Friday, 2 August 2013

Kenangan Lalu : Banjir Di Bulan Ramadhan

Ni cerita yang dah lama, tapi belum pernah tulis di blog. Sengaja saya abadikan kat sini buat kenangan...saat menghadapi banjir di bulan Ramadhan. Kejadian ni berlaku pada penghujung tahun 2004 dan ia merupakan pengalaman pertama saya menghadapi banjir.

[Sedikit intro]
Masa tu saya dan suami tinggal di kuarters sebuah ladang ternakan ayam daging (milik syarikat swasta) di Negeri Sembilan. Lokasinya terpencil, tanpa jalan tar (off road) sejauh kira-kira 6 km dari jalan besar dan melalui ladang-ladang sawit dan getah. Tiada penempatan lain di situ kecuali ladang ayam tempat suami bekerja. Hidup dikelilingi sawit dan getah. Jumlah keseluruhan pekerja tak sampai pun 20 orang. Ok, selebihnya cerita bergambar. Saya tak jumpa sumber asal gambar, terpaksa guna h/phone untuk 'ambil gambar' pada gambar yang ada.


Masa tu memang musim hujan. Air mula naik kira-kira jam 3 pagi. Tengah tidur lena, dikejutkan dengan ketukan di tingkap. Seorang pekerja datang bagitau yang air dah melimpah dari longkang luar rumah. Dalam masa 15 minit, air dah pun masuk dalam rumah. Kelam kabut kami berdua selamatkan barang-barang, tapi banyak yang tak sempat termasuk koleksi album gambar/buku. Masa ni lagi dua hari menjelang Syawal. 


Inilah rumah kuarters saya, kami datang siangnya untuk meninjau keadaan. Malam tu kami semua berpindah ke ladang, situ tak banjir sebab lebih tinggi. Saya dan beberapa pekerja perempuan tidur dalam pejabat. Orang lelaki ada yang tidur dalam kereta dan ada yang tidur dalam reban ayam. Opss..reban moden tau. Bersih dan tak panas. Diorang tidur atas feed (makanan ayam). 


Lagi keadaan banjir...


Masa pukul 3 pagi (waktu mula banjir), air sungai hampir melimpah di atas jambatan ni.


Tengahari- air dah surut di beberapa bahagian. Rumah kotor sangat teruk. Mencabar jugak nak membersihkannya ketika sedang berpuasa. Mujurlah perabot semua milik syarikat, kerugian peribadi taklah banyak. Cuma rugi gambar banyak rosak kena banjir. 

Dalam album gambar, memang saya catatkan info kejadian. Sebab tulah boleh cerita semula walau dah lama. Ada cerita lagi, banjir ni berulang lagi pada hari raya kedua. Masa tu kami sedang beraya di Johor, terus bergegas balik ke ladang. Sama teruk macam banjir di atas. Mujurlah pihak syarikat beri suami Toyota Hilux, memang tahan lasak untuk laluan off road dan mampu bergerak dalam air banjir. Pengalaman yang sukar untuk dilupakan, lagi-lagi bila air banjir dah melebihi separuh dari pintu kenderaan. Saya yang ada dalam tu memang tak putus berzikir mohon keselamatan dari-Nya. Kenangan...tidak ternilai harganya.


p/s: Ada yang dah mula bergerak balik kampung? Semoga korang selamat dalam perjalanan ya. 


16 comments:

  1. ni kenangan yg unik ni..mesti ingat sampai bila2..boleh cerita kat anak cucu nanti..hehehe..
    *hari Insin baru gerak balik..In Shaa ALLah..:)

    ReplyDelete
  2. umah kampung wak pon penah dilanda banjir tapi bukan nak raya tapi..,uHUuuu

    ReplyDelete
  3. ya allah kesiannya time nk raya gak dia banjir ye.... huhu

    ReplyDelete
  4. Itu yg bila nak tiba raya Ujie terkenang balik ye. Kakak tak pernah mengalami Ujie. Tengok pun dah takut.

    pst: kakak masih kerja sampai isnin depan.

    ReplyDelete
  5. Ujian sungguh tu ujie, dah lah nak raya kan, lagi lah sadis..

    Saya balik kg suami hari isnin ni... ujie bila ;)

    ReplyDelete
  6. memang seksa sangat rasa kalau banjir...

    ita dah banyak kali kena banjir time raya...esok nak raya..malam tu umah banjir...masak sambil pakai kasut boot..sadis..

    ReplyDelete
  7. sangat mencabar sebab lagi 2 hari nak rayaaaaaaaa

    ReplyDelete
  8. NUR HAYATI:
    Saya balik rabu. Suami masih ada kerja, takleh balik awal.

    EITA:
    Masak pakai kasut boot? Mencabar sungguh...

    ReplyDelete
  9. masa ni dah dua tahun kawen kan, masa ni saya masih di Serdang keje kat MARDI, hubby keje kat PJ...kenangan lama jadi pengalaman..selamat hari raya, hati2 balik kapung :)

    ReplyDelete
  10. apa2x je jd time nk raya mesti terasa dugaan besar sgt...banjir ni pon kdg2x susah nk jangka.tetiba jer...

    ReplyDelete
  11. Kesiannya...pnglman yg mmng tak dpt dilupakan..saya tak pernah alami situasi macam tu..

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah saya tingga di kawasan yg kalis banjir...Tapi pernah juga mengalami banjir masa kecik2 dulu di rumah kakak di Baling, Kedah. Memang mengerikan, air naik cepat hingga rumah kayu kakak di tebing sungai perlu ditambat di pokok besar di sebelah rumah.

    ReplyDelete
  13. tiap gambar memberi kenangan tersendiri pada pemiliknya.. ;)

    ReplyDelete
  14. teringat juga msa tu musim hujan..mmg byak kwasan bnjir.iklan femes time tu tnb la =) teruk juga bnjirnya

    ReplyDelete
  15. kenangan yg sukar dilupakan.. banjir masa dekat nk raya

    ReplyDelete
  16. Salam Ujie, Last mengharung banjir camnie maza kecik duku kat rumah arwah tok.kngn x boleh lupa..

    ReplyDelete

Komen kalian...bicara antara kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...