemput kecik, berkembang jadi kudup yang lebih banyak (gambar kiri). Dan kemudiannya berkembang jadi bunga kecil warna putih yang cantik (gambar kanan). Subhanallah!


Monday 29 July 2013

Makan Dikhalayak Umum

Beberapa hari lalu, sewaktu melewati sebuah restoran saya terpandang seorang wanita bersama beberapa orang anak kecil. Ibu dan anak-anaknya mungkin. Di atas meja mereka sudah terhidang makanan, cuma belum ada air minuman. Belum masuk waktu berbuka, tetapi sudah melewati jam 6 petang. Kemudiannya saya lihat mereka mula makan, termasuk wanita bertudung (yang saya rasa Melayu Muslim).

Saya mengendap? Tidak. Mereka makan di meja yang bersebelahan dengan bahu jalan raya. Terbuka. Walaupun rasa kesal kerana wanita ini makan dikhalayak umum pada bulan Ramadhan, tapi tak layak juga untuk saya mengutuk perbuatannya. Kerana saya tidak bertanya pada dia, saya tidak mengetahui apa alasan dia untuk turut makan bersama dengan anak-anak kecil tadi. 

Suatu waktu dahulu, saya bekerja satu pejabat bersama rakan-rakan Cina yang bukan Islam. Pada hari-hari biasa (selain Ramadhan), mereka makan di meja makan masing-masing. Bila tiba bulan umat Islam wajib berpuasa, mereka beredar ke sudut yang tersorok dan tertutup dari pandangan umum. Katanya, sebab saya berpuasa. Tak elok untuk makan di depan mata saya. Saya tersenyum. Saya jelaskan mereka tak perlu berbuat begitu sebab mereka bukan Islam. Mereka bebas makan di mana pun tanpa perlu sorok-sorok. Tapi mereka tetap makan sorok-sorok. Cuma bila mereka minum (biasa memang ada air minuman atas meja kerja), mereka selalu minta maaf sebab terpaksa minum depan saya. Saya terharu dan gembira, mereka menghormati agama saya biarpun saya satu-satunya perempuan Melayu Muslim dalam pejabat.

Ada lagi cerita-cerita lain yang membuatkan saya senang dan rasa tidak terasing berada di tengah-tengah mereka yang berlainan agama dan bangsa ini. Semuanya berdasarkan rasa saling HORMAT!






.

Friday 26 July 2013

Lakaran Sejarah 17 Ramadhan

[sedikit perkongsian dan refresh peristiwa bersejarah dalam Islam. Kalau nak tahu lebih lanjut, korang KLIK pada link yang ada.]



PERANG BADAR

Perang Badar telah berlaku pada hari Jumaat, 17 Ramadhan 2 Hijrah. Perasan tak? Sama dengan hari ini, Jumaat 17 Ramadhan 1434H. Sedikit fakta Perang Badar:
  1. Berlaku pada tahun pertama Allah mewajibkan umat Islam berpuasa sebulan di bulan Ramadhan. 
  2. Rasulullah sallallahu 'alayhi wasallam sendiri mengetuai pasukan tentera Islam seramai *313 orang menuju ke Badar, bertujuan menyekat/mengawasi kafilah perniagaan Quraisy yang baru pulang dari Syam menuju ke Mekah. Ini kerana mereka sering menyerang dan merampas ternakan penduduk kampung di pinggir Madinah. *sesetengah mengatakan 317 orang.
  3. Sebuah peperangan yang tidak dijangka, kerana tujuan asal hanya menyekat/mengawasi kafilah perniagaan Quraisy.
  4. Tentera Islam akhirnya beroleh kemenangan walaupun pihak lawan - tentera kafir Quraisy seramai 1300 orang lengkap bersenjata dan berkenderaan (kuda & unda).



NUZUL QURAN

Nuzul al-Quran bermaksud penurunan al-Quran. Terbahagi kepada dua (2) tahap:
  1. Dari Luh Mahfuz ke langit dunia di Bait al-Izzah secara sekaligus.
  2. Dari Bait al-Izzah kepada Nabi Muhammad secara beransur-ansur dalam tempoh 23 tahun.
Ada beberapa pendapat berbeza dalam menentukan tarikh sebenar Nuzul Quran. Pendapat paling masyhur memilih tarikh 17 Ramadhan (hari ini). Dan pendapat lainnya mengatakan 24 Ramadhan. Tapi kita janganlah keliru, berpecah kerana perbezaan tarikh. Dari segi syarak juga tiada anjuran bagi sambutan Nuzul Quran ini. Apa yang penting, bagaiman pengisian al-Quran dalam kehidupan kita.

(sumber: al-Qayyim & abuanasmadani )


p/s: Entri ni patutnya publish lebih awal. Tapi penulisan terhenti bila elektrik terputus dek sambaran kilat petir. 

Thursday 25 July 2013

Balik Mana Raya Tahun Ni?

Harini sudah pun 16 Ramadhan...sekejap je kan.
Saya dan suami dah pun buat perancangan untuk balik kampung raya nanti.
Cuti raya suami baru je diluluskan, cuti yang agak panjang.
Untuk tahun ni kami berada di kampung (Johor) selama 9 hari.
Siap bagi 4 malam di kampung suami dan 4 malam lagi di kampung saya.
Kami memang patuh pada sistem giliran sejak mula berkahwin.
Dan tahun ni tiba giliran meraikan raya pertama di kampung suami.
Cukup 4 malam barulah bergerak ke kampung saya di daerah bersebelahan.

Bila nak tinggalkan rumah dalam jangkamasa lama ni, banyak hal nak kena rancang.
Antaranya pokok dalam pasu yang boleh dikira dengan jari tu...
Tahun-tahun sudah, banyak yang mati atau hampir mati sebab kena tinggal 7 hari.
Tahun lepas okey sikit sebab buat kaedah INI. Takde yang mati.


*Korang pulak...dah ada rancangan balik kampung raya ni?


Wednesday 24 July 2013

Tuesday 23 July 2013

Tak Beli Baju Raya?

Baju raya...kalau Hari Raya mesti orang kaitkan dengan baju raya yang baru. Bukan baju raya tahun lepas yang diguna semula pada pagi raya tahun ni. 

Tapi saya bukan jenis yang beli baju raya setiap tahun. Sebab saya tak pakai pun baju kurung selain pada Hari Raya, kenduri kahwin, ziarah kematian dan seumpamanya. Rugi pulak rasa kalau beli tapi cuma pakai sekali dua dalam setahun tu. Lepas tu tahun depan beli lagi, pun pakai sekali dua je dalam setahun. Baju-baju tu cuma tersimpan dalam almari. Cukup masa badan bertambah inci, keluarkan bagi kat orang walaupun baru pakai beberapa kali.

Ada tahun-tahun yang saya tak beli baju raya (ulang tayang baju raya tahun-tahun lepas), pasti ada ahli keluarga yang perasan dan tanya. 

Kenapa tak beli baju raya? Takde duit cakap...
Belilah walau sepasang pun, buat ada-ada...
Macam mana ni, orang perempuan tapi tak suka beli baju...
Belilah, nanti orang kata suami tak belikan baju pulak...

Tahun ni? Yup, saya dah beli. Tapi bukan baju kurung, saya tukar gaya dengan membeli jubah. Sampai dua helai sekali beli! Sekarang ni bila fikir semula, segan pulak nak berjubah. Kalau jubah ala dress tu oklah, ni betul-betul jubah longgar. Kot ada yang 'mulut manis' tanya, "tengah pregnant ke?". Saya pulak yang kecik hati di hari raya yang sepatutnya gembira. Tapi dah beli, kenalah pakai jugak kan....

Sunday 21 July 2013

Dari Kashmir Minta Derma

Malam tadi kat surau perumahan saya ni, didatangi oleh seorang lelaki asing. Dia ikut berjemaah solat Isyak dan kemudiannya meminta izin pihak surau untuk bercakap guna microphone. Bertujuan nak minta derma dari jemaah yang ada. Sebelum microphone diserah kepada lelaki tersebut, pihak surau ada mengingatkan para jemaah supaya membuat pertimbangan wajar sebelum memberi derma kepada lelaki ini. Kiranya, terpulanglah pada pertimbangan masing-masing samada nak percaya atau tidak apa yang bakal dikatakan lelaki ini.

Lelaki ini bercakap dalam bahasa Inggeris. Katanya dia datang dari Kashmir. Bertujuan ingin meminta derma untuk anak yatim di sana. Ucapannya menyakinkan dan dengan nada sedih atas kesusahan hidup anak yatim di sana. Saya rasa agak panjang jugak ucapan yang diberi. 

Selepas dari itu, tak tahulah saya ada atau tidak jemaah yang menghulur derma padanya. Saya memang tak hulur atas dua sebab. Pertama, pergi surau memang tak bawa duit. Kedua, saya ragu-ragu dengan kehadiran orang begini sebab pernah dengar kes hampir sama. Menggunakan nama Islam dan keberkatan sedekah bulan Ramadhan sebagai tiket menipu. Ini bukanlah bermakna saya menuduh dia menipu, cuma saya memilih tidak memberi derma kerana ragu-ragu ke mana wang itu bakal digunakan.

Surau/masjid korang ada terima kehadiran lelaki Kashmir ni jugak tak?

*buat carian kat internet, jumpa berita tentang lelaki Kashmir...baca kat SINI.


Thursday 18 July 2013

Kau Hina Agama Aku?

Dengan sekeping gambar...mereka menghina Islam.
Kita pun naik marah...lalu menghina mereka kembali.
Segala kata kesat dan ancaman kita lemparkan.
Tanda 'cinta' kita kepada agama Islam yang murni.
Kitalah pejuang agama!

Tanpa disedari...kita telah tewas dengan permainan mereka.
Mereka yang hanya sengaja mahu bermain api dengan kita.
Mereka yang hanya mahu melihat kita marah menggila.
Mereka yang hanya inginkan perhatian dan publisiti kita semua.
Dan kita...turut bersama dalam permainan mereka.
Kitalah yang tertewas!

Jika begitu, apa reaksi terbaik kita?
Pertama...jangan sebarkan/hebahkan gambar tersebut.
Kerana memang tujuan mereka mahu publisiti mudah dan pantas.
Kedua...cukup sekadar menasihati dan beri penjelasan mengenai Islam.
Kerana mereka memang bukan Islam.
Ketiga...jangan hiraukan mereka lagi. Biarkan mereka.
Bosan bermain tanpa lawan, berhentilah mereka.

---------------------------------------------------------------------------------------

Kalau kita fikirkan, sejak zaman para nabi dan rasul memang tak pernah berhenti dari hinaan mereka yang berpaling dari Allah. Dan hinaan yang diterima tidak dibalas dengan hinaan. Tapi dibalas dengan kebaikan dan kesabaran. Inilah panduan kita sebenarnya. 

Dan kalau kita fikirkan, kita selaku umat Islam sendiri banyak melakukan penghinaan pada Islam. Kita tidak menutup aurat dengan sempurna, meninggalkan solat, melakukan maksiat dan bermacam hal lagi yang tidak selari dengan tuntutan agama. Jadi, marah dan adili diri sendiri atas penghinaan pada Islam yang telah kita lakukan.


p/s: maaf andai penulisan ini tidak selari dengan pendapat korang. Saya berfikir-fikir wajarkah menulis begini (sebab kat Fb semua orang marah-marah), dan akhirnya saya tulis jugak. Jika ada yang tersilap, mohon betulkan ya. 

Wednesday 17 July 2013

Misi Mencari Model Tudung

Baru-baru ni saya rasa nak pelbagaikan jualan online saya, maka saya tambahkan TUDUNG sebagai salah satu produk. Saya ambil satu rekaan dahulu sebagai permulaan. Bila nak jual online, kenalah ada model yang nak menggayakan tudung tu. Yang pasti bukan saya. Jadinya saya pergi ke Nilai 3 dengan misi mencari 'patung separuh badan dengan kepala'

Pergi ke kedai pertama, ada patung yang saya cari tu. Harganya RM80 untuk yang berdiri pakai besi. Tapi saya tak berkenan dengan muka patung tu. Tambahan lagi kening dah sedikit tanggal, stok lama kot. Nak tengok yang lain, takde stok pulak kata pekedai tu. Pergi ke kedai kedua (sebelah 7 Eleven), eh dah takde pulak kedainya. Buntu jap.

Lepas tu baru teringat, tadi ada terpandang signboard NIKOREX Display Products kat kawasan kedai yang baru di buka kat Nilai 3 ni. Nama tempat tu  STREET MALL. Masa saya sampai tu kedai lain memang belum bukak sebab masih baru lagi. Kedai Nikorex tu je yang bukak. Tapi sebab dia baru bukak kedai, banyak stok belum sampai. Termasuklah 'patung separuh badan dengan kepala' yang saya mahukan. Pilihan kedua, kenalah saya beli je 'kepala patung' untuk tudung. Nanti bila ada stok yang saya mahu, pekedai tu akan call

Kepala patung kat kedai ni ada dua jenis - yang bersolek tebal dan yang bersolek nipis. Setiap jenis ada dua saiz - kepala dewasa dan kepala kecik sikit (kanak-kanak kot). Makanya, saya ambil kepala dewasa yang bersolek nipis. Harganya RM24. Tak pasti murah ke mahal, yang pasti saya rasa harga tu munasabah dengan produknya. 

Siap ada bulu mata...

Rupa model tudung saya...

*kalau nak tengok-tengok tudung ni, boleh klik SINI ya.

Tuesday 16 July 2013

Opick - Ya Maulana

Album terbaru Opick...YA MAULANA.



p/s: Layan lagu ni dulu, lepas ni nak main masak-masak kat dapur pulak.
Selamat berbuka puasa...

Apa Hikmah Menutup Aurat?

[penulisan ini merujuk kepada aurat wanita sahaja]

Memang kita tahu yang menutup aurat itu satu kewajiban sebagai Muslim. Namun demikian, seringkali 'graf semangat' untuk memenuhi tuntutan agama yang satu itu turun naik. Hari ini kita elok berbaju longgar, esok kita cuba-cuba berjubah moden yang ketat mengikut bentuk tubuh (dek terpengaruh dengan tagline "fesyen muslimah moden"). 

Untuk menaikkan semangat menutup aurat (selain yang utama - menutup aurat kerana tunduk pada perintah Allah yang menciptakan kita), berikut adalah antara HIKMAH MENUTUP AURAT BAGI WANITA:

  1. Sebagai lambang wanita beriman dan bertaqwa. Hanya yang beriman dan bertaqwa akan mengikut apa yang diperintahkan Allah dan Rasul-Nya dan meninggalkan perkara yang dilarang.
  2. Membezakan antara wanita Muslim dengan wanita bukan Muslim. Bila orang melihat diri kita, orang tahu yang kita seorang wanita Muslim melalui gaya pemakaian yang menutup aurat.
  3. Menjaga kehormatan dan mengelakkan gangguan daripada orang yang berniat jahat.
  4. Terjaga daripada perbuatan dan sifat yang tidak elok. Bila kita berpakaian menutup aurat, automatik kita akan rasa malu untuk melakukan perbuatan yang dilarang agama atau perbuatan yang tidak sopan pada adat. 
  5. Terhindar daripada penyakit tertentu. Yang paling mudah, menutup aurat mampu melindungi kulit kita daripada bahaya sinar UV.
  6. Terhindar daripada azab Allah serta meraih redha dan keampunan-Nya.
Wallahu a'lam.
(olahan sumber :  majalah al-Ustaz)


Moga-moga dengan memahami hikmah di atas, kita terus bersemangat untuk menutup aurat. Bukan mudah tau nak menggayakan 'pakaian taqwa' ni, banyak godaan. Yang terhidang banyak yang cantik dimata, tapi buruk pada agama. Bimbang juga tergelincir...


p/s: peringatan buat diri sendiri yang sering lalai.

Thursday 11 July 2013

Al-Ain

[Amaran: Catatan ini sekadar menggamit memori lalu, bukan satu promosi untuk Al-Arqam dan seumpamanya.]


Majalah Al-Ain tahun 1988. Sudah 25 tahun dalam simpanan!

Pernah mengenali majalah di atas? Majalah AL-AIN dengan tagline 'Pembimbing Akhlak Pelajar'. Majalah berunsur Islam yang popular pada suatu masa dulu ni adalah terbitan Al-Arqam (pergerakan yang telah difatwakan sesat & haram pada tahun 1994). Tapi zaman saya baca ni (sekolah rendah) masa tu tak difatwakan sesat lagi tau.

Ketika tu rasanya memang tiada majalah kanak-kanak yang berusur Islam. Bila terbitnya majalah ni, memang sesuatu yang lain dan menarik. Saya dan kakak jadi pembaca setia majalah ni. Harga pun masih mampu beli - RM1. Dalam majalah ni pun banyak peraduan untuk kanak-kanak sertai, tu pun daya penarik bagi saya jugak. Bagi saya, majalah ni bagus sebab ia mendidik kanak-kanak ke arah hidup Islam sambil berhibur. 

Muka surat pertama majalah...
Bila saya belek semula majalah lama ni, memang tiada unsur kesesatan. Cuma ia mungkin mampu menimbulkan rasa suka pada pergerakan Al-Arqam. Suka kerana bangga ada orang Islam yang berjaya dalam bidang penerbitan (khususnya dan bidang ekonomi amnya). Itu apa yang saya rasakan. 

Tambahan lagi saya pernah menjejakkan kaki ke sebuah perkampungan Al-Arqam di Pontian (Kayu Ara Pasong jika tak silap), melihat situasinya membuat hati kanak-kanak saya tertarik. Saya datang ke sana secara tak sengaja, bas sekolah yang saya naiki memasuki perkampungan tersebut atas urusan peribadi pemandu bas. Masa tulah saya dapat melihat kehidupan mereka. Ada sekolah, ada sekumpulan kanak-kanak lelaki bawak makanan dalam dulang (masa tu tengahari, itu lunch mereka la kot). Lepas tu terus ada angan-angan nak jadi sebahagian dari mereka bila dewasa nanti. 

Sehinggalah tersebar pergerakan ini SESAT, dan Majlis Fatwa Kebangsaan sendiri telah mewartakan ia sesat dan haram pada tahun 1994, angan-angan saya mati sampai di situ. Biarpun saya cuma nampak keindahan luaran pergerakan ini (melalui terbitan majalah dan terbitan album nasyid mereka), tapi saya percaya pada keputusan Majlis Fatwa. Apa pun, majalah, kaset nasyid dan lagu nasyidnya telah menjadi sebahagian dari memori masa lalu saya. 

*apa yang sesat tentang Al-Arqam? baca fatwa DI SINI.

Wednesday 10 July 2013

Kembali Lagi


Ramadhan kembali lagi...
Alhamdulillah kita masih bernafas di 1 Ramadhan ini,
Biarpun belum pasti apakah sempat bertemu hari-hari mendatang.

Ramadhan kali ini...
Tanamkan azam tetapkan matlamat diri,
Usah biarkan Ramadhan berlalu sepi,
Tanpa sempat merebut peluang ganjaran hebat.
Jika itu berlaku...kitalah orang-orang yang rugi!

----------------------------------------------------------------------------------------

Alhamdulillah...sempat balik kampung hujung minggu lalu. Tapi diduga dengan tayar pancit & merekah (kena beli tayar baru...). Hari ni barulah boleh kembali berblog.

Friday 5 July 2013

Ada Apa Dengan Muhammad Morsi?

Rampasan kuasa di Mesir telah menyebabkan kepimpinan Presiden Mesir, Muhammad Morsi diguling. Rampasan kuasa berkenaan telah dilakukan oleh pihak tentera Mesir (yang didalangi pihak tertentu). Sebagai Muslim, wajarlah kita terkesan dengan peristiwa ini dan memberikan sokongan kepada kepimpinan beliau. 

Ada apa dengan presiden Morsi sehingga kita patut menyokong beliau? Kerana beliau adalah pemimpin yang mendukung Islam. Mari kita kenali beliau...



Kebenaran perlu diperkatakan, Dr Muhammad Morsi adalah

1) Presiden Arab pertama yang telah dilantik (secara demokrasi).

2) Presiden awam yang pertama.

3) Presiden arab pertama yang menghafal seluruh juzuk Al-Quran.

4) Presiden arab pertama dari pihak parti islam.

5) Presiden arab pertama yang membenarkan orang ramai untuk mengkritik beliau, terdapat lebih 30 saluran di Mesir yang menghina beliau siang dan malam.

6) Presiden pertama yang berjabat tangan dengan pengawal penjara sebelum ini.

7) Presiden arab pertama yang melarang meletakkan gambar beliau di bangunan kerajaan.

8 ) Presiden arab pertama yang tinggal di sebuah apartmen yang disewa dan menerima gaji biasa seperti mana-mana pekerja awam Mesir yang lain.

9) Presiden arab pertama yang membawa keluarganya keluar pada hari cuti atas kos sendiri.

Sejarah akan menilai Morsi, sama ada dia mempunyai kesilapan atau tidak, beliau setakat ini merupakan pemimpin arab yang terbaik, jika dibandingkan dengan mana-mana pemimpin lain dan anda akan tahu sendiri.

Beliau bukanlah seperti pemimpin yang mengambil duit rakyat dan memasukkan dalam poket sendiri!


[sumber: Syria Care]


*Jumaat yang barakah...marilah kita mendoakan kemenangan & kesejahteraan pihak pendukung Islam di Mesir dan di seluruh dunia. Pertolongan yang mudah (doa) tapi besar pada makna.*


Thursday 4 July 2013

"Contact Me"

"Contact Me" ada terletak di sebelah kanan blog saya ni.
Rasa nak pasang tercetus lepas baca entri Cik Tom.
Tujuan pasang tentulah nak memudahkan orang contact saya.
Kot ada yang nak berhubung secara lebih tertutup...melalui e-mail lebih mudah.
Dan lagi bukan semua orang ada akaun Google atau blog (untuk komen pada entri).

Kenapa tak letak je alamat e-mail? Sama je tujuannya kan...
Sebab saya tak mau e-mail saya jadi mangsa spam.
Bila letak secara terbuka, mulalah ada e-mail yang buat semak.
Macam e-mail biz online saya yang hari-hari terima banyak spam.
Kalau terus masuk kotak spam tu okeylah, tapi banyak jugak yang masuk inbox.

Setakat ni ada yang menghubungi saya untuk bertanya hal tertentu.
Semuanya berkaitan entri yang saya tulis (entri lama).
Tanya pasal umrah murahcuti-cuti Perlis.
Orang TV3 pun ada jugak...tanya pasal pakcik jual sate.
Harap-harap jawapan saya dapat membantu mereka.


Tuesday 2 July 2013

Chicken Cube Mun Rice

Ada satu hari tu, saja nak cuba makan tengahari kat restoran Cina Muslim.
Buat order Beef Fried Rice @ Nasi Goreng Daging dan satu lagi order...
Chicken Cube Mun Rice @ Nasi Ayam Cantonis. 
Nasi dan ayam masak kantonis...pelayan tu jelaskan pada saya.
Okeylah, nak merasa jugak macamana ayam masak kantonis tu kan.

?
?
?


Hidangan pun sampai ke meja...
Nasi putih dan kuah (ada ayam, telur & sayur) . Macam makan bubur pulak.
Siap tanya pelayan tu, memang ni ke Nasi Ayam Cantonis tu? Tak percaya.
Akhirnya...cuma mampu makan sikit sebab tak kena tekak saya dan suami.
Kami share Nasi Goreng Daging tu je, nasib baik nasi goreng tu memang banyak.
Cuma rasa rugi sebab harga dia agak mahal - RM7, tapi makan tak habis.

Terus rasa tobat tak mau order menu yang pelik bunyinya.
Tapi kalau tak cuba , macamana nak tau kan???

Monday 1 July 2013

Jubah SAIZ Orang Malaysia

Sekarang ni JUBAH dah makin popular digayakan. Cuma bila nak membeli tu kita kenalah hati-hati dalam memilih saiz, terutamanya bagi yang badan berisi. Jangan sampai kita gayakan jubah, tapi ketat di bahagian pinggul! Pemakaian jubah sinonim dengan longgar, iaitu menutup aurat. Kalau ketat dipinggul, itu cuma membalut aurat je tau.

Saya sarankan (bagi yang badan berisi), carilah jubah yang direka mengikut saiz orang kita - Malaysia. Rekaannya lebih besar di bahagian pinggul dan ke bawah. Jubah begini memang direka ikut potongan badan kebanyakkan orang kita, yang biasanya berpinggul besar. Cara nak tahu jubah tu ikut rekaan saiz mana....kita kenalah tanya jubah tu buatan mana. Kalau peniaga kata dari Indonesia, memanglah bahagian pinggul tak besar mana walau ukuran bahu/lengan memang muat kat kita. Kalau jubah saiz orang Malaysia, mesti peniaga tu akan bagitau sebab ia biasanya tempahan khas / keluaran sendiri. 

Untuk yang tinggal berhampiran Bangi, Selangor ni...ada dua kedai/butik yang saya dah kenal pasti ada menjual jubah begini. 
  • Seri Aida Collection, Ground Floor, Kompleks Bangi Utama (biasa orang panggil 'Warta Bangi').
  • Anugerah Klasik Collection, First Floor, Kompleks PKNS Bangi.
Harga? Setakat yang saya tengok, harga tak melebihi RM180/sehelai. Mahal? Agak mahal sebab ia keluaran kedai/butik tu sendiri. Bukan buat banyak dan boleh jual sampai ke mana-mana. 


p/s : masa zaman slim dulu, memang senang...boleh je beli jubah Indonesia. Harga pun boleh dapat yang tak lebih RM100.