Tuesday 1 October 2013

Dayus atau Nusyuz?

Kebiasaannya kita cuma tahu suami DAYUS, tapi kita mungkin tak tahu adanya suami NUSYUZ. Ya, ada beza bagi keduanya. Kita lihat situasi berikut:

Kisah A
"Aku tengok bini kau keluar malam-malam masa kau takde. Pakaian pun bukan main...jeans ketat, baju lengan pendek, tudung entah ke mana. Baik kau tegur bini kau tu." nasihat Eman kepada Manan.

"Biarlah dia keluar, dia bosan tu aku kerja malam. Pasal tudung tu...dia memang tak boleh pakai, nanti sakit kepala dia datang." jawab Manan dengan tenang.

Kisah B
Walaupun sudah berkahwin, Ailin perlu menyara kehidupannya sendiri. Si suami jarang-jarang memberi wang untuk keperluan harian, sewa rumah pun perlu dilunaskan sendiri. Alasannya, duit gaji tak cukup. Sudah begitu, si suami rupanya seorang yang panas baran. Pantang ada yang tak kena di matanya, laju je tangan kasarnya singgah di pipi Ailin.


———————————————————-

Merujuk kepada kisah A, nampak macam baik je Manan tak tegur mahupun marah isterinya. Tapi hakikatnya Manan adalah SUAMI DAYUS. Dayus bermaksud membiarkan kejahatan (seperti zina, buka aurat & pergaulan bebas) yang dilakukan oleh isteri dan/atau anak-anaknya. Sebab tu nak jadi suami kena ada ilmu agama, tidaklah nanti jadi suami dayus sebab tak tahu apa yang boleh dan apa yang tidak.  

Merujuk kepada kisah B, biasanya orang akan gelar suami yang kaki pukul ni suami dayus. Tapi yang benarnya, suami begini disebut sebagai SUAMI NUSYUZ. Nusyuz bagi suami bermaksud enggan menunaikan hak spiritual (komunikasi yang baik / tidak berkasar, beri didikan agama) dan hak material (mas kahwin, keperluan asas - makan, pakai & tempat tinggal). Untuk para suami, kenalah ambil tahu apa hak isteri yang perlu diberi supaya tidaklah jadi suami yang nusyuz.


*entri berkaitan - Lelaki Dayus & Suami Nusyuz.






.

16 comments:

  1. tangungjawab seorg suami ...
    hak seorang isteri ...
    kerana itulah kehidupan rumahtangga sepatutnya aman damai.. ikatan yg halal pttnya saling memahami, saling membantu .. bekerjasama.. tempat berkongsi kisah suka duka ... (^___^)v dunia akhir zaman mcm2

    ReplyDelete
  2. Ooo.. ada jugak istilah suami nusyuz ye. Saya betul2 tak tahu selama ni. Yang biasa dengar hanya suami dayus tu. Ingatkan situasi b tu pun dayus.

    *dayus yg paling femes sekarang teka siapa? Hehehe. Aku tak bodoh.Aku tak bodoh. Jantan dayus. Jantan dayus.

    ReplyDelete
  3. LYD:
    Hehe..kes tu la antara sbb saya menulis. Sbb dia tak paham dayus tu apa, tapi boleh tuduh pakcik tu dayus. Adeh..moga2 lepas ni dia pahamlah.

    ReplyDelete
  4. kalau lelaki nusyuz kena asingkan tempat tido gak ke? hehehe..

    ReplyDelete
  5. Carilah lelaki yg beragama insya-allah dua-dua ini dapat dihindarkan dari kehidupan..

    ReplyDelete
  6. Nauzubillah ... janganlah ujian seperti ini yg kita alami ye Ujie...

    ReplyDelete
  7. Salah faham timbul bila perkataan DAYUS tu ditafsirkan based on budaya/adat, bukan konteks hukum agama.

    ReplyDelete
  8. susah jugak kalau dapat dua2 macam ni

    ReplyDelete
  9. Masih ramai yg tak paham bahasa, tapi buat2 paham....

    ReplyDelete
  10. ERM... APE KISAHNYA PULA ISTERI M** Y* MENGATKAN PAKCIK GUARD ITU DAYUS... MANA DIA TAU? :(

    ReplyDelete
  11. orang sekarang ni main sebut je..kena paham betul2 nih..kang silap cakap buat malu je..kan??

    ReplyDelete
  12. yup..memang ade perbezaan antara kedua-dua tu kak..semoga sy tak tergolong dalam golangan macam tu..amin!!

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  13. Moga dijauhkan sifat itu dari kita semua.

    ReplyDelete
  14. selalunya org ckp isteri nusyuz.. rupanya ada juga suami nusyuz. patutya si suami mnjd ketua keluarga bkn sebaliknya.

    ReplyDelete
  15. elok suami elok la isterinya kan..semua ats didikan suami

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****