Sunday 21 July 2013

Dari Kashmir Minta Derma

Malam tadi kat surau perumahan saya ni, didatangi oleh seorang lelaki asing. Dia ikut berjemaah solat Isyak dan kemudiannya meminta izin pihak surau untuk bercakap guna microphone. Bertujuan nak minta derma dari jemaah yang ada. Sebelum microphone diserah kepada lelaki tersebut, pihak surau ada mengingatkan para jemaah supaya membuat pertimbangan wajar sebelum memberi derma kepada lelaki ini. Kiranya, terpulanglah pada pertimbangan masing-masing samada nak percaya atau tidak apa yang bakal dikatakan lelaki ini.

Lelaki ini bercakap dalam bahasa Inggeris. Katanya dia datang dari Kashmir. Bertujuan ingin meminta derma untuk anak yatim di sana. Ucapannya menyakinkan dan dengan nada sedih atas kesusahan hidup anak yatim di sana. Saya rasa agak panjang jugak ucapan yang diberi. 

Selepas dari itu, tak tahulah saya ada atau tidak jemaah yang menghulur derma padanya. Saya memang tak hulur atas dua sebab. Pertama, pergi surau memang tak bawa duit. Kedua, saya ragu-ragu dengan kehadiran orang begini sebab pernah dengar kes hampir sama. Menggunakan nama Islam dan keberkatan sedekah bulan Ramadhan sebagai tiket menipu. Ini bukanlah bermakna saya menuduh dia menipu, cuma saya memilih tidak memberi derma kerana ragu-ragu ke mana wang itu bakal digunakan.

Surau/masjid korang ada terima kehadiran lelaki Kashmir ni jugak tak?

*buat carian kat internet, jumpa berita tentang lelaki Kashmir...baca kat SINI.


14 comments:

  1. Salam Ujie.
    Saya juga pernah dihadiri warga Kashmir yg meminta derma sebegini tapi bukan di surau cuma di sekolah dan di restoran. Mereka membawa cerita kononnya ingin membantu nasib umat islam di sana yg tertindas. Saya pernah ke Kashmir dan saya menayaksikan di sana agak 'berlambak' org kaya warga kashmir.

    ReplyDelete
  2. Sebenarnya jika benar mereka ingin meminta sedekah, mereka sepatutnya meminta di kashmir sendiri drp gol2 yg kaya raya di sana. Saya rasa sumbangan gol kaya raya d ikashmir sudah cukup utk membantu mereka dan mereka tak perlu dtg jauh ke Malaysia utk minta sedekah. Lainlah kalau umat islam Rohingya, memang kita maklum mrka rata ritinya miskin.

    ReplyDelete
  3. bulan puase ramai yg jadi peminta... sbb tahu ramai juge yg jadi pemurah....

    My recent post : Khasiat Halia - Infografik

    ReplyDelete
  4. Follower ke : 425
    Hai.. Salam Kenal..
    done follow.. jom follow blog teman.. heee.. http://tengkubutang.blogspot.com/

    klu minat kucen leh follow blog ni jugak.. =)
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. Memang meragukan. Dan yang jadi serba salah, kita la. Sama ada nak tolong atau tidak.

    ReplyDelete
  6. setakat ni takde lah plok

    ReplyDelete
  7. Kira2 sebulan lepas abang ipar saya bersolat jemaah di sebuah masjid di Jitra. Seorang jemaah mengaku dari Terengganu (memang cakap pelat Terengganu) menyatakan dia hilang wang dan minta belas ihsan jemaah utk membantunya pulang ke Terengganu. Tapi abang ipar JR perasan minggu sebelumnya lelaki itu menggunakan taktik yg sama di sebuah masjid di Alor Setar. Abang ipar cepat-cepat memberitahu imam. Dan mungkin menyedari dirinya dicurigai, lelaki itu cepat-cepat meninggalkan masjid menuju ke sebuah kereta Proton Waja yang di dalamnya ada seorang wanita yang menunggu...

    ReplyDelete
  8. Ujie ingat tak ramadhan tahun lepas kumpulan yg menyamar konon muallaf India mak dan dua anak tapi kisahnya dia bukan muallaf tapi India betul menipu banyak dah surau dan masjid...

    ReplyDelete
  9. kdg2 saya rasa, duet tambang diorg dtg sini serta mkn minum sepanjang dekat msia lg bnyak dr yg diorg bole bwak balik..mcm mak saya, lebih suka bg dekat bangla yg kutip sampah tu, mak saya ckp diorg bekerja susah payah, tp masih miskin, org mcm ni yg patut bantu..

    ReplyDelete
  10. ramai lagi rakyat tempatan yang memerlukan bantuan..kalau ragu2 baik tinggalkan.. susah zaman sekarang kan.. nak buat baik pun kena berkira.. T_T

    ReplyDelete
  11. jauh betul eh minta derma dari kashmir..
    macam mana juga dia datang ke Malaysia tu?hmm

    ReplyDelete
  12. SHAMEEL:
    nampaknya org kashmir ni buat operasi sepanjang masa lah ya..mmg meragukan mcm ni.

    SM:
    betul, lagi2 kalau kat tmpt umum..serba salah jadinya.

    JR:
    kalau betul, mesti dia segan nak mintak dari para jemaah. Paling2 pun jumpa imam cerita masalah.

    KAK ZAKIE:
    ingat! geram betul..siap mengaku mualaf tu.

    CK:
    betul sgt ckp mak fadh tu..

    RAI:
    ada org kata tak yah berkira janji kita ikhlas. tapi saya berkira-kira sbb takmo galakkan penipuan.

    LEEYA:
    kan? banyak pulak duit dtg sini..

    ReplyDelete
  13. buat masa ni takde la lagi orang2 kashmir @ belah2 sana mintak derma..kalau anak2 yatim (betul @ tidak wallahua'lam)memang berduyun2 la

    ReplyDelete
  14. tak pernah lagi ada kat sini, tapi rasanya sebelum mintak dengan negara luar, baik mulakan dengan tempat sendiri tapi mungkin tak dapat sambutan itu yang dia cuba di negara kita.
    Moga niat dia tu betullah hendakNYA.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****