Wednesday 20 November 2013

Kaki Tipu

Ni cerita kat kampung...
Ramai betul kaki tipu yang berkeliaran.
Mereka ni bukan orang kampung situ, tapi orang luar.
Mangsanya...warga tua.

Kaki tipu yang mengaku orang Telekom...
Bagi salam dan terus masuk dalam rumah tanpa dipelawa.
Terus menuju ke tempat telefon rumah dan memasang sesuatu.
Lepas tu suruh bayar RM35 untuk alat cegah kilat/petir tadi.
Bila dah bayar, dia offer pulak alat serupa untuk tv. Harga RM250.
Biasanya sebab mahal, orang kampung tak ambil.
Tapi dia dah berjaya 'menjual' alat RM35 tadi.
Hampir di kebanyakkan rumah.
Dengan taktik yang sama.

Kaki tipu yang mengaku penjual rantai tangan magnetik...
Mula-mula jual harga beratus-ratus.
Bila kata takde duit....harga jadi turun.
Dia pujuk punya pujuk...jadi beberapa puluh ringgit.
Yang percaya, memang beli.
Yang berfikir, memang tak beli.
Dari harga ratusan boleh jual hanya beberapa puluh ringgit?

Kaki tipu yang mengaku wakil dari kolej...
Yang ni entah mana dia dapat info budak nak masuk kolej.
Dia datang rumah mangsa...minta bayaran kemasukan kolej.
Kebetulan duit pun ada...warga tua ni serah wang beratus.
Iyelah...anak nak masuk kolej kan...


Ini cuma sebahagian cerita kaki tipu yang berkeliaran kat kampung mertua. Cuma...Alhamdulillah mereka tak ganas sampai mencederakan kalau warga tua menolak. Mereka cuma akan mendesak. Tapi akan mengalah bila ditegaskan 'TAKDE DUIT. DUIT TUNGGU ANAK BAGI'.


17 comments:

  1. ada yg tebal muka siap minta air minum lagi ...

    ReplyDelete
  2. ramainya org jahat kat malaysia ni. Semuanya nak duit mudah je. Paling jahat bila sanggup tipu org kampung yang dah tua2 yang hati mereka suci dan tulus. Apa la nak jadi.

    ReplyDelete
  3. kt rumah saya skrg, pintu mmg sentiasa tertutup..bile bukak, ade la org jual la, org minta sedekah rumah anak yatim la, ade sekali siap kantoi dgn abg ipar saya yg keje maiwp lg, alamat maiwp n surat kelulusan guna yg tipu punye..

    ReplyDelete
  4. Bila di bandar susah 'cari makan' dia berkeliaran di kampung pulak Ujie. Kakak dah lama pesan kat bapak. Selalu pesan cakap tak ada duit dan makan pun anak belikan... padahal duit bapak dgn kita lagi banyak dia tapi kat banklah..

    ReplyDelete
  5. macam2 carakan ujie..dului2 acik pernah kena..pasai tong gas..terus je tuju dapur..nak ganti getah gas..terkejut acik

    ReplyDelete
  6. kt kampung angah pun ramai juga 'kaki penjual' ni, risau juga kat mama dan abah di kampung...

    ReplyDelete
  7. weyhh, menakutkanlah..hati2..kunci pintu rapat2

    ReplyDelete
  8. Kaki tipu ada di mana2, bukan saja di kampung, di bandar besar pun ada. Jika di kampung mangsa kebanyakannya makcik suri rumah, di bandar besar mangsanya golongan profesional yang belajar tinggi, tapi ilmu si-penipu ini lebih tinggi dari mereka....

    ReplyDelete
  9. terima kasih bagi info...kena berjaga2 ni...salam perkenalan. blog yg menarik

    ReplyDelete
  10. Idah pernah kena juga dulu... dia nak fogging keliling rumah... kita nie ingatkan dari Pejabat Kesihatan.. kita kata ok jer la.. skali rupa2nya dah sudah tu dia suruh kita bayar tak ingat dah braper ringgit.. pastu dia kata bayaran tu utk 3 kali fogging dalam setahun.. ermm.. tu jer la sekali dia fogging.. lepas tu haraaammm nampak batang idung... call no yg tertera kat receipt tu pun tak wujud...

    ReplyDelete
  11. UISHH,,,macam macam taktik ye sekarang -_-,,thankz sebab share

    ReplyDelete
  12. Bahaya ibubapa tinggal berduakan ujie... Itu yg akak risau, akak pesan dgn mak sentiasa kunci grill, ckp dari dlm jer..

    ReplyDelete
  13. macam2 skang ni
    bimbang ngan orang2 tua yang mudah poercaya..
    kalau penipu tak apa2kan takpe..mintak jauhlah...

    ReplyDelete
  14. Memang betul tu byk yg ambik kesempatan nak menipu camtu espp.di kpg hanya ada org tua shj.

    ReplyDelete
  15. sekarang ni ramai sgt orng menipu..dah takleh nk beza doh mna satu betol mna satu yg menipu

    ReplyDelete
  16. kaki tipu ade bakat cari duit guna modal air liur..tapi sayangnya bakat yang ada itu disalahgunakan..kan elok kalau guna bakat tu cari rezeki yang halal..

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  17. bahayanyaaa..

    jgn bagi org luar masuk n kunci pintu huhu..

    kampung pon dah xselamat kalo x kunci pintu,.sbb ramai y cari mangsa...

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****