Wednesday 17 July 2013

Misi Mencari Model Tudung

Baru-baru ni saya rasa nak pelbagaikan jualan online saya, maka saya tambahkan TUDUNG sebagai salah satu produk. Saya ambil satu rekaan dahulu sebagai permulaan. Bila nak jual online, kenalah ada model yang nak menggayakan tudung tu. Yang pasti bukan saya. Jadinya saya pergi ke Nilai 3 dengan misi mencari 'patung separuh badan dengan kepala'

Pergi ke kedai pertama, ada patung yang saya cari tu. Harganya RM80 untuk yang berdiri pakai besi. Tapi saya tak berkenan dengan muka patung tu. Tambahan lagi kening dah sedikit tanggal, stok lama kot. Nak tengok yang lain, takde stok pulak kata pekedai tu. Pergi ke kedai kedua (sebelah 7 Eleven), eh dah takde pulak kedainya. Buntu jap.

Lepas tu baru teringat, tadi ada terpandang signboard NIKOREX Display Products kat kawasan kedai yang baru di buka kat Nilai 3 ni. Nama tempat tu  STREET MALL. Masa saya sampai tu kedai lain memang belum bukak sebab masih baru lagi. Kedai Nikorex tu je yang bukak. Tapi sebab dia baru bukak kedai, banyak stok belum sampai. Termasuklah 'patung separuh badan dengan kepala' yang saya mahukan. Pilihan kedua, kenalah saya beli je 'kepala patung' untuk tudung. Nanti bila ada stok yang saya mahu, pekedai tu akan call

Kepala patung kat kedai ni ada dua jenis - yang bersolek tebal dan yang bersolek nipis. Setiap jenis ada dua saiz - kepala dewasa dan kepala kecik sikit (kanak-kanak kot). Makanya, saya ambil kepala dewasa yang bersolek nipis. Harganya RM24. Tak pasti murah ke mahal, yang pasti saya rasa harga tu munasabah dengan produknya. 

Siap ada bulu mata...

Rupa model tudung saya...

*kalau nak tengok-tengok tudung ni, boleh klik SINI ya.

27 comments:

  1. seronoknya tgk..smoga bjaya kak ujie :)


    ReplyDelete
  2. Nilai 3, murah ke Ujie? Klu kat Chow Kit? Ade jual tak?

    ReplyDelete
  3. MUN:
    thanks mun :)

    FARA:
    saya rasa ok kot rege tu.
    kat chow kit saya tak tau, saya g Nilai3 ni sbb dekat je dgn rumah.

    ReplyDelete
  4. dah terjah... sVs suka t-shirt A cut

    ReplyDelete
  5. wahh seronok ..
    semoga maju jaya kak ;)

    ReplyDelete
  6. saya rasa mcm murah la kak rm24. sy igt patung tu mahal gila.

    tak tahu pun akk bisnes woman..
    smpi hati tak habaq kt ceq. huuu

    ReplyDelete
  7. aik?

    tapi sy dh jd follower blogshop akk dh. blurrr..

    padan la kan..lama tak berbelog.

    ReplyDelete
  8. murah la tu 24..nanti beli badan dia pulak..

    ReplyDelete
  9. Cantik 2...murah...

    Ujie sy da tgk tudung 2 tu...xde size l ke? Nti ade size l bgtau ye...

    ReplyDelete
  10. good luck for your bussiness kak ujie.. :)

    ReplyDelete
  11. comei model akak ujie. save budget. RM24 seumur hidup hehe :)

    ReplyDelete
  12. Lieya lg suke model patung yg menggayakan....senang nak buat pilihan....moga bertambah murah rezeki ye :-)

    ReplyDelete
  13. semoga berjaya.....
    salah satu cabang rezeki ni. bagus

    ReplyDelete
  14. Usaha tangga kejayaan. Jangan putus asa. Murah mahal pelaburan itu jangan difikir sangat. Gigih tu penting.

    Chaiyok!

    ReplyDelete
  15. alhamdulillah..semoga bertambah success ye kak ujie..
    kalau model tu separuh badan mesti nampak terletak cantik je tudung tu kan sebab ada bahu hehehe

    ReplyDelete
  16. aku tak tau pulak ada jenis solek tebal dengan nipis...

    ReplyDelete
  17. NIZA:
    Tau takpe...mmg dah lama niza tak aktif blogging.

    AA:
    Tulah..stok L kat pembekal dah abis sbb tudung tu laris. Dpt selai je, yg lain XL.

    SM:
    Dah sampai kedai baru tau...ada pilihan solekan rupanya.

    Utk semua:
    Thanks atas doa & semangatnya ya.. :)

    ReplyDelete
  18. Cuba lah cari model hidup dikalangan rakan2 atau saudara mara, yg sudi....Lebih 'hidup' gambar nya..:)

    apa apa pun, guna patung pun ok juga...kalau dah takde manusia yg sudi jadi model...hihihihih

    ReplyDelete
  19. TAMBAH BISNES TUDUNG PULAK YER.. SEBELUM NI BAJU KAN..

    ReplyDelete
  20. Ala... Ujie jadi model pun apa salahnya:) Tudung pun labuh oklah..

    ReplyDelete
  21. DADDY Z:
    Pakai model manusia nak kena hulur RM jugak...hehe
    Biz kecik lg.

    MASYA:
    Yup..baju.

    KAKZAKIE:
    Kalau saya jd model, sape nak jd tukang amik gambarnya pulak..kan. Buat kerja sensorang je ni.

    ReplyDelete
  22. comel juga tgk model patung akak ni bila dah bertudung... moga terus sukses ye bisnes akak ni..

    ReplyDelete
  23. semoga berjaya dalam bisnes kak :)

    ReplyDelete
  24. comel nyer..macam kak ros dalam upin ipin je..


    moga sukses kak

    ReplyDelete
  25. ini blogshop akak sendiri ker??

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  26. murah la tu k.ujie..hee ira pnh cari online dl 39++..hee

    all the best!

    ReplyDelete
  27. saya minat tudung labuh awning ni..
    tapi bajet tak masuk ag, insha Allah nanti nak beli

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****