Thursday, 25 July 2013

Balik Mana Raya Tahun Ni?

Harini sudah pun 16 Ramadhan...sekejap je kan.
Saya dan suami dah pun buat perancangan untuk balik kampung raya nanti.
Cuti raya suami baru je diluluskan, cuti yang agak panjang.
Untuk tahun ni kami berada di kampung (Johor) selama 9 hari.
Siap bagi 4 malam di kampung suami dan 4 malam lagi di kampung saya.
Kami memang patuh pada sistem giliran sejak mula berkahwin.
Dan tahun ni tiba giliran meraikan raya pertama di kampung suami.
Cukup 4 malam barulah bergerak ke kampung saya di daerah bersebelahan.

Bila nak tinggalkan rumah dalam jangkamasa lama ni, banyak hal nak kena rancang.
Antaranya pokok dalam pasu yang boleh dikira dengan jari tu...
Tahun-tahun sudah, banyak yang mati atau hampir mati sebab kena tinggal 7 hari.
Tahun lepas okey sikit sebab buat kaedah INI. Takde yang mati.


*Korang pulak...dah ada rancangan balik kampung raya ni?


12 comments:

  1. balik kampung saya tahun nih..cuti 5 hari je..3 hari kat umah saya,2 hari kat umah suami..ok la..kampung kat utara jugak..tak susah..:)

    ReplyDelete
  2. selamat balik kampung..saya memang duk kat kampung :)

    ReplyDelete
  3. Ala... kakak dekat aje Ujie. Duduk JB baliknya Pontian dan BP sehari pun boleh pusing semua tempat. Tapi biasa kakak memang balik rumah abang dulu sebab keluarga abang kecik tak macam keluarga kakak ramai kalau satu keluarga tak balik pun masih penuh rumah bapak tu...

    ReplyDelete
  4. kt umah sy, pokok lumut ja ada..takyah risau2 dh..haha

    ReplyDelete
  5. oooo..suami isteri Johorean...beza daerah sahaja...senang tu...balik hari pun boleh..hihihih...

    Saya raya di Nilai tahun ni..
    Tahun lepas dah raya kat JB..

    ReplyDelete
  6. acik dah tak de giliran balik raya..dah tua2 ni..ayah bonda dua belah pihak pun dah tak de..
    lepas solat raya..pi la jalan2 rumah abang2

    ReplyDelete
  7. Tahun ni akak rumah en suami jugak ujie... masa balik buka puasa tu ari mak mertua dah kata, tahun ni raya sini kan, ye mak tak pernah mungkir ;)

    ReplyDelete
  8. best lah balik kampung..kita dah memang duk kampung...

    ReplyDelete
  9. tahun ni kami beraya penuh di selangor kak. en suami pun dah apply cuti siap2. harap2 takde plan kena keje last minute lah nanti...

    ReplyDelete
  10. Tahun ni macam biasa balik kampung kami yang sekampung tu. Raya pertama kat umah saya, raya kedua rumah suami, pastu ulang alik ulang alik jela.

    ReplyDelete
  11. saya tak apply cuti lg...masih samar nak beraya di kl atau balik perak...

    ReplyDelete
  12. Saya blk kg suami. Raya ke 2 br blk kg saya. Sistem giliran jgk. Hehe..

    ReplyDelete

Komen kalian...bicara antara kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...