Tuesday 6 August 2013

RAYA!!! Opss...Jaga!

28 Ramadhan 1434H

Sudah penghujung Ramadhan! Ramai yang sedih nak meninggalkan indahnya Ramadhan, dan ramai juga yang gembira nak menyambut Hari Raya. Dalam kita bersuka ria berkumpul ramai-ramai di hari raya nanti, ada perkara yang perlu dijaga. (ingatan untuk sendiri jugak ni..)

1) JAGA PERGAULAN 
Ada yang kita tak boleh bersentuhan, dedah aurat atau duduk rapat-rapat ya. Jom refresh siapa MAHRAM dan BUKAN MAHRAM kita...

Kecik je kan...mana nak nampak. Sila klik dan save kat gajet korang, bolehlah renung dan fahamkan.


2) JAGA MULUT
Sesekali berjumpa banyak yang nak diperkata. Fikir sebelum cakap/tanya. Elak sebut hal yang agak peribadi dikhalayak umum. Contohnya...
                     - bila nak berdua ni? takkan nak membujang sampai ke tua.
                     - haii...asyik berdua je. tak nak bertiga pulak ke?
                     - la...tak dapat kerja lagi. ada ijazah pun susah laku jugak ya.


3) JAGA MATA
Bila dah jumpa ramai-ramai ni, kadang ada yang tak menutup aurat. Jaga mata dengan cara tundukkan pandangan. Selain tu, kalau jadi tetamu jaga mata jangan melilau tengok seluruh rumah orang. Tak manis kalau tuan rumah nampak. Lagi pulak kalau rumah tu kecil dan kurang mewah.

Ada lagi? Korang tambahlah ya...

******************************************

  • semalam ada khabar gembira, menang set telekung dari Badii'ah. Entrinya, lepas raya.
  • raya memang dah dekat, tapi Ramadhan masih berbaki. Ringankan diri buat terawih, kat rumah pun boleh.
  • sebab ni entri last sebelum balik kampung cuti raya...saya nak ucap, SELAMAT HARI RAYA! Mintak maaf sangat kalau ada penulisan / komen saya yang buat korang nyampah / terasa hati.

14 comments:

  1. kak ujie nk share dekat fb ek..hehe

    ReplyDelete
  2. selamat hari raya yg bakal tiba tidak lama lagi...

    maaf zahir dan batin...

    ReplyDelete
  3. CK:
    silakanlah..refresh ilmu sama2. :)

    ReplyDelete
  4. Selalunya bila dah seronok berhari raya... semuanya benda2 yang macam ni kita terlupa nak menjaganya

    ReplyDelete
  5. tq berkongsi...
    kesempatan ni saya nak mohon maaf atas salah n silap sepanjang kenal di dunia maya ni...:)

    ReplyDelete
  6. Kadang tu bila dah seronok sangat, memang kita sering terlupa, teralpa...

    ReplyDelete
  7. kalau balik kampung, jenuh nak tutup aurat 24 jam.. kadang-kadang tidur pun bertudung.. ipar duai bercampur gaul, memang besar ujiannya..

    ReplyDelete
  8. soklan cepumas belaka..selamat hari raya, maaf zahir batin :)

    ReplyDelete
  9. selamat hari raya aidilfitri kak :)
    peringatan yg bagus. time raya ada yg tnya soalan macam2

    ReplyDelete
  10. soklan cepumas bab melibatkan mulut tu lah yang selalu buat orang kecik hati..

    selamat hari raya kak..maaf zahir batin...

    raya tahun ni ita tak kemana pun..duk kat umah je..mood demam

    ReplyDelete
  11. selamat hari raya ujie. mohon maaf kalau ada salah silap terkasar bahasa..

    ReplyDelete
  12. selamat hari raya k.ujie..

    maaf kalo ada slh silap juga :)

    ReplyDelete
  13. adab dan batas pergaulan mesti kena jga =) nice sharing..Salam Syawal kakUjie..maaf zahir dan batin..

    ReplyDelete
  14. sdg cuba membaiki diri, maklumlah sy ni ipar duai yg jauh lbh tua mesti sy salam .. ipar duai umur dah 50 tahun huhuhuhu ...

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****