Tuesday, 30 April 2013

Ceramah Politik

(Sebuah catatan lalu...)

Kali pertama saya menghadiri ceramah politik adalah semasa saya masih belajar di universiti. Sekitar tahun 1999, masa tu saya di tahun akhir. Masih belum cukup umur untuk mengundi, tapi jiwa muda saya bangkit disebabkan kes penyingkiran Anwar Ibrahim. Disebabkan saya menyewa di luar kampus, saya terdedah kepada suasana pilihanraya yang hangat ketika itu. Hangat kerana buat pertama kalinya sebuah parti campuran pembangkang telah ditubuhkan bagi menentang Barisan Nasional (BN). Parti campuran PAS, DAP dan Parti Keadilan telah membentuk Barisan Alternatif (BA). 

Pada suatu malam dengan ditemani seorang rakan, saya hadir dalam satu ceramah oleh Parti Keadilan. Lokasinya tak jauh dari rumah sewa, cuma perlu berjalan kaki je. Ceramah dibuat di luar rumah seorang calon yang bertanding. Rumahnya terletak di corner lot dan berhampiran jalan besar. Setelah ditumbangkan pagar dawai tu, mampu memuatkan hadirin yang ramai. Tapi sebab saya ni perempuan dan tak sesuai bersesak, saya berdiri agak jauh dari kelompok ramai untuk mendengar ceramah yang disampaikan. Isi ceramah? Saya pun dah lupa!

Dan kemudiannya, baru saya tahu bahawa calon tersebut merupakan sepupu kepada nenek saya. Pangkat datuk saudara dengan saya. Yang juga berasal dari Pontian, Johor. 


P/s: sekarang tak payah susah pegi ceramah, banyak info boleh dapat menerusi internet. Tapi saya dan suami masih berhasrat nak hadiri ceramah politik secara langsung untuk PRU kali ni. Kalau dapat nak hadir untuk kedua belah pihak -BN dan PR. 



Monday, 29 April 2013

3 Cerita


PAIP BOCOR
Dalam entri lepas (kat SINI), saya ada cerita pasal paip bawah tanah yang bocor dan tuan rumah yang tak dapat saya hubungi. Taktik tak payah bayar sewa tu tak menjadi. Dah sampai hujung bulan pun tuan rumah tak muncul. Akhirnya Sabtu lepas, saya dan suami nekad cari orang baiki paip tu tanpa persetujuan tuan rumah. Nanti kalau tuan rumah tak setuju dengan harga tu, kenalah kami bayar sebahagian. Itu yang kami fikirkan. 


CPUV
Atas alasan tertentu, saya memang sengaja pasang satu ruang je iklan Nuffnang kat blog saya ni. Saya sangkakan kalau kita pasang satu je iklan Nuffnang, kita tak mungkin dapat CPUV kempen. Rupanya masih boleh dapat, tapi hasilnya tersangatlah sikit. Itulah CPUV pertama saya. Baru perasan tadi, tapi dah tamat pun.


MASALAH SOSIAL ANAK REMAJA
Saya belum ada anak, tapi dah pening fikir masalah sosial anak remaja. Anak sedara pun dah kira taraf anak sendiri jugak. Balik malam, asyik menghilang dan macam-macam hal yang buat saya serabut fikir cara nak uruskannya. Yang ni tak boleh cerita banyak, hal keluarga. Yang penting, anak dulu dengan anak sekarang memang berbeza. Bak kata mak saya, dulu besarkan 8 orang anak perempuan tak susah mana pun. Sekarang besarkan seorang anak perempuan (cucu) pun susah sangat. Ditegur buat tak peduli, dikasar nanti lari. Aduhai!



Friday, 26 April 2013

Solat Subuh Tanpa Qunut


Korang pernah dengar tak ada pendapat kata melakukan qunut dalam solat Subuh tu satu bida'ah? Tak boleh buat. Ada pulak yang menganggap macam wajib. Mesti nak buat. Jadi, apa hukum melakukan qunut Subuh ni sebenarnya?

Sebenarnya memang ada perbezaan mengikut pendapat ulama yang berlainan. Tapi kita jangan pening-pening, disebabkan kita mengikut Mazhab Syafie maka hukumnya adalah SUNAT MUAKKAD (sunat yang dituntut/disuruh).  Maksudnya, sebaik-sebaiknya kita lakukan. Jika terlupa atau sengaja meninggalkan qunut, solat Subuh tadi tetap SAH. Tapi selepas tu sunat kita melakukan Sujud Sahwi. Kalau tak buat jugak Sujud Sahwi? Takpe, solat tetap sah sebab hukum asal melakukan qunut adalah sunat.  

Jadinya, janganlah keliru atau berpecah kerana hal ni. Kalau kita buat, jangan anggap orang yang tak buat tu sesat. Kalau kita tak buat, jangan anggap orang yang buat tu melakukan perkara bida'ah. Wallahu a'lam.

(sumber: majalah al-Ustaz)


*ni cuma jawapan ringkas untuk memudahkan pemahaman bersama.

Thursday, 25 April 2013

Rumpai Laut : Makanan, Kesihatan, Kecantikan

Sebenarnya, saya tak berminat nak mencuba Rumpai Laut. Tapi sebab dah dapat free (dari biras yang tinggal di Sabah), rugi pulak tak mencuba. Dari sebungkus tu, saya cuma ambil 1/4 je dan yang lain bahagi-bahagi dengan ahli keluarga lain. Saja ambil sikit, tak yakin boleh makan sebab orang kata hanyir dan tak sedap.

Asalnya sikit je, lepas rendam jadi banyak ni. 
Orang lain rendam 1 malam, sebab tak semangat nak buat saya biar sampai 2 malam! Sedang elok pulak semalam (24/4/2013) dalam Wanita Hari Ini (WHI) kat TV3 tu bukak topik pasal Rumpai Laut. Khusyuk saya mendengar penjelasan dari dua orang panel yang terlibat dalam mengkaji tumbuhan laut ni. Antara poin penting mengenai Rumpai Laut ni:
  • ia TIADA kolagen, tetapi bahan yang terkandung di dalamnya mampu membantu menambahbaik kolagen yang ada dalam badan kita.
  • ia tinggi serat, protein dan asid amino. (sebut yang saya ingat je..)
  • ia lebih baik dimakan fresh, cth: buat ulam. 
  • kajian ke atas tikus yang mempunyai tahap kolesterol tinggi, hasilnya setelah diberi rumpai laut tahap kolesterolnya menurun.
  • kajian juga mendapati ia mampu memperbaiki struktur kulit.
  • kesimpulannya: Rumpai Laut memang bagus untuk dijadikan makanan, untuk kesihatan diri dan untuk tujuan kecantikan.

Lepas dengar penjelasan dua orang panel tu, terus bersemangat. Kebetulan ada ditunjukkan cara proses rumpai laut. Laju je saya basuh bersihkan rumpai laut yang dah direndam tu. Hasil macam dalam gambar kat atas. Kemudian masak dengan air secukupnya. Biras pesan letak daun pandan bagi kurangkan hanyir, tapi sebab takde pandan saya tawakkal jelah. 

Inilah hasilnya....jangan cair atau pekat sangat.
Dah agak sejuk boleh masukkan dalam bekas. Simpan dalam peti ais.

Ni yang dah disejukkan..macam jeli/agar-agar.
Dapat 2 bekas besar dan 2 bekas kecik gini.

Alhamdulillah...langsung tak hanyir. Rasa tawar. Kalau mampu makan gitu jelah, kalau tak lalu campurkan dalam air yang berperasa. Saya? Cuma campur dalam 1/2 cawan air kosong, hancur-hancurkan jeli dan minum. Berapa banyak? Suka hatilah sebab ia makanan. Bukan ubat yang ada had dos. 

Wednesday, 24 April 2013

Polkadot Dari Kelantan


Apam Polkadot berinti blueberry.
Bukan buat sendiri, tapi saya beli dari rakan blogger Prettywrite @ Yana.
Jauh apam ni di pos dari Kelantan ke Bangi. 
Yana pos Isnin dan sebelum tengahari Selasa (semalam) saya dah dapat.
Sebenarnya ni pertama kali beli makanan yang perlu dimakan segera secara pos.
Risau tu memang ada, tapi kalau tak cuba tak tau pulak kan.
Alhamdulillah isinya masih berkeadaan baik, cuma penutup bekas pecah sikit.

Kalau korang berminat atau nak jamu mata boleh ke Fb niaga cik adik Yana ni :

Tuesday, 23 April 2013

Panduan Ibadat Pesakit


Saya tertarik dengan isu keluaran terbaru majalah al-Ustaz ni,
PANDUAN IBADAT PESAKIT.

Seperti yang kita tahu, ibadat solat tetap wajib dibuat walau sakit terlantar.
Cuma kadangkala kita tak tahu cara nak berwuduk dan solat yang betul...
Berdasarkan keadaan fizikal ada yang berbalut, terlalu lemah dan macam-macam lagi.
Segala persoalan berkaitan Insya Allah terjawab dalam majalah ni.
Menariknya, percuma POSTER MINI panduan pesakit untuk tayamum, wuduk dan solat.

Majalah ini adalah terbitan Telaga Biru (penerbit yang dipercayai).
Dapatkan segera di pasaran dengan harga RM9 (semenanjung).
Fb: al-Ustaz

Sunday, 21 April 2013

Peningkatan Drastik

Semalam memang terkejut sangat...
Dapat bil air dengan penggunaan 34 m3! Biasa sekitar 10 m3 je.
Bil dikenakan pulak RM27.44. Tapi bil perlu bayar cuma RM16.70.
Lagi RM10.72 untuk 20 m3 yang pertama dibayar oleh kerajaan Selangor.
Syukur dan terima kasih kepada kerajaan Selangor!

Selama duduk Selangor lebih 4 tahun ni memang tak pernah kena bayar bil air.
Kiranya ni kali pertama kena bayar bil air. Peningkatan yang sangat drastik ni bersebab...
Puncanya ada masalah pada paip bawah simen. Tapi tak tau secara tepatlah.
Cuma sejak sebulan lalu nampak ada air keluar dari dinding longkang kecik depan rumah.

Terus teringat tuan rumah pernah cakap masalah ni pernah jadi sebelum kami menyewa.
Nampaknya ia berulang kembali. Haih...memang masalah.
Kami dah lama lost contact dengan tuan rumah. Nombor kat handphone suami dah takde.
Tiap bulan kami bayar sewa melalui akaun bank, memang tak perlu contact dia.
Sekarang ni tengah dok fikir macamana nak selesaikan hal ni.
Nak betulkan paip bawah simen haruslah bagitau tuan rumah dulu kan...


Wednesday, 17 April 2013

Panggilan Dari 015?

Pagi tadi dapat panggilan dari nombor yang saya tak biasa.
Nombor bermula 015 diikuti 8 angka di belakangnya.
Tapi tak sempat jawab sebab saya berada kat bilik bahagian atas.
Bunyi deringannya pun kejap je. Malas nak berkejar turun tangga.

Bila saya tengok, ia dari nombor yang tak dikenali.
Biasalah...kot ada pelanggan yang call.
Tapi rasa pelik sebab 015. Saya tak jadi nak call balik.
Terus buat carian kat internet untuk nombor 01548408903.
Rupa-rupanya dah ramai yang terima panggilan dari nombor ni.
Dan ada yang kata ni nombor penipu...missed call scam. 
Kalau jawab pun memang senyap je. Takde orang.
Memang jangan jawab atau call semula.
Kalau kita buat berkemungkinan besar data peribadi kita dicuri dari handphone.

Lagi satu...hasil carian menemukan yang nombor 015 memang wujud.
Telco DIGI. Dah lama ada tapi tak ramai yang guna dan tahu.
Korang ada yang guna 015?


*update: Talian 015 bukan Digi punya, tapi kepunyaan telco JUST 015 Sdn. Bhd. Untuk info lanjut korang boleh layari lawan web mereka DI SINI.


Tuesday, 16 April 2013

PRU 13: Jom Semak Daftar Pemilih dan Lokasi Mengundi

Sebelum nak keluar mengundi ni, eloklah kita buat semakan dulu.
Semak nama kita ada ke tidak dalam daftar pemilih...
Semak kat mana lokasi kita kena buang undi.
Barulah yakin nak melangkah nanti.

CARANYA? KLIK DI SINI.
Mudah je...cuma masukkan No. Kad Pengenalan. 
Dan hasilnya....


Walaupun dah lama tak menetap di Johor, tapi alamat di kad pengenalan masih kekal di sana.
Ada perjuangan yang belum selesai! 

Begedil Ikan 'Frozen'

Baru selesai dibentuk, siap untuk disejuk bekukan.

Projek mini semalam...Begedil Ikan untuk disejuk bekukan.
Cukup untuk keluarga kecil saya makan 2-3 kali.
Bukan setiap hari makan, tapi goreng ikut kesesuaian menu harian.
Sebelum ni tak terfikir nak sejuk bekukan begedil ikan,
Tiap kali nak makan kena buat sikit-sikit...leceh la jugak.
Sekarang dah buat frozen ni memang senang.

Belajar buat ni dari mak mertua kakak saya, masa zaman bujang dulu.
Lepas tu tengok resepi orang lain, tambah-tambah la sendiri.
Yang saya buat ni guna 4 biji kentang direbus dan 3 ekor ikan selar digoreng.
Kentang dilenyek, ambil isi ikan goreng (ni part yang agak letih jari-jari).
Masukkan ketumbar jintan yang dah dikisar, lada sulah dan bawang goreng.
Gaulkan semua lepas tu bolehlah dibentukkan macam dalam gambar tu.
Saya simpan dalam peti ais bahagian frozen.
Bila nak makan boleh terus keluarkan, celup telur dan goreng. 


Monday, 15 April 2013

Buat Stiker


Stiker untuk bisnes online saya...
Harganya RM10 untuk 102pcs. Tapi dapat lebih pun.
Ni antara saiz yang kecik. Ada macam-macam saiz, warna, bentuk & harga.
Boleh tulis apa-apa je yang kita nak.

Kalau nak yang gambar kartun pun ada, macam kat bawah ni...
Harga lebih lagi la berbanding yang kat atas nun.

(sumber: fb kiddo stickers)
Stiker ni siap sekejap je, boleh tunggu dia buat kat situ.
Saya buat di Alamanda, Putrajaya. Ada kiosk dia kat 1st Floor.
Bagi yang tinggal berdekatan dan minat nak buat bolehlah ke sana ya.
Kalau nak beli online boleh ke Fb diorang.


p/s: Macam best niaga buat stiker ni. Peralatan dia tak banyak, ringkas je.

Saturday, 13 April 2013

Wak Gelas Paris - Masai Giveaway


Putih-putih melati,
Merah-merah delima,
Kalau Wak Gelas baik hati,
Bagilah saya hadiah utama!

^___^


Nak join? KLIK banner kat atas ya.
Tarikh tutup pada 26 April 2013.

Thursday, 11 April 2013

Aku Ingin Keluar...




Selain cerita PRU, cerita lain yang hangat sekarang ni adalah kes BULI di sekolah. Tapi saya tak tonton pun video tu sebab tak mau mengganggu emosi sendiri. Apapun, tak wajar jika kita sekadar menunding jari atau menyalahkan sepenuhnya kepada pelajar terbabit. Sebab saya pun pernah jadi pelajar sekolah yang agak nakal, cuma tidaklah sampai tahap mendera orang lain.

Terkenang kisah lalu, bukan kes buli tapi kes pelajar memecah masuk koperasi sekolah saya. Bila ibubapa pelajar terbabit dipanggil, akhirnya pelajar tu mengaku dia sengaja melakukan kesalahan tadi semata-mata ingin dibuang sekolah. Dari awal lagi dia memang tak berminat bersekolah di situ (sekolah agama berasrama), tapi dipaksa oleh ibubapanya. Dia ingin keluar rupanya! Begitulah cerita yang tersebar. Dan akhirnya, dia dikeluarkan dari sekolah saya oleh ibubapanya. 

Kesimpulannya, dengarlah pandangan anak remaja. Beri perhatian pada mereka, hubungan yang baik mengurangkan kemungkinan mereka melakukan kesalahan besar di sekolah. Ini cuma pandangan ringkas je, mungkin banyak lagi aspek yang perlu dipertimbangkan.


Wednesday, 10 April 2013

Jom Mengundi - 5 MEI 2013!

Tarikh PRU ke-13 dah pun diumumkan.
Pada hari AHAD 5 MEI 2013.
Lega sebab tak bertembung dengan majlis di Perak.
Dapatlah saya dan suami balik mengundi di Johor nanti.
Mengundi untuk kali ke-3...Insya Allah.

Kat rumah kampung pun dah sampai surat dari pihak BN.
Surat peringatan untuk mengundi...


----------------------------------------------------------------------------

Lepas umur 21 tahun je, cepat-cepat saya daftar jadi pengundi. Dapatlah dua kali buang undi, dan setiap kali suasananya berbeza mengikut rentak politik semasa. Kali ke tiga ni nampaknya lebih hangat dari sebelumnya. Korang pulak, apa ceritanya? Ke ada yang belum daftar jadi pengundi pun...

Tuesday, 9 April 2013

Tapai Pulut Daun Getah


Tapai pulut yang sodap!

Hujung minggu lalu balik kampung di Johor sekejap. Hari Ahad masa nak balik Bangi, sempat melencong ke Kuala Pilah. Hajat asal nak makan Tempoyak Daun Kayu, tapi takde rezeki sebab kebetulan haritu restoran tersebut tak buat pulak. 

Di sepanjang jalan ada banyak gerai jual hasil kampung, kami singgah nak beli pisang. Nampak pulak tapai pulut bungkus daun ni, terus capai 5 tangkai. Harga setangkai RM1. Tiap tangkai ada 3 bungkusan tapai. Sebenarnya tak tau pun ni daun getah, setakat pokok getah tu memang kenal. Tapi tak pernah perhatikan pulak rupa daun dia betul-betul. Suami yang agak ni daun getah. Bila search kat intenet memang betullah ni daun getah. Daun getah memang ada 3 helai daun untuk 1 tangkai. Nak tengok cara buat? Klik SINI.

Sampai rumah masuk tapai dalam peti ais dulu. Dah sejuk baru makan. Makan sambil senyum sebab tapai dia menjadik. Sedap! 

Friday, 5 April 2013

Jual Arak? BOIKOT!

Surat edaran kepada penduduk.
Isi surat di atas:
  • penduduk mahu pasarmini SPEEDMART 99 dan pasaraya FAMILY STORE menghentikan penjualan minuman keras (arak).
  • alasan : komposisi penduduk yang hampir kesemuanya beragama Islam.
  • teguran dan surat bantahan penduduk telah dihantar tetapi tiada tindak balas positif.
  • tindakan tegas : BOIKOT kedua-duanya sehingga penjualan minuman keras dihentikan.
  • ia juga sebagai menanam sifat sensitiviti masyarakat umum terhadap isu yang melibatkan Islam.
---------------------------------------------------------------------

Kat kawasan ni ada banyak fasa perumahan, fasa yang saya duduki je memang 99% adalah penduduk Islam. Cuma ada sebuah dimiliki dan diduduki bukan Islam. Dalam satu perjumpaan penduduk, keluarga bukan Islam ni bagitau dia memang senang dan tak kisah tinggal di kawasan majoriti Muslim.

Berbalik kepada isu BOIKOT di atas, memang patut ia dilakukan sebab kuasa ada ditangan kita sebagai pelanggan. Memanglah tiada jaminan orang Islam tak minum arak kalau dua premis ni tak menjualnya, ia masih boleh dibeli dari premis luar kawasan perumahan. Tapi sekurang-kurangnya usaha telah dibuat dengan tidak membenarkan penjualannya di kawasan kami. Kita usaha apa termampu. 


usik-usik : Usaha terbaik pastinya penguatkuasaan undang-undang oleh pemerintah. Eh, nak kena tukar pemerintah ke???

Thursday, 4 April 2013

Cerita Jual Novel Terpakai

Saya pernah jual novel-novel lama. Novel zaman muda remaja. Yang mana sekarang ni novel tersebut bukan lagi jadi kesayangan saya. Mula-mula saya kumpul semua novel yang saya rasa tak mau simpan lagi. Saya perbaiki apa yang perlu - padam contengan/nama. Kemudian saya lihat harga asal, tahun terbit dan rupa fizikal novel untuk tentukan berapa harga untuk jualan semula. Siap semua proses saya  iklankan jualan novel terpakai ni melalui satu forum di internet. Untuk menarik pembeli letak sekali gambar novel dan sertakan ringkasan cerita. 

Hasilnya, ramai yang berminat dan hampir kesemua berjaya dijual. Tinggal beberapa buah je yang tiada pembeli. Nak kata untung tu tidaklah, sebab saya letak harga sekadar nak clear rak buku. Kalau jual kat tempat recycle tu rasa sayang pulak dan lagi jatuh teruk harganya. Buat jualan novel terpakai ni sekurang-kurangnya peminat novel yang lain boleh memiliki koleksi kegemaran mereka dengan harga murah.

Dan selepas itu saya masih terima sms bertanyakan novel terpakai penulis tertentu...


Wednesday, 3 April 2013

Akhirnya...

Akhirnya hari ini...
Parlimen telah dibubarkan dalam satu pengumuman jam 11.30 pagi tadi.
Terasa lega walau saya bukanlah sebahagian daripada jentera pilihanraya.
Rasanya ramai yang lega sebab banyak plan tertangguh dek menunggu PRU 13.
Dalam masa 7 hari ni akan ada pengumuman tarikh PRU oleh SPR pulak.
Dan saya jangkakan pastinya pada musim cuti sekolah yang akan datang.

Masalahnya di situ...
Pada musim cuti sekolah yang akan datang,
Ada majlis kenduri kahwin di Perak oleh pihak pengantin lelaki (adik ipar).
Manakala lokasi mengundi saya dan suami adalah di Johor.
Kalau terkena tarikh yang sama memang pasti tak dapat mengundi.
Apapun sekarang cuma boleh tunggu dan lihat,
Dah dekat esok baru boleh buat keputusan.
Terasa rugi pulak tak dapat menyumbang undi.
Lagipun semangat berkobar nak pergi mengundi ni!

Tuesday, 2 April 2013

Nota Luahan Rasa


Nota luahan rasa, salah satu cara untuk memperbaiki sesebuah hubungan. Kadang-kala bila kita nyatakan  secara terus ketidakpuasan hati kita di hadapan pasangan, dia mungkin sukar untuk terima. Luahan rasa tentang hal kecil mungkin boleh jadi satu pertengkaran besar pulak. 

Maka caranya, ambil masa untuk duduk bersama dan masing-masing mulalah menulis sebuah nota luahan rasa terhadap pasangan. Syarat utama, keduanya mesti bersikap terbuka menerima teguran dan sedia  bertolak ansur untuk mencapai matlamat kebahagiaan bersama. Dalam nota tersebut senaraikan apa yang buat kita tak puas hati terhadap pasangan. Dan nyatakan apa yang kita inginkan. Selesai menulis, bolehlah saling bertukar nota luahan rasa tadi. Baca dan berbincang untuk mencari titik persetujuan bersama. Akhir sekali berusahalah untuk melakukan apa yang dah dipersetujui. 

--------------------------------------------------------------------------

Masa tinggal di rumah sewa dengan kawan-kawan universiti dulu, kami pernah buat cara begini untuk memperbaiki hubungan. Sebabnya ahli rumah ada 10 orang, dari pelbagai kursus, tidak sebaya dan tentunya dengan pelbagai ragam yang kadang-kala buat kawan lain kurang selesa. Kami duduk bersama dan mula menulis di atas kertas luahan rasa masing-masing. Alhamdulillah lepas tu kami jadi saling memahami kehendak kawan yang lain. Contohnya kak A tak suka ada bunyi radio masa dia study, jadinya bila dia duduk kat meja study kenalah saya off radio. Bila saling memahami dan bertolak ansur, hubungan jadi baik dan hidup rasa bahagia.

Monday, 1 April 2013

Soal Ikhlas dan Soal Bimbingan

Cerita/drama TV bertemakan agama, sekali tengok nampak macam bagus.
Ada mesej baik ingin disampaikan, ada perempuan cantik bertudung litup.
Juga lelaki kacak yang baik dan warak.

Tapi kita sebagai penonton harus berhati-hati,
Ada yang cuma boleh ditonton tapi jangan diikut.
Harus punya ilmu supaya tak terikut-ikut.

Soal ikhlas bila menutup aurat...
"Nak pakai tudung ni kena ikhlas. Kalau tak, baik tak payah"
Dialog biasa yang akhirnya meresap dalam pemahaman penonton.
Yang benarnya...dalam PERKARA WAJIB seperti menutup aurat dan solat,
Tak perlu tunggu ikhlas tapi wajib dibuat walau dalam rasa terpaksa.
Ia satu PERINTAH dari Allah, bukan satu PILIHAN...boleh mahu atau tidak.
Cuma perlu ingat yang ikhlas itu pengukur hubungan kita dengan Allah.
Maka, hadirkanlah rasa ikhlas selepas rasa terpaksa tadi.

Soal perempuan minta bimbingan agama dari yang bukan mahram...
"Apa salahnya saya bimbing dia, dia nak berubah" kata lelaki kacak yang warak.
Tak salah kalau cuma tunjukkan ustazah yang sesuai atau belikan buku agama.
Tapi salah kalau asyik berdua ke hulu ke hilir atas alasan sedang membimbing.
Kerap berjumpa dan berhubung berdua boleh menghadirkan banyak godaan.
Niat yang baik tapi dengan cara yang salah.

Sekadar sentuh dua persoalan ni.
Tengok dan dengar boleh, tapi tapislah dengan ilmu sendiri.
Bukanlah salah cerita keagamaan begini,
Cuma perlu diperbaiki supaya tak menyebarkan perkara yang salah.
Rujuklah kepada yang pakar, mungkin itu yang terbaik!


------------------------------------------------------------------------------------

Telekung Kanak-Kanak Sulam Strawberi
Ada beg comel, material kain selesa, mudah dipakai.
KLIK gambar untuk info lanjut!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...