Tuesday 23 July 2013

Tak Beli Baju Raya?

Baju raya...kalau Hari Raya mesti orang kaitkan dengan baju raya yang baru. Bukan baju raya tahun lepas yang diguna semula pada pagi raya tahun ni. 

Tapi saya bukan jenis yang beli baju raya setiap tahun. Sebab saya tak pakai pun baju kurung selain pada Hari Raya, kenduri kahwin, ziarah kematian dan seumpamanya. Rugi pulak rasa kalau beli tapi cuma pakai sekali dua dalam setahun tu. Lepas tu tahun depan beli lagi, pun pakai sekali dua je dalam setahun. Baju-baju tu cuma tersimpan dalam almari. Cukup masa badan bertambah inci, keluarkan bagi kat orang walaupun baru pakai beberapa kali.

Ada tahun-tahun yang saya tak beli baju raya (ulang tayang baju raya tahun-tahun lepas), pasti ada ahli keluarga yang perasan dan tanya. 

Kenapa tak beli baju raya? Takde duit cakap...
Belilah walau sepasang pun, buat ada-ada...
Macam mana ni, orang perempuan tapi tak suka beli baju...
Belilah, nanti orang kata suami tak belikan baju pulak...

Tahun ni? Yup, saya dah beli. Tapi bukan baju kurung, saya tukar gaya dengan membeli jubah. Sampai dua helai sekali beli! Sekarang ni bila fikir semula, segan pulak nak berjubah. Kalau jubah ala dress tu oklah, ni betul-betul jubah longgar. Kot ada yang 'mulut manis' tanya, "tengah pregnant ke?". Saya pulak yang kecik hati di hari raya yang sepatutnya gembira. Tapi dah beli, kenalah pakai jugak kan....

23 comments:

  1. sunat pakai baju baru katanya..tapi kalau sampai membazir kan makhruh.. sampai 5-6 pasang baju raya saja.. hehehe..

    jeles tengok orang cantik cantik pakai jubah..saya pakai jubah macam bersepah sikit..entah kenapa.. mungkin pesennya kurang sesuai ngan saya..

    ReplyDelete
  2. haishlah mulut org kan... pepandai akak jer buat aidaian yer.. hihihihi ... tp x salahkan.. manalah tahu masin mulut akak mmg betul mengandung .. alhamdulillah.. tidaklah malu..

    ReplyDelete
  3. Kakak anak-beranak sebab anak kakak semua anak dara dari kecik memang kami mesti beli baju raya sepasang jubah sebab abang dan kakak memang suka berjubah. Selesa berjubah ni Ujie. Boleh makan banyak-banyak hahaha....

    ReplyDelete
  4. tahun depan saya nak pakai jubah yang macam dress tu..jubah moden..ada manik2 bagai..tahun ni tak boleh..buatnya mikhail cabut manik2 tu masuk mulut naya ja..hahha

    ReplyDelete
  5. klau tak selesa berbaju kurung, beli la kaftan ke jubah ke..sbb tak silap saya sunnah berbaju baru ketika raya..sbb ia mmg hari kebesaran islam.. :)

    ReplyDelete
  6. ok la kot jenis yang longgar ni. takde la macam ikan duyung, menutup tapi terdedah...

    ReplyDelete
  7. Bagi saya ikot kemampuan masing-masing. Tapi kalau nakrecycle apa salahnya kan...

    Tapi kalau ada duit lebih sikit beli la sepasang pon jadi lah. Hehehe

    Semoga happy selalu yer

    ReplyDelete
  8. Jgnlah kecik ati. Berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul kan? Tapi buat tak endah jelah.

    ReplyDelete
  9. macam zi memang rajin beli kain buat baju sbb tiap2 hari memang dok pakai.kang dok pakai yang sama je boring jugak kan.tu pun tiap2 ari melangut depan almari pening tak tau nak pakai baju pe hehehe

    baju raya pun dah ready:)pakai untuk ari raya n terus pakai untuk g keje..

    ala mulut orang biasa la..zi dah pasang perisai siap2 nak tepis soalan2 ganazzzz hehehhe

    ReplyDelete
  10. Kalau rasa tak sesuai apa kata jahit sikit kat bahagian pinggang bagi ada shape yg agak longgar.

    ReplyDelete
  11. ita baru siap jahit baju ita punyer...3 pasang..kain tahun lepas..hahahahha..tahun ni baru jahit..

    ReplyDelete
  12. hehe, lucu lah ujie ni..saya pun ada gak beli jubah masa kat mekah hari tu,
    rasa macam nak pakai jubah tu je lah..sokmo kalau pakai jubah org tenung je peyut..lantok lah, mudah2an jadi doa, aminn..insha Allah :)

    ReplyDelete
  13. Tahun ni kemungkian besar jubah pilihan hati :)

    Berbeza dari tahun tahun sebelumnya.

    ReplyDelete
  14. tahun ni izan ada dua2 kak... baju kurung pun beli, jubah pulak mmg tahun lepas punya. beli yg dari indon tu. rasa sayang pulak tak pakai. mujur dah muat elok2 je.

    ReplyDelete
  15. Tahun ni 5 pasang cukup. Itu la baju rayer itu la baju keje. Sekali setahun jer buat....

    ReplyDelete
  16. bagi saya, baju raya kena beli at least sepasang. sekadar meraikan kejayaan diri mengharungi bulan ramadhan :-)

    ReplyDelete
  17. Tahun ni saya tak beli baju raya. CUma pakai je abaya yg dah ada ni. Abaya tu cantik hape. Kat lengan ada blink2. Hehehe.

    Ujie kena prepare mental dan fizikal la nampaknya. Bila ditanya soalan2 sentap tu, cepat2 kena lari tau. Org yang tanya tu kadang2 main lepas je tak fikir perasaan org.

    ReplyDelete
  18. perempuan nampak lebih ayu dgan jubah.. pakailah, dan fikir yg baik2 ja.. jgan la fikir yg negatif..

    ReplyDelete
  19. RAI:
    baju yg jarang pakai tu saya kira baju baru jugaklah..hehe

    MASYA:
    kalau tak betul, kitala yg kecik ati. org TTC ni sensitip bab ni.

    KAK ZAKIE:
    mkn byk..perut masih tak nampak buncit ya kak..hahaa..betul gak!

    DIANA:
    udahle yg manik2 tu mahal ya.. :)

    CK:
    yup, sunnah baju baru. tapi tak mesti baju baru buat/beli. Baru maksudnya yg bukan pakaian harian/basahan kita. Itu yg akak paham selama ni.

    SM:
    skrg byk jumpa orang pakai baju duyung ya..

    QASHMERE:
    betul gak..kdg mmg ada yg betul tgh susah, tak mampu.

    FARA:
    susah la nak elak tak kecik ati, kecuali org yg ckp tu tak kenal kita.

    ZIE:
    org mcm kita kena ada perisai yg kebal bila tiba hari raya, kenduri..sian kan..

    ReplyDelete
  20. JUN:
    kira buat ala A cut jubah la ya..nice.

    EITA:
    nasib siap jait, biasa tkg jait dia punyalah yg tak berjait tau..^__^

    TIHARA:
    yelah kan, kita tak biasa berjubah. org sekeliling pun tak biasa, mau dia fikir lain..

    RARA:
    jom kita reramai berjubah!

    IZAN:
    ala..izan slim, jubah indon tu mesti lepas punya.. :)

    PENA ROZIE:
    bunyi 5 psg..wow. tapi sbb utk keja sekali, ok la tu.

    TMM:
    betul gak tu..

    LYD:
    nasihat yg buat saya terharuuu..tq Lyd.

    ZUL FATTAH:
    yup, cuba fikir positif!

    ReplyDelete
  21. tiap2 tahun akan beli baju untuk raya tapi itulah juga baju yang akan digunakan utk pergi keje.. 2+1 hehehe.. ;)
    tapi tahun ni jugak ada beli jubah, eemm.. tak pernah lagi pakai jubah time raya.. ;)

    ReplyDelete
  22. Kalu semua nak kena fikir apa orang kata, lama lama tak berbaju la pulak kita. hehehe

    ReplyDelete
  23. ira mmg sll beli baju raya sbb hari2 pkai baju kurung hehe

    jubah pon okay je akk..hee manis nmpk heee

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****