Thursday 22 August 2013

Azhar Food

Kalau disekitar Batu Pahat & Pontian, AZHAR FOOD ni memang terkenal.
Terkenal sebagai pembekal/penjual pelbagai jenis kerepek sejak sekian lama.
Juga menawarkan pelbagai jenis kuih raya bila tiba Aidilfitri.
Bagi sesiapa yang nak bisnes kerepek pun boleh beli borong kat sini.
Lokasinya di Rengit, Batu Pahat, Johor.


Kalau dari Pontian ke Batu Pahat, premis ni terletak di sebelah kiri jalan besar.


Saya pergi lepas raya masa nak balik Bangi, orang tak ramai. 
Dulu pernah pergi masa bulan Ramadhan, punyalah sesak sampai susah bergerak.


Masuk je ke dalam premis, jadi rambang mata tengok pelbagai jenis kerepek. 
Coklat dan kek pun ada. Ni baru bahagian pertama premis.
Masuk ke dalam lagi, lebih luas dan lebih rambang mata dengan segala jenis biskut raya dan jeruk. Gambar takde, segan sebab orang ramai kat situ.


Papan tanda harga pun ada untuk rujukan.
Tapi bila dah kat sini, bukan tengok harga lagi. Asal berkenan ambik.
Janji cukup bajet.

Orang Jawa dan kerepek memang tak dapat dipisahkan. Saya sendiri tak gemar makan biskut raya, lebih suka makan kerepek. Tapi kalau beraya ke rumah orang tu makan jugaklah, ambil hati tuan rumah. 

17 comments:

  1. saya pernah pergi pontian tapi tak pernah nampak plak azhar food nie..maybe next time kalau sy kesana sy bleh singgah tengok apa yang ada..hehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  2. AZLAN:
    bukan kat Pontian, tapi on d way dari Pontian ke BP. Ikut jalan biasa..lalu Rengit.

    ReplyDelete
  3. teringin nak pegi kat tmpt azhar food ni. rasenye klu smpi, mahu rambang mata... bestnye... rasa syukur bila melihat orang melayu berjaya. alhamdulillah...

    wana7370

    ReplyDelete
  4. kalau makan kerepek, leka sampai boleh habis sebalang... kalau makan kueh raya, setakat rasa-rasa jer... tapi dua-dua pun sedap sebenarnya...

    ReplyDelete
  5. Ujie, tempat ni dekat dengan rumah abang saya. Lokasi tepatnya ialah di Sungai Tongkang, Rengit...

    ReplyDelete
  6. nak bagi cadangan. kalau boleh tunjuk lokasinya kat atas google map pun ok jugak. lagi mudah nak cari. takut terlepas pulak. :-)

    ReplyDelete
  7. saya pun ske kerepek, akalu gi rumah org pun cari kerepek hehe :)

    ReplyDelete
  8. Jangan-jangan ada biskut/kerepek yg dibeli Ujie pun ada di rumah kakak sebab kakak pun singgah sini masa nak balik BP hari itu..

    ReplyDelete
  9. salam kenal.Klu time raya ramai yg suka mkn kerepek2 dr biskut2 rayakan :)

    ReplyDelete
  10. jauh sangat nak pergi sini kak..

    kerepek time duk tengok tv sedap layan kadang tu x sedar habis supek

    ReplyDelete
  11. Dekat Parit Raja ada tak cawangan Azhar Food? (Saya sesekali pergi ke Parit Raja jenguk anak yg belajar di UTHM)....

    ReplyDelete
  12. Kerepek pedas ada x??? Nyum2.. heee

    ReplyDelete
  13. gila kerepek datang sini. semua nak borong. best shopping kerepek kat sini..


    Entry Baru Update : Apabila Ulat Menjadi Super The Avengers

    ReplyDelete
  14. MIE:
    oh..sg tongkang. thanks tambah info tepat.

    SM:
    cdgn yg baik..insya allah lain kali saya buat.

    KAK ZAKIE:
    kepek tempe yg bulat tu mesti ada kan??

    JR:
    Kat Parit Sulong ada, tapi tak besar gini. Kalau Parit Raja tak pasti, kena tanya org sana bila melawat anak JR.

    ReplyDelete
  15. belum ada rezeki nak sampai johor...satu2nya negeri kat smenanjung yang saya xpenah sampai...

    ReplyDelete
  16. sesak betul jalan masa nak raya

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****