Monday, 3 June 2013

Taiping : Bandar Warisan

Lepas dari majlis kahwin kat Kuala Kurau haritu, malamnya kami tidur di Taiping. Tujuannya sebab nak ke Zoo Taiping. Sorry ya cerita dah nak basi, yang penting nak sampaikan info bagi yang nak jalan-jalan ke Taiping.

Kat simpang empat, jika terus ke Zoo Taiping dan kiri ke homestay kami.
Tembok penjara ni jadi mercu tanda Taiping. Penjara Taiping atau "Taiping Gaol" telah dibina pada tahun 1879. Ia merupakan penjara tertua di Malaysia.

Sampai je homestay petang tu, terus ke Air Terjun Taman Suria.
Kena jalan kaki 5 minit dari rumah. Ramai jugak orang, tapi tak sesak sebab dah petang kot.
Yang lain main air kat bawah, anak-anak sedara lelaki ni sibuk naik atas lagi. Saya join jugak...memang syok! Tapi batunya licin, kena hati-hati. Risau jadi apa-apa, saya tak bagi budak-budak ni berlama-lama kat sini. Semua kena turun main kat bahagian bawah je.

Untuk sarapan esok paginya, kami makan di kedai makan berhadapan Stesen Keretapi Taiping ni. Ia  dibina pada tahun 1882, dan merupakan stesen keretapi yang pertama di Malaysia. Yang tertua jugaklah maksudnya kan..

Dah kenyang, kami menuju ke Zoo Taiping!
Lebih 2 jam kami habiskan masa kat sini. Walau penat berjalan, tapi seronok.

Taman Mergastua Sultan Idris Shah atau lebih dikenali sebagai Zoo Taiping ni telah dirasmikan pada tahun 1964Juga diiktiraf sebagai zoo tertua di Malaysia. Lokasi zoo ni terletak di dalam kawasan semulajadi Taman Tasik Taiping yang luas dan cantik. Juga berhampiran dengan Bukit Larut (Maxwell Hill) - kawasan paling lembab di Malaysia.

Bayaran masuk : Dewasa- RM12, Warga Emas- RM10 & Kanak-kanak- RM8.
 [Kalau nak baucer diskaun 20% untuk Zoo Taiping & Night Safari, sila klik SINI. Sah hingga hujung tahun ni je]

(sumber gambar: sini)
Dari zoo kami ke Muzium Perak pulak. Sebenarnya saya malas nak pergi muzium. Tapi layankan jugak sebab nak bawak anak-anak sedara yang tak pernah masuk muzium.

Muzium Perak ni jugak merupakan muzium tertua di Malaysia. Bangunan ini telah mula dibina pada tahun 1883.

Bayaran masuk (warganegara): Dewasa- RM2, Warga emas- RM1 & Kanak-kanak- Percuma.

-------------------------------------------------------------

Dengan masa yang singkat dan rombongan yang ramai (20 orang), ni jelah tempat yang sempat dijelajah. Taiping...tempat bagi mereka yang minat dengan sejarah. Juga tempat yang cantik untuk fotografi. Tempat-tempat menariknya pun dekat antara satu sama lain. Tak susah nak berjalan.

Lepas ni...kami ke Gua Tempurung pulak.

27 comments:

  1. cantik jugak air terjunnya.. harap terus kekal terpelihara kan..

    ReplyDelete
  2. Banyaknya PALING kat Taiping ni. Zoo malam di Taiping khabarnya lebih menarik...

    ReplyDelete
  3. RAI:
    air terjun ni tak komersial, takde tandas dll..so masih nampak asli.

    MIE:
    sbb tu digelar bndar warisan.Banyak paling awal/tua.

    Mulanya nak g zoo mlm, tapi ada org kata tak best. Gelap kan..lgpun tak sesuai pulak utk bdk2 kecik.

    ReplyDelete
  4. bestnya akk ke taiping ..
    saya pernah sekali sampai ..
    hurmm gi air terjun .. meriah tul !

    ReplyDelete
  5. betul, ada banyak yang tertua kat taiping ni.

    ReplyDelete
  6. asalam uije..acik kerap jugak ke taiping..tak tau nak pegi mana selain dari pi zoo..terima kasih ujie bagi info ni

    ReplyDelete
  7. Terlanjur berjalan dgn keluarga seronok juga dapat beriadah Ujie. Kakak banyak-banyak negeri Perak yg tak pernah pergi tempat warisan/sejarah dia. Sekadar lalu adalah...

    ReplyDelete
  8. tak pernah jejak ke sini... teringin plak....

    My blog post : Salam Perkenalan dari GreenArtwork

    ReplyDelete
  9. hahahah..Air Terjun Taman Suria tu tempat kami selalu melepak ( panjat pagar asrama)..mandi manda....sekolah saya dulu dekat2 situ la..mrsm tepeng :)

    ReplyDelete
  10. DADDY Z:
    Loh..sekolah situ rupanya! Keluar pintu homestay mmg direct nampak mrsm tu. syokla sekolah kat tmpt yg tenang lagi hijau.

    ReplyDelete
  11. Salam kenal dari Che Mid, singgah sini dari rumah Aziela.. nice blog dear..

    ReplyDelete
  12. best tu jalan2..

    yang paling best mesti lah air terjun tu hah...

    ReplyDelete
  13. kalau g siti zi suka lepak kat tasik tu je..best kan.cantik.tenang..
    last g zoo tepeng tahun 2008 rasanya. dah lama tu

    ReplyDelete
  14. Yg paling istimewa tentang Taiping ialah cuacanya yg tak begitu panas kerana buminya sering dibasahi hujan...(JR pernah tinggal di Taiping selama 3 tahun)..

    ReplyDelete
  15. seronok jalan2 taiping ye kak... suka sgt tgk semua gmbr2 yg akak/suami snap. cantik2!!

    ReplyDelete
  16. bestnya jalan2 ke Perak ni kan ujie :)

    ReplyDelete
  17. lamanya tak mandi air tejun.. rindu sgt.. nak mandi air terjun..

    ReplyDelete
  18. dah dekat dengan kg asben saya tuu...

    selalu jugak pergi ketaman tu...pokok2 besar tu redup jer bila lalu kat bawahnya..

    ReplyDelete
  19. saya lebih suka zoo0 taiping dari zoo negara..:)

    ReplyDelete
  20. kmpung kt tepeng..tp xpnh pulak pg muzium/air terjun/penjara tu...hahhh camana tu..

    ReplyDelete
  21. assalam,

    selamat bercuti...tak singgah ke gi makan2 kat belakang bomba taiping tu...macam2 ada..yang best nyer yong tou foo kat sane sedap2..

    ReplyDelete
  22. BUNDA:
    Ingat pesan soh pegi blkg bomba tu, tapi tak sempat...insya Allah lain kali.

    ReplyDelete
  23. as salam n hi kak ujie!

    ada air terjun ye kak kat taiping?hee

    ira smpt ke taiping thn 2011 heee tu pn g umah nenek bff...tdo sana..smpat g taman tasik taiping je sbb lps tu g penang :)

    ReplyDelete
  24. J IRA:
    Wassalam..lama sepi ira..
    Ada beberapa tempat sebenarnya..
    Akak pulak lalu je tasik taiping tu smbil nkng zoo, tak sempat nak rayau.

    ReplyDelete
  25. saya ni org perak tp pegi zoo n muzium tu dah berkurun kot..masa sek rendah...hihii

    ReplyDelete

Komen kalian...bicara antara kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...