Monday 25 November 2013

Susut!

Sekarang ni saya tak boleh nak aktif sangat berblog,
Sebab pertama, laptop saya masih belum dibaiki.
Siasatan awal mendapati cuma skrin rosak, saya syak virus.
Tiap kali menulis saya  pinjam laptop suami.
Itupun kalau tak dibawa ke tempat kerjanya.

Sebab kedua, saya beri tumpuan lebih pada bisnes online.
Sebelum ni saya berbisnes untuk suka-suka dan isi masa.
Takde orang beli tak apa, harga jual pun setakat jangan rugi.
Tapi sekarang dah masuk fasa kedua - cari untung!
Alhamdulillah...dana *GMBO pun dah dapat minggu lepas.
Makanya, ligatlah otak saya berfikir...

Sebab ketiga, saya sibuk memikirkan hal-hal rumah baru.
Insya-Allah bakal dapat kunci rumah bulan hadapan.
Tapi kami dah mula panggil orang untuk ukur apa yang perlu.
Ditambah pula masalah dengan bank yang saya cerita sebelum ni.
Semuanya perlu difikirkan...

Akhirnya, saya tak mampu nak menulis secara kerap di blog ni.
Tak dapat nak ulas pasal cuti Jumaat di Johor..negeri saya.
Tak dapat menulis seperti dulu...
Bulan lepas cuma 8 entri.
Bulan ni baru entri ke-8...dah pun 25 haribulan!
Dan..tak dapat juga merayau ke blog kawan-kawan.
Kalau segalanya dah stabil, bolehlah kembali aktif seperti dulu.
Insya Allah!

*GMBO- Get Malaysian Business Online.


p/s: Berblog itu seronok. Bertukar pengalaman dan info. Hidup terasa meriah. Bila ditinggalkan...terasa rindu.
 

Thursday 21 November 2013

Anggerik/Orkid Harimau (2)

Saya pernah menulis mengenai pokok anggerik/orkid harimau ni lebih setahun lalu. Masa tu bunganya baru je habis gugur. Entrinya DI SINI. 
Dan kali ni saya sempat rakamkan gambar putik bunga orkid harimau ni. Ada kira-kira 9 tangkai, tapi tak taulah berapa yang akan menjadik sebab banyak kumbang. Untuk info, pokok orkid harimau ni agak susah mengeluarkan bunga. Mertua saya tanam dah lama, tapi baru beberapa kali ia berbunga.





...dan harap-harap saya berkesempatan rakam gambar bunganya yang berkembang...



Wednesday 20 November 2013

Kaki Tipu

Ni cerita kat kampung...
Ramai betul kaki tipu yang berkeliaran.
Mereka ni bukan orang kampung situ, tapi orang luar.
Mangsanya...warga tua.

Kaki tipu yang mengaku orang Telekom...
Bagi salam dan terus masuk dalam rumah tanpa dipelawa.
Terus menuju ke tempat telefon rumah dan memasang sesuatu.
Lepas tu suruh bayar RM35 untuk alat cegah kilat/petir tadi.
Bila dah bayar, dia offer pulak alat serupa untuk tv. Harga RM250.
Biasanya sebab mahal, orang kampung tak ambil.
Tapi dia dah berjaya 'menjual' alat RM35 tadi.
Hampir di kebanyakkan rumah.
Dengan taktik yang sama.

Kaki tipu yang mengaku penjual rantai tangan magnetik...
Mula-mula jual harga beratus-ratus.
Bila kata takde duit....harga jadi turun.
Dia pujuk punya pujuk...jadi beberapa puluh ringgit.
Yang percaya, memang beli.
Yang berfikir, memang tak beli.
Dari harga ratusan boleh jual hanya beberapa puluh ringgit?

Kaki tipu yang mengaku wakil dari kolej...
Yang ni entah mana dia dapat info budak nak masuk kolej.
Dia datang rumah mangsa...minta bayaran kemasukan kolej.
Kebetulan duit pun ada...warga tua ni serah wang beratus.
Iyelah...anak nak masuk kolej kan...


Ini cuma sebahagian cerita kaki tipu yang berkeliaran kat kampung mertua. Cuma...Alhamdulillah mereka tak ganas sampai mencederakan kalau warga tua menolak. Mereka cuma akan mendesak. Tapi akan mengalah bila ditegaskan 'TAKDE DUIT. DUIT TUNGGU ANAK BAGI'.


Tuesday 19 November 2013

Paya Indah Wetlands

Hujung minggu lalu, kakak saya sekeluarga datang dari Johor. Untuk kunjungan kali ni, saya dan suami bawa mereka ke PAYA INDAH WETLANDS. Sebenarnya, ini kunjungan kali pertama buat kami jugak.

INFO : Paya Indah Wetlands ni tempat untuk kita menikmati alam semulajadi. Diuruskan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar & Taman Negara. Dibuka setiap hari dari 7.30 pagi - 7.00 petang. Ada banyak kolam/tasik. Antara aktiviti di sini...berbasikal, memerhati burung, memancing. Pukul 10 pagi kita boleh tengok pekerja bagi makan badak air dan pukul 11 pagi masa untuk bagi makan buaya. Cuma saya tak pasti bagi makan ni setiap hari atau hujung minggu je. Saya datang ni masa hari Ahad. Pertanyaan lanjut, korang boleh hubungi 03-8768 7616/8726.

BAYARAN : Percuma (ni yang paling menarik, jimat!)

CARA KE SANA : Cari arah ke Dengkil, Selangor. Tempat ni terletak di KM4, Jalan Dengkil-Banting. Kalau dari Bangi ia terletak di sebelah kanan jalan.

Dari signboard utama ni, teruskan perjalanan kira-kira 3km untuk tiba ke Paya Indah Wetlands.

Pergi ke kaunter pendaftaran, lepas daftar akan dapat pas ni. Kita boleh jalan kaki (kalau larat la..), berbasikal, naik motor atau kereta untuk berjalan-jalan disekitar tempat ni.

Antara chalet yang ditawarkan. Untuk harga, sila tanya nombor kat atas ya...

Kolam Hippo @ badak air. Tak sempat tengok pekerja beri makan hippo, datang dah lewat. Hippo pun dah masuk kandang semula.

Kolam buaya. Masa ni pekerja tengah campak-campak ayam untuk bagi buaya makan.
Kita cuma boleh tengok ikut celah jaring ni je ya. Bahaya...buayanya banyak dan besar.
Katanya ada 48 ekor...camne dia kira ek?

Landak yang mesra pengunjung. Dok asyik tengok buaya, terkejut bila ada benda kat kaki. Landak ni mencelah kat kaki para pengunjung. Ada yang menjerit takut. Staf situ bagitau...landak ni tak bahaya. Dan jangan lari kalau dia cium/dekat kita, sebab nanti dia akan ikut/kejar kita. Buktinya..memang ada sorang budak tu puas berlari sebab kena ikut dengan landak ni.

Pemandangan salah satu tasik yang ada. Teratai yang cantik!
Tapi banyaak ulat dan telur warna pink.

Menara tinjau. Ada 5 tingkat. Tak boleh lebih 10 orang ya.

Pemandangan dari atas...tenang saya rasa memandang kehijauan alam!

Untuk korang yang tercari-cari tempat berjalan-jalan yang percuma dan menenangkan fikiran, silalah datang ke sini. Walaupun percuma, ia kelihatan dijaga dengan baik. Masih ada kekurangan (cth.: kandang kuda tanpa kuda, tidak disediakan aktiviti di tasik), tapi sebab masuk sini PERCUMA je...setakat ada beberapa aktiviti pun dah memadai bagi saya. 



Wednesday 13 November 2013

Telur Ayam Comel

 
Saya letak di sebelah telur ayam kampong saiz biasa (kanan), untuk tujuan perbandingan.
 
Mungkin korang ada yang dah biasa jumpa telur ayam comel (kiri)...
Bagi saya, ni kali kedua saya tengok telur ayam begini.
Ia hasil dari ayam kampung yang dibela mertua.
Yang pertama dulu, betul-betul bulat.
Yang kedua ni sedikit bujur.
 
Untuk cerita lanjut berkenaan telur ayam comel ni, korang boleh baca kat SINI.
 
 
p/s: Harini hari ke-5 saya kat kampung Johor...ada hal keluarga. Maka aktiviti blog agak terhenti.
 


Thursday 7 November 2013

Pemaju Oh Pemaju

[catatan ni panjang...dan kena baca betul-betul baru paham.]
 
Urusan beli rumah ni rupanya bukan je menguji tahap kewangan kita, tapi menguji tahap kesabaran dan tahap celik undang-undang. Tahun lepas saya dan suami ada membeli rumah teres di sebuah taman perumahan baru yang terletak di Pajam, Negeri Sembilan. Pinjaman perumahan dengan CIMB. Ini kali pertama kami beli rumah, banyak yang kami baru tau dan kena belajar.
 
Masalah pertama
Ikut perjanjian rumah akan siap awal tahun 2014. Sejak beli kami selalu datang ke tapak pembinaan untuk melihat perkembangan semasa. Lagipun tiap bulan memang kami kena bayar interest atas progress pembinaan rumah tu. Tak bolehlah main bayar je kan, kena check jugak.
 
Sehinggalah masa awal tahun ni, rumah siap dibina (tapi bukan 100%). Maksudnya interest perlu dibayar pun dah tinggi. Bila boleh siap awal, ingatkan pemaju akan bagi awal. Rupanya progress terhenti setakat tu je, akibatnya setiap bulan kami kena bayar interest lebih RM900 sebulan selama kira-kira 6 bulan.
 
Dari sudut perundangan, tiada apa boleh dilakukan sebab ikut perjanjian cuma tercatat masa akhir serahan rumah adalah pada awal tahun depan. Kami ada buat aduan dengan pemaju, tapi dia kata dia tak langgar perjanjian. Memang betul, tapi perbuatan tu tak beretika. Kami terpaksa bersabar jelah.
 
Masalah kedua
Dalam minggu lepas, CIMB bagitau yang duit pinjaman dah dibayar sepenuhnya kepada pemaju sebab dah berlaku serahan milik. Dan mulai bulan ni (November) kami perlu bayar ansuran penuh untuk pinjaman rumah. Hakikatnya, kami tak dapat pun kunci rumah ataupun sebarang surat untuk serahan rumah dari pemaju. Jadi, tak adil untuk kami bayar penuh tapi kunci rumah belum dapat.

Kami call pemaju, katanya memang akan buat serahan tapi pada penghujung bulan depan (Disember). Kami call CIMB, katanya memang bila dah dapat kunci barulah kami perlu mula bayar ansuran penuh. Kat situ dah ada percanggahan.

Atas nasihat seorang kawan suami yang biasa dengan urusan pemaju & undang-undang, kami mulakan langkah dengan menulis surat kepada pemaju dan bank. Dah pun kami serahkan Selasa lalu kepada pemaju dan buat aduan kepada bank semalam (Rabu). Siap nyatakan klausa dalam surat perjanjian yang berkaitan dengan hal ni. Sekarang tengah tunggu maklumbalas dari keduanya. Harap nasib kami/dan pembeli yang senasib bakal terbela.

 
Korang ada pengalaman yang sama? Atau pengalaman lain yang berkaitan pun boleh kongsi. Sekurang-kurangnya boleh jadi panduan untuk yang lain bila nak beli rumah nanti. Saya ni pun sekadar bercerita...luah perasaan sebenarnya kot!


Wednesday 6 November 2013

Taman Botani Johor

TAMAN BOTANI JOHOR - terletak di Sri Medan, Batu Pahat, Johor. Sangat dekat dengan rumah mertua saya. Taman ni terletak di kawasan berbukit, dan terdapat dua tasik utama. Tasik ni terbentuk hasil aktiviti perlombongan bijih suatu ketika dahulu. Sebelum ia diwartakan sebagai 'taman botani', tasik ni jadi tempat penduduk kampung menternak ikan sangkar.
 
Taman ni terletak di atas bukit...diuruskan oleh Jabatan Landskap Johor. Percuma je dan takde kaunter apa-apa.

Pemandangan tasik yang menjadi tumpuan utama orang ramai. Damai...
Masa ni lewat petang, ramai pengunjung kat tepi tasik ni sebenarnya. Ada yang memancing, ada yang sibuk ambik gambar (macam saya) dan ada yang duduk santai dengan kawan & keluarga.
 
Sejarah tasik ni...aktiviti perlombongan.
SECTION NO. 7 - 1959 SRI MEDAN IRON MINE.


Lokasi utama yang sangat cantik untuk sesi fotografi.

Hujung minggu...lokasi ni jadi tumpuan fotografi pasangan pengantin.

Ni sepupu suami...yang ikut kami merayau kat tasik.

Akar dari pokok di tepi tasik...

Pandangan peribadi saya, taman ni kelihatan kurang terurus. Untuk peminat fotografi, ini memang tempat yang menarik. Bagi penduduk setempat, ia cuma lokasi untuk bersantai bersama kawan/keluarga di petang hari.


***Update: Tasik ni memang cantik tau...dalam gambar & yang sebenar. Sebab tu ramai pengantin jadikan ia lokasi bergambar. Yang tak terurus tu kemudahan yang disediakan. Kira tak setanding dengan nama TAMAN BOTANI.***


Monday 4 November 2013

Tak Tau Bersyukur!

[situasi: sedang rewang di dapur untuk kenduri]
 
"Orang kita ni ada yang tak tau bersyukur! Gula naik sikit pun dah bising." kata makcik Munah (bukan nama sebenar). "Kat Kemboja tu...huru-hara, miskin...harga gula pun mahal. Kita kat sini bersyukur aman." sambungnya lagi penuh semangat.
 
Topik GULA bermula bila ada kuih yang dibeli untuk hidangan kami rewang terasa kurang kemanisannya. "Gula dah naik harga, kuih masih sama harga. Mestilah kena kurangkan gula." ulas Kak Ani (juga bukan nama sebenar). Masing-masing mengulas sebagai tanda tak puas hati bila harga gula naik (subsidi ditarik). Tapi akhirnya terhenti bila makcik Munah beria kaitkan orang yang tak puashati sebagai tak tau bersyukur. Bersyukurlah, gula naik harga tapi Malaysia masih aman!
 
Saya antara yang mendiamkan diri. Bukan bersetuju, atau tiada jawapan. Tapi sekadar menghormati hujah makcik Munah, orang lebih tua. Cuma terasa kasihan, masih ada yang berSYUKUR walau dinafikan HAK. Ya, hak kita untuk mendapat barangan keperluan asas dengan harga rendah di sebuah negara yang dikatakan aman makmur. Juga kasihan, masih ada yang mampu terima alasan kebudak-budakan untuk menghalalkan kenaikan harga gula! 
   
 
*Memang kita AMAN dari medan peperangan,  tapi masih ramai yang sedang berjuang di MEDAN DERITA kemiskinan!*
 
 
p/s: Tahniah kepada penyokong Pahang, atas kemenangan malam tadi.