Thursday 7 November 2013

Pemaju Oh Pemaju

[catatan ni panjang...dan kena baca betul-betul baru paham.]
 
Urusan beli rumah ni rupanya bukan je menguji tahap kewangan kita, tapi menguji tahap kesabaran dan tahap celik undang-undang. Tahun lepas saya dan suami ada membeli rumah teres di sebuah taman perumahan baru yang terletak di Pajam, Negeri Sembilan. Pinjaman perumahan dengan CIMB. Ini kali pertama kami beli rumah, banyak yang kami baru tau dan kena belajar.
 
Masalah pertama
Ikut perjanjian rumah akan siap awal tahun 2014. Sejak beli kami selalu datang ke tapak pembinaan untuk melihat perkembangan semasa. Lagipun tiap bulan memang kami kena bayar interest atas progress pembinaan rumah tu. Tak bolehlah main bayar je kan, kena check jugak.
 
Sehinggalah masa awal tahun ni, rumah siap dibina (tapi bukan 100%). Maksudnya interest perlu dibayar pun dah tinggi. Bila boleh siap awal, ingatkan pemaju akan bagi awal. Rupanya progress terhenti setakat tu je, akibatnya setiap bulan kami kena bayar interest lebih RM900 sebulan selama kira-kira 6 bulan.
 
Dari sudut perundangan, tiada apa boleh dilakukan sebab ikut perjanjian cuma tercatat masa akhir serahan rumah adalah pada awal tahun depan. Kami ada buat aduan dengan pemaju, tapi dia kata dia tak langgar perjanjian. Memang betul, tapi perbuatan tu tak beretika. Kami terpaksa bersabar jelah.
 
Masalah kedua
Dalam minggu lepas, CIMB bagitau yang duit pinjaman dah dibayar sepenuhnya kepada pemaju sebab dah berlaku serahan milik. Dan mulai bulan ni (November) kami perlu bayar ansuran penuh untuk pinjaman rumah. Hakikatnya, kami tak dapat pun kunci rumah ataupun sebarang surat untuk serahan rumah dari pemaju. Jadi, tak adil untuk kami bayar penuh tapi kunci rumah belum dapat.

Kami call pemaju, katanya memang akan buat serahan tapi pada penghujung bulan depan (Disember). Kami call CIMB, katanya memang bila dah dapat kunci barulah kami perlu mula bayar ansuran penuh. Kat situ dah ada percanggahan.

Atas nasihat seorang kawan suami yang biasa dengan urusan pemaju & undang-undang, kami mulakan langkah dengan menulis surat kepada pemaju dan bank. Dah pun kami serahkan Selasa lalu kepada pemaju dan buat aduan kepada bank semalam (Rabu). Siap nyatakan klausa dalam surat perjanjian yang berkaitan dengan hal ni. Sekarang tengah tunggu maklumbalas dari keduanya. Harap nasib kami/dan pembeli yang senasib bakal terbela.

 
Korang ada pengalaman yang sama? Atau pengalaman lain yang berkaitan pun boleh kongsi. Sekurang-kurangnya boleh jadi panduan untuk yang lain bila nak beli rumah nanti. Saya ni pun sekadar bercerita...luah perasaan sebenarnya kot!


38 comments:

  1. Beli rumah di Seri Pajam ke? Adik ipar saya ada beli sebuah rumah di situ juga...teres setingkat...Katanya rumah tu dah siap, cuma facility ( macam jalan masuk ke rumah) belum siap, jadi masih tak boleh nak pindah masuk..

    Mmg progressive payment tu yang perit org nak bayar, lebih2 lagi kalau dalam masa yg sama, menyewa rumah lain...Dan patutnya kita start installment bila developer serah kunci..Tu pengalaman saya la..

    ReplyDelete
  2. DADDY Z:
    yup, under seri pajam tu lah. Saya kat Zeta, sebelah dgn Aria (adik ipar doc). Saya beli fasa awal, mmg dah siap lebih awal dari Aria..pun tak dpt lagi.:(

    mmg perit, byr dua2..dahle rumah sewa bangi ni pun mahal.

    ReplyDelete
  3. assalam ujie..acik tak de pengalaman..sebab masa acik beli dulu..gov.loan

    ReplyDelete
  4. assalam ujie..acik tak de pengalaman..sebab masa acik beli dulu..gov.loan

    ReplyDelete
  5. Menguji kesabaran betul. Di atas sebab2 tu jugak la saya masih belum terbuka hati nak beli rumah. Dah la rumah makin jauh2 dah daripada ofis kalo nak beli teres. Pastu hidden kos, interest tu, tak mampu nak tanggung. Cerita ujie ni mmg boleh jadikan panduan org org lain, maksud saya kena prepare ilmu nak beli rumah sebelum buat keputusan.

    ReplyDelete
  6. saya pun takde pengalaman beli rumah.. belum terbuka hati suami nak beli..

    ReplyDelete
  7. Bukan itu saja. Berhati2 masa nak ambik kunci rumah dari pemaju nanti. Kami kena bayar denda lebih kurang RM3000++ sebab konon kata pemaju, bank kami selalu lambat bayar duit progress. Katanya itu tanggungjawab owner sebab owner yang kena pantau. Bila owner tak pantau, masa ambik kunci, kena bayar denda.

    Kami mengamuk sakan. Syukurlah masa ambik loan dengan bank, kami dah duduk berbincang dan korek habis2 permainan pembelian rumah dengan manager bank. So, kami dinasihatkan untuk ambil lawyer yang berlainan dari pemaju. Memang lawyer pemaju ada offer diri, konon senang guna satu lawyer untuk bank dan developer. Walhal, kalau ada problem, kita tak boleh fight. Lawyer akan sided pemaju. Kami berkeras ambil lawyer lain untuk bank.

    So, kami panggil lawyer ke bank, buka file, trace semula segala notis dan surat, buat jadual terperinci dan serahkan surat aduan detail melalui lawyer kepada pemaju. Hakikatnya, bank bayar lambat sebab lawyer pemaju beri notis lewat kepada bank. Syukurlah kami berjaya dan tak perlu bayar apa2 langsung.

    Kalau owner tak fight, memang kena 'main'. Buta2 diorang dapat around 3-5k dari setiap owner. Dan jiran2 saya yang lain lurus bendul membayar bayaran yang tak munasabah tu.

    Sekadar berkongsi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terbaik..saya rasa saya akan terkena ni.dan saya siasat di sprm

      Delete

  8. baguslah ujie folow up sokmo, nanti kita yg susah..

    ReplyDelete
  9. ACIK:
    Wassalam, Untungla...rezeki org keja gomen..:)

    LYD:
    Rumah baru ni pun nnti mmg jauh dari tmpt keja suami..pajam-KL. Terpaksa...

    RAI:
    Kami dah kira terpaksa, sbb takmo umur lebih 35 utk loan.

    AZIELA:
    Thanks a lot atas perkongsian. Sbb dlm bln dpn amik kunci. Byk tu rm3k+.
    Tapi part lawyer tu, dah amik yg dgn pemaju..sbb tak tau kan.

    TIHARA:
    Follow up...sbb risau duit tak byk mana, pastu 1st time pulak.


    ReplyDelete
  10. Yang kita kena pantau bank tu memang betul.. setiap kali developer hantar invoice kita kena pastikan bank bayar cepat pada developer jika tidak kita yang dikenakan dendanya..
    Dah belasan tahun beli rumah.. dah lupa dah segala birokrasi nie.. :D

    ReplyDelete
  11. Memang betul ujie buat betul2 dgn pemaju ni... akak dulu siap ambil gambar dalam rumah tu semasa ambil kunci, bawa semua perjanjian, tunjuk setiap klausa... pemaju akak lambat setahun daripada sepatutnya... akak dapat bayaran dalam RM10 ribu, pastu pemaju minta bayar ansuran, akak kata boleh tapi buat updated cheque , buat bayaran 5 kali ajer, pemaju buat, bila sampai tarikhnya akak terus bank in, Alhamdulillah tak de cek tendang...

    ReplyDelete
  12. Sebenarnya ramai pembeli rumah yg kurang sedar hak2 mereka sebagai pembeli dilindungi oleh undang2. Jika Ujie dan org2 lain ada masalah dengan pemaju, aduan boleh dibuat kepada Bahagian Pelesenan Pemaju Perumahan, Jabatan Perumahan Negara (JPN). Boleh tulis, telefon atau pergi sendiri ke:

    Jabatan Perumahan Negara (JPN),
    Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan,
    Aras 30 - 38, No. 51, Persiaran Perdana, Presint 4,
    62100 PUTRJAYA.

    No. Telefon: 03-8891 4100

    Kalau ramai orang di kawasan perumahan tersebut menghadapi masalah yg sama, buat aduan secara berkumpulan lagi baik.

    Pegawai JPN akan menjadi orang tengah bagi menyelesaikan masalah pembeli dan pemaju. Kalau kena gayanya late interest itu pun (berdasarkan kes saya) boleh dikurangkan ke tahap paling minimum (jika ia memang terbukti salah pemaju).

    Harap komen saya (berdasarkan pengalaman sendiri) ini membantu Ujie dan orang-orang lain yang senasib...

    ReplyDelete
  13. tak pernah ada pengalaman..bab tak pernah beli umah..

    ReplyDelete
  14. saya nak citer pengalaman saya pun tak pernah beli rumah lagi..nak kata keje dalam sektor tu pun tak jugak..tapi bagus laa akak buat entry2 macam nie..sekurang kurangnya nanti kalau sy dah mampu beli rumah boleh laa sy jadikan kes akak nie sebagai rujukan..apa2, sy harap agar semua urusan akak dipermudahkan olehNya..amin...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  15. Pengalaman kakak dan abang membeli beberapa rumah tak mengalami masalah itu (mungkin pemaju dulu tak sama dgn sekarang). Dulu rumah dah siap pun masih ada yg belum dibooking berbanding sekarang rumah belum nampak dah ramai yg book..

    ReplyDelete
  16. Good info kak. Saya pun dah kena start bayar DIBS (Developer Interest Bearing Scheme). Cuma at the moment everything is in progress la.

    1. May I know who is your Developer?
    2. I think bank pun (CIMB) macam x professional la to handle this matters. They should be informed the date submission of the house key to the customers and CIMB should check/verify with the Developer regarding the status. Pastu patut bagi buffer la for customers to confirm the key status. Apa punya bank.

    So far x penah berlaku lagi la this thing to me. Harap2 everything is smooth and CIMB will handle this matter professionally.

    My 2 cents

    ReplyDelete
  17. ACIK IDAH:
    thanks atas nasihat/peringatan..penting tu.:)

    NUR HAYATI:
    Alhamdulillah..tak le teraniaya. rm10k tu..

    JR:
    tima kasih byk2! siap bagi alamat/no. telefon. Mmg saya tak tau pun ada saluran yg ni. Mesti ramai yg perlu info ni.

    EITA:
    takpe, baca utk amik pglmn org..:)

    AZLAN:
    thanks atas doanya.. :)

    KAK ZAKIE:
    hehe..saya pun beli rumah yg belum nampak, ada tapak je. Itupun pilihan terhad, ramai dah beli.

    FARID:
    1.developer..seri pajam.
    2.mmg pun, tu pasal kami buat aduan pd bank jugak. mcmana dia boleh byr penuh pd pemaju, sedangkan takde dokumen sokongan yg pembeli dah dpt kunci. Kami dah hantar surat jugak kpd Bank Negara, tak puas ati dgn cara CIMB.

    ReplyDelete
  18. tak ada pengalaman.. tapi dapat sesuatu kat sini sebab baru nak plan membeli... thanks ujie

    ReplyDelete
  19. Memang bnyakkan dengar kes2 macam ni berlaku...
    saya ambil loan kerajaan..tak de masalah..Tapi husb ada jugak beli bbrapa buah rumah ..setakat ni mmng tak de masalah jga..

    ReplyDelete
  20. Sy takde experience beli umah baru. Umah kami tu pun umah subsale. Lulus je loan (Bank Islam), kami terus byr apa yg dah kami akad dgn pihak bank. So, takde issue hidden charges (mcm interest tinggi yg perlu dibyr Ujie n hubby). Kesimpulannya mmg tak tau apa2. Interest smpi RM900 tu agak tinggi. Beban.

    ReplyDelete
  21. saya pun tak tahu..masa beli umah dulu suami je yang urus kan..saya makan tidoq ja..apa nak jadi pun tak tau la..hahah

    ReplyDelete
  22. harap akak bersabar ya.. macam2 hal kalau dh beli rumah itu belum masa pindah. harap2 takda masalah

    ReplyDelete
  23. sy xde pengalaman, tp bgs jugak ujie dah amik tindakkan dgn menulis surat kpd bank dan pemaju tu...

    ReplyDelete
  24. Assalamualaikum kak, masih ada simpan lagi tak contoh surat rayuan tu?? saya ingin memohon jasa baik akak agar dpt share contoh surat rayuan kepada pemaju tu kerana saya pun alami masalah yg sama juga, terima kasih kak..

    ammar.razi88@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa alaikum salam, rasanya elok bro buat sendiri. Sebab surat kami tu pun akhirnya tak dapat jawapan positif. :(

      Delete
  25. sekadar makluman,
    Ikut cerita ni, rumah sepatutnya siap awal tahun 2014 kan.. akak rujuk semula agreement sbb ada klausa bagitau yang akak boleh claim late penalty kepada pemaju sekiranya dia lambat serah kunci. pengiraannya adalah 10% drpd purchase price dibahagi kepada 365 hari dan didarab dengan berapa hari pemaju lewat serah kunci kepada pembeli.

    Kalu x faham, boleh rujuk kepada Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah di bawah KPKT. saya pn tengah uruskan pasal late penalty ni.. sbb pemaju berdolak dalik nak bayar pampasan pada saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni bkn masalah lewat serah kunci sis..hujung 2013 dah dapat kunci. Kalau kes tu mmg boleh claim.

      Delete
  26. Salam
    Saya nak mintak advice sikit.. Bank dah release payment pada pemaju dalam 75%. Saya dikenakan interest sebanyak rm 700 sebulan. Saya bayar selama 3 bulan dan bank hantar surat untuk release lagi 10% pada pemaju.. Kemudian saya kena interest sebanyak rm1500 sebulan dan bulan seterusnya rm 1300.sedangkan pejanjian saya dengan bank, saya perlu membayar rm1200 sebulan pada 100%.adakah bank suka2 menaikan interest Sedangkan kunci pun x dapat lagi.mohon pencerahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa salam..yg bro byr sblm rmh siap 100% tu adalah progressive payment. Mmg berubah, ikut progress pembinaan. Yg rm1200 tu adalah byrn blnn selepas rmh siap dibina. Itu yg saya faham. Sebaiknya, bro berhubung terus dgn pihak bank jika ada sebarang isu.

      *maaf..lewat reply.

      Delete
  27. Serah kunci Dan milikan kosong brbeza ye..dlm SNP ade tulis..klu umah still xleh dduk lg wlupon dah lebih Dari sptt nye kita leh mnta denda lewat Dari pemaju..setkat serah kunci xde ape pon sbnr nye..kdg2 pembeli keliru kat situ..bila dpt kunci diorg anggap pemaju x perlu byr denda lewat sedang kan cfo x dpt pon lg..

    ReplyDelete
  28. Serah kunci Dan milikan kosong brbeza ye..dlm SNP ade tulis..klu umah still xleh dduk lg wlupon dah lebih Dari sptt nye kita leh mnta denda lewat Dari pemaju..setkat serah kunci xde ape pon sbnr nye..kdg2 pembeli keliru kat situ..bila dpt kunci diorg anggap pemaju x perlu byr denda lewat sedang kan cfo x dpt pon lg..

    ReplyDelete
  29. Assalamualaikum.. saya nak tya. Ikut S&P umah sy dijangka siap Jun 2015. Saya ada call pemaju, dorg ckap umah dh 100% siap. Cuma tggu CFO je. CFO tu akan dapat minggu dpan. Saya layak x tuntut denda lewat dengan dorg?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa salam. Setahu saya sis layak buat tuntutan..mcm komen Anon di atas. Cuma..sis perlu rujuk pada S&P sis utk pastikan apa/berapa nilai tuntutan yg telah dipersetujui.

      *maaf lewat reply

      Delete
  30. Assalamu'alaikum..,. saya nak bertanya.. saya pun dalam proses beli rumah dengan pemaju seri pajam... pemaju dah hantar surat untuk vacant possession tapi perlu bayar outstanding progress amount.. alhamdulillah di pihak saya hanya bayar dalam rm700+ (overdue interest + utility deposit etc).. saya dah bayar habis... tapi di pihak bank pula yang masih belum jelaskan baki bayaran kepada pemaju.. jadi walaupun saya dah boleh dapat vacant possession tapi pemaju taknak serahkan sebab bank masih belum bayar... apa yang perlu saya buat? akan ada sebarang penalti tambahan yang saya kena bayar ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikum salam,
      setahu saya jika pihak bank belum jelaskan baki bayaran kepada pemaju, pasti ada requirement bank yang belum dipenuhi oleh pemaju. Tuan perlu berhubung dengan pihak bank untuk penjelasan dan tindakan selanjutnya.

      Delete
  31. Salam...sy nak tny...downpayment 10% tu memg kne wajib bayar masa sign snp ke??kalau lewat bayar mcm mana??sy ade masalah dgn agent ni dan xouas hati dengan cara die...ape masalah akan timbul kalau sy cancle xnk beli n xnk bayar?snp n bank dah approved n setel skrg...

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****