Wednesday 25 September 2013

Penceroboh...Lagi

Aku melangkah keluar dari tandas, usai mengambil wudhuk. Sejurus langkahku terhenti, ada sesuatu di lantai. Mujur mataku mampu menangkap 'sesuatu' kecil berwarna hitam itu. Beberapa helai tisu ku ambil, ku bersihkan sewajarnya. Aku tersenyum, aku tahu siapa yang menceroboh masuk tatkala aku berada di tandas tadi. Aku kenal hasil tinggalannya. Segera aku bersuara, minta si penceroboh keluar dari rumahku. Sepi, tiada jawapan. Aku menuju ke tingkap dapur, tempat biasa si penceroboh masuk. Tingkap kaca empat segi itu aku tarik rapat, tiada ruangan untuk penceroboh masuk.

Aku meneruskan urusanku, sehinggalah mata terasa berat. Aku membaringkan badan untuk tidur. Baru mahu terlelap, aku mendengar bunyi pelik. Bunyinya tidaklah dekat, tapi tidak juga jauh. Aku bangun menjengah sekeliling. Bunyi itu hilang bila aku mencarinya. Aku berbaring semula, menyambung tidur yang terganggu. Tapi bunyi itu datang kembali. Kali ini lebih kuat dan panjang, aku tahu dari mana! Bergegas aku bangun kembali. Aku melangkah anak tangga ke ruangan atas rumah dengan penuh berhati-hati. Lagak seperti pencuri. Aku berhenti bila tiba di satu anak tangga. Cuba menghendap siapa yang mengeluarkan bunyi pelik tadi. Sejurus 'dia' memunculkan diri, berlari tak tentu arah. 'Dia' takut dengan aku, dan aku pulak terkejut dengan kehadirannya di situ.

---------------------------------------------------------------------
Tak larat nak mengarang, memang tak boleh jadi penulis cerpen/novel. Dipendekkan cerita, rupanya penceroboh tadi belum keluar. Punyalah lama dia menyorok kat tingkas atas rumah. TUPAI! Lepas berkejar-kejar, akhirnya keluar jugak dari rumah. Cuma yang menyampahnya, najis dia bersepah-sepah kat lantai. Nasibla tak besar mana. Ni tengah menulis pun, dia masuk lagi. Dengar bunyi kat dapur je, saya dah tau siapa. Nak ditutup tingkap, tak masuk angin luar pulak. Layan je lah karenah si tupai ni, kesian dia mangsa pembangunan...


17 comments:

  1. ada unsur suspen jugak. cuba pasang netting atau wire mesh kat tingkap tu. mungkin boleh selesai.

    ReplyDelete
  2. Kalau panggil Rentokil, boleh settle tak masalah tupai?:)

    ReplyDelete
  3. kat rumah saya banyak tupai..kucing ske kejar dia then dia pun dah takut nak main dalam rumah..

    ReplyDelete
  4. haiyoo..akak bikin suspen jer..sy igtkan mula2 ular ke yang menceroboh..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  5. Ok... kalau teruskan boleh jadi cerpen juga ni Ujie:)

    Rumah kg abang pun ada tupai masuk dapur. Kakak memang menjerit kalau dia ada. Tapi kakak ipar kakak dah biasa dia buat tak tahu aje..

    ReplyDelete
  6. suspen kak.. :)

    Lily ingatkan tadi tikus kak..

    ReplyDelete
  7. saya fikirkan cicak la tadi.. rupanya tupai.. :)

    ReplyDelete
  8. Tangkap dan goreng tepung.. sodap tak?

    ReplyDelete
  9. Tangkap dan goreng tepung.. sodap tak?

    ReplyDelete
  10. akak duduk kat tamankan??? blh ada tupai yer?? mesi bnyk kawasan pokok ni... nsb baiklah rumah sy xde tupai huhuhuhu .. ulat gonggok bnyk ler.. sbb dulu kwsn kelapa sawit

    ReplyDelete
  11. campak je buah buah kat luar rumah...so dia tak masuk rumah..lapar nak makan epal la tu..huhu

    ReplyDelete
  12. CHE MID:
    Kalaulah boleh tangkap...

    MASYA:
    Tu yg heran, dah berapa taman akak duduk..tak penah ada tupai masuk rumah. Sejak duduk taman yg ni mmg tupai kerap masuk...dia suka curi makan pisang.

    ReplyDelete
  13. TMM:
    Selalu jugak saya campak pisang kat luar...kesian dia cari makan kat hutan batu.

    ReplyDelete
  14. ingat apa lh tadi..

    klu kat umah ita tupai selalu masuk curi minyak masak
    ..

    ReplyDelete
  15. kalau rumah mak izan mmg senang je tupai masuk kak. lagi2 kalau ada pelepah kelapa sawit yg terjulur ke bumbung.

    rumah kakak izan hari tu lagi syok...anak sedara berperang dgn musang. besar pulak tu. punya susah nak keluarkan masa tu. siap panggil anak jiran sebelah lagi.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****