Wednesday, 18 December 2013

'Pendrive' Tiruan?

Pendrive storan 128G jual serendah RM9! Murah sangat-sangat. Tapi awas! Harga yang terlampau menarik pasti bersebab. Korang mungkin terbeli pendrive storan tiruan. Anak sedara saya pun dah terkena. Masa kami sama-sama ke Pasar Pagi Temerloh awal bulan ni, ada sorang lelaki jual pendrive yang sangat murah. Anak-anak sedara pun tertarik nak membeli. Saya dan suami tak halang, walaupun kami sangsi kenapa murah sangat.
 
Baru-baru ni, anak sedara bagitau pendrive tu 'bermasalah'. Dan selepas tu barulah saya jumpa artikel berkenaan pendrive tiruan ni. Memang sah la dah kena tipu!
 
----------------------------------------------------------------------------- 

Sedikit info berkenaan pendrive storan tiruan yang saya 'copy & paste' dari amanz.my.:
 
Storan tiruan merujuk kepada storan kapasiti rendah yang telah digodam, jadi ia boleh menunjukkan jumlah storan yang lebih besar daripada yang sepatutnya hadir di dalam storan USB tersebut.
 
Storan seperti ini akan mengatakan ia mempunyai kapasiti yang telah diperbesarkan pada sistem operasi, yang mana ia akan memberitahu jumlah storan yang salah sekiranya kita melihat properties storan ini. Storan tiruan boleh beroperasi secara normal pada kapasiti rendahnya akan tetapi sekiranya ia mencapai tahap kapastiti ‘sebenarnya’, file di dalamnya akan mula corrupt dan turut berpotensi menghilangkan data secara besar-besaran.
 
Untuk bacaan lanjut dan lebih terperinci, korang bacalah sendiri kat amanz.my ni ya. Untuk pengetahuan supaya kita tak tertipu.
 
 

18 comments:

  1. Bijak betul org mempergunakan IT utk cari makan, kan? Haih!

    ReplyDelete
  2. Sekarang nie semua benda nak di buat tiruan

    ReplyDelete
  3. kawan saya pernah terbeli kot pen drive ni..

    ReplyDelete
  4. Banyak sangat benda tiruan di pasaran sekarang. Tujuan menghalalkan cara, dosa pahala dah tak penting, yang penting kantong penuh berisi.....

    ReplyDelete
  5. thanks for sharing kak...saya pun tak terpikir ada orang nak buat pendrive tiruan..btw sy pendrive pun takde..hehehe..mungkin nnt sy nak beli external hardisk terus kot sbb kapisiti dia lebih besar dan tak mudah corrupt..hehe..klik nuffy sini...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  6. haduiii pendrive pun ada tiruan?macam2 la zaman sekarang ni

    ReplyDelete
  7. yang jual tu rasanya tak tau kot pasal konsep penipuan ni. Kalo dia tau, maknanya dia pun jahat le. Mcm2 cara nak kaya cepat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin gak dia tak tau...sbb yg jual tu taraf pakcik2.

      Delete
  8. amboii..murah betul ye dia jual kak??
    ish3..apa la nak menipu pula..hmm

    ReplyDelete
  9. tak munasaboh langsung harga macam tu...

    ReplyDelete
  10. pernah kena
    transfer fail2 dlm pendrive tu...transfer pulak jenis cut paste
    x simpan dlm lappy...pagi esok bukak..habis hilang fail2 tu...naik giler 1 minggu....
    tanam azam x nak prcaya lagi barang murah yg x munasabah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti fail penting kan tu..pengajaran.

      Delete
  11. mcm²lah pendrive pun dia org buat tiruan.. dahlah x pandai sgt nak membeli ni... risau jgk kot terkene.. agaknya yg murah² u tiuan ko kan..

    ReplyDelete
  12. Kat pasar malam, bersepah budak budak remaja jual pendrive. Mujur kami tak tertarik pun, sebab kami dah biasa beli di kedai sah dalam kompleks...

    ReplyDelete
  13. Itu lah.. murah bersebab dan mahal pun bersebab :D

    ReplyDelete
  14. saya tak pernah jumpa plak org juai pendrive kat paso
    maybe tak perasan
    thanks share the infos uji

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun tak perasan, budak2 (anak2 sedara) ni lah...

      Delete
  15. bahaya ada benda tiruan macam ni..penipu..

    ReplyDelete

Komen kalian...bicara antara kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...