Monday 17 June 2013

Jambatan Seri Wawasan

Lama dah tak update blog ni, yang terakhir Isnin minggu lepas. Saya diduga dengan demam berpanjangan. Paling lama rasanya dalam sejarah hidup saya, demam dekat seminggu. Hilang berat badan sebanyak 4kg. Alhamdulillah, kelmarin demam dah baik, tinggal penyakit serangkai dengan demam yang masih bersisa - sakit kepala, batuk dan selsema. 

Malam tadi lepas Maghrib, ajak suami jalan-jalan melihat kehidupan malam di Putrajaya. Kononnya boleh lupakan sakit kepala saya ni. Memang cantik Putrajaya sebab kaya dengan limpahan lampu berwarna-warni. Tapi tempat yang saya rasa betul-betul cantik, kat Jambatan Seri Wawasan ni. Rekabentuk memang dah siap cantik. Lagi menarik bila warnanya bertukar-tukar, ikut warna lampu yang dipancarkan. 

Banyak kenderaan berhenti kat jambatan ni.
Ada yang duduk saja, ada yang sibuk ambil gambar.

Warnanya sentiasa bertukar dan memang cantik.
Tapi dalam gambar saya ni tak berapa cantik, faktor kemampuan kamera.

Pemandangan dari atas jambatan ni memang cantik. Yelah, bangunan kat Putrajaya ni banyak dan semua berlampu. Cuma tak mampu kamera saya nak merakamnya. Angin pun sepoi-sepoi bahasa, memang rileks je lepak kat sini. Rasa muda sekejap... 

Jambatan ni dah macam produk pelancongan pulak, sebab meriah dengan gelagat orang ramai. Tapi perlu diingat, sebenarnya ada papan notis larangan parking atas jambatan ni atas faktor keselamatan. 


p/s: Terima kasih kepada blogger Eita, membuat kejutan disaat terjaga dari tidur dengan SMS ucapan dan doa buat saya. Hari ini usia saya di dunia kian berkurang...


21 comments:

  1. waktu petang, kadang tu ada orang shoot gambar. kat bawah jambatan (ada landskap) pernah tengok orang shoot filem tamil...

    ReplyDelete
  2. Selamat hari jadi ujie. Demam ke. Patut le senyap je. Saya pun sedang dibersihkan daripada dosa2 kecil ni. Batul dan selsema. Demam on and off. Tak makan ubat gitu le gaya.

    Jambatan ni selalu cite yusuf haslam shooting kat situ. Heheh..

    ReplyDelete
  3. selamat bertambah usia kak ujie..
    semoga dgn pertambahan usia, bertambah juga tahap ketaqwaan, semakin matang, serta cemerlang di dunia dan akhirat.. :)

    tak pernah stop dekat jambatan tu lg..

    ReplyDelete
  4. Happy belated bday! Hehehehe...

    Sy dah lama tak jejak kaki kat Putrajaya. Huhuhuhu....

    ReplyDelete
  5. namun tetap cantik dari lensa ujie..
    moga sembuh sepenuhnya di hari yang bermakna ini sahabat...selamat hari lahir ^_^ :)

    ReplyDelete
  6. memang comel ambik gambo kt atas jambatan ni...masa g dulu ada adaptasi jmbatan ni dlm kamera...


    tp wana jmbtan akak lg cmel dri yg ita ambik...tkde plok bertukar wana dulu...


    semlm buat ot lebih...sampai kul 2 tu yg tbe2 teringat kt akak...

    selamat hr lahir kak...

    ReplyDelete
  7. SM:
    Mmg tmpt yg sesuai utk shooting...

    LYD:
    Thanks.
    Itulah...semoga sakit ni jd penghapus dosa saya yg byk tu. moga lyd cpt sembuh ya.

    CK:
    Thanks doakan akak.
    Sesekali try stop malam hari, bwk kamera canggih tu sekali.

    FARA:
    Blm belated lagi..:) anyway, thanks ya.

    TIHARA:
    Thanks...ni sakit org nak tambah umur.

    ReplyDelete
  8. EITA:
    Akak pun tak taula sejak bila bertuko warna, ni baru 1st time dtg malam.
    Kencang bisnes eita ya...smpai ot. Thanks lagi..terharu tau. :)

    ReplyDelete
  9. Oooo.... kiranya malam tadi jenjalan sempena ulangtahun jugalah ye. Happy birthday Ujie. Moga terus dilimpahi kebahagiaan..

    ReplyDelete
  10. Sanah helwah ujie..
    Cantik sungguh pencahayaan lampu tu..

    ReplyDelete
  11. hari ni hari lahir ujie ker?? kiranya.. ni demam beralih tahun ke apa ni hihihihihi...

    ReplyDelete
  12. saya selalu nak berhenti atas jambatan tu kak tapi bila baca notis tak boleh parking...terus lupakan hasrat nak berhenti tu

    ReplyDelete
  13. Selamat Hari Lahir ujie..
    cantik gambar2 yang ujie sertakan

    ReplyDelete
  14. sekarang dah sihat ye?/selamat hari ulang tahun..:)

    ReplyDelete
  15. selamat hari lahir kak ujie...

    bestnya jalan2 kat situ waktu malam. untunglah dok dekat kan. kami sblm ni jalan2 juga situ tapi waktu siang je.

    ReplyDelete
  16. happy belated birthday ujie..

    tak pernah jalan2 kat putrajaya.. pergi sebab ada urusan.. tak tengok pemandangan terus balik..haha..

    ReplyDelete
  17. alhamdulillah kak ujie dah sihat..
    cantik pemandangan kat situ malam-malam.. :)

    ReplyDelete
  18. Alhamdulillah dah semakin baik.. ;)
    Selamat hari lahir.. moga sentiasa dalam keadaan sihat dalam menjalani kehidupan seharian.. ;)

    ReplyDelete
  19. happy belated birthday yg ke..?

    jambatan ni memang cantik cuma cikda x berani nak berhenti..

    moga cepat sembuh ya..

    ReplyDelete
  20. cantik pemandangan sini.
    da lama x lalu jambatan ni. :)
    selamat hari lahir.. smga cepat sembuh :)

    ReplyDelete
  21. eppy belated bday kak .
    cantikk permandangan bila mlm kan .. ;)

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****