Wednesday 2 October 2013

Cikgu Mintak Maaf...

Takziah dan simpati amat kepada mangsa keracunan.
Kes keracunan ni buat saya terkenang kisah lalu.
Kisah zaman sekolah menengah berasrama.

Waktu makan malam di asrama kami adalah pada jam 6 petang.
Saya tak ingat apa menunya yang menyebabkan kami keracunan.
Yang pasti sakit perut saya cuma bermula pada keesokkan paginya.
Cikgu mengajar di depan dan saya berkerut muka menahan sakit perut.
Habis waktu untuk subjek tu, bergegas saya ke tandas berhampiran.
Terkejut saya tengok tandas penuh, siap beratur lagi.
Pergi tandas blok lain pun sama...semua kena beratur.
Akhirnya saya menuju ke asrama, tandas memang banyak.

Sudahnya saya lewat masuk kelas subjek sains.
Sampai makmal sains, cikgu (perempuan) dah tunggu dengan muka marah.
Saya jelaskan apa yang sebenarnya...tapi cikgu tak percaya.
Tak pasal kena denda berdiri belakang kelas makmal untuk satu jangka masa.
Tak segan sangat sebab ada beberapa pelajar yang kena denda sama.

Tak lama lepas tu, kedengaran pengumuman dari pembesar suara...
Berlaku kes keracunan makanan!
Semua pelajar yang terlibat diminta berkumpul untuk ke hospital.
Terus cikgu perempuan tadi datang kepada saya dan mintak maaf.
Sebab dia dah salah anggap dan tak percaya kata-kata saya tadinya.


Esoknya keluar kat surat khabar gambar pelajar sekolah kami yang tengah tunggu untuk rawatan di hospital Seremban. Dan kemudiannya berita laporan siasatan mendapati keracunan makanan kemungkinan disebabkan tahap kebersihan pekerja/tukang masak dewan makan.


17 comments:

  1. Kenangan mengusik jiwa la kan.. tetapi alhamdulillah tak sampai maut..

    ReplyDelete
  2. kesian kan kes camtu.. alhamdulillah sepanjang hidup belum pernah kena.. takut jugak..

    ReplyDelete
  3. Bahaya keracunan makanan ni, akak pun pernah kena hingga kena injection baru lega dari kesakitan itu...

    Budak asrama selalu kena kan :)

    ReplyDelete
  4. Kawe pernah kena...tapi tak le seteruk mcm dlm akhbar tu or sampai kena masuk spital

    ReplyDelete
  5. Syukur takde pape masa tu kan.. ;)
    cikgu tu pun bagus sebab mengaku silap dan mintak maaf.

    ReplyDelete
  6. Apa yg sedihnya kes di Kedah tu dia lewatkan pergi hospital Ujie. Dari Ahad majlisnya dah sakit perut selasa baru ke hospital... kesiannya.

    Pihak sekolah biasa on the spot hantar jadi terkawal sikit..

    ReplyDelete
  7. woaa femes tu. skolah sy dulu masuk paper pasal kes virus hape ntah dlu yg femes tu??? lupe plak...rmai pelajar kena..smpai skolah tutup

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah setakat nie sy belum pernah mengalami keracunan makan..semoga sy terus dijauhkan..amin..

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  9. Syukur takde apa2 serius yang berlaku masa tu...
    Takziah & simpati buat mangsa keracunan di Kedah..

    ReplyDelete
  10. tu la, bukan senang berurusan dengan makanan ni. tahap kebersihan kena tiptop...

    ReplyDelete
  11. Dah empat kali masuk wad kerana cirit birit dan muntah. Apa nak buat perut saya jenis sangat sensitif....

    ReplyDelete
  12. penting nyer kebersihan dalam penyedian makanan...

    kalau tak macam ni lah..kesian diorang

    ReplyDelete
  13. saya sokong dgn komen sis eita

    saya kalau pi kenduri mmg tak makan banyak. kurang selera dgn nasi minyak ni tapi kalau nasi putih mmg layan habis

    ReplyDelete
  14. kesian mangsa di kedah yg meninggal tu.. Al-fatihah

    ReplyDelete
  15. TAKUTNYA KALAU KERACUNAN MAKANAN NI..

    ReplyDelete
  16. semua berpunca dri tukang masak yg tak jaga kebersihan la ni..

    ReplyDelete
  17. Ujie pon mcm JR pernah kena keracunan makanan. Cikgu ujie tu mesti rasa bersalah sgt kan sbb dah denda ujie.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****