Thursday, 6 June 2013

Homestay

Dua hari tak update blog, sebab sangat sibuk.
Sekarang pun sibuk, tapi ambil masa sikit untuk minat berblog.
Nak cerita sikit pasal homestay...

Haritu masa ke Perak, kami sempat tinggal di dua homestay berlainan.
Yang di Kuala Kurau...memang lengkap dan agak puas hati.
Kira memang macam kita duduk kat rumah sendirilah.
Yang di Taiping...tak puas hati sebab banyak kemudahan tiada.
Rumah tu macam tempat letak barang/perabot yang tak diperlukan je.

Bila tengok kedua-dua rumah ni, rasa teringin nak ada homestay sendiri.
Nak urus yang terbaik bagi penyewa rasa selesa dan berbaloi bayar.
Cukup kemudahan asas dan yang penting jaga kebersihan rumah.
Bilik air janganlah berlumut, nak guna pun kena pejam mata.
Cadar janganlah bertompok sana sini, nak tidur pun kena alas kain sendiri.
Kalau menumpang free memang takde hal.
Tapi bila dah bayar ni kita jadi agak berkiralah kan.

Sekarang ni saya belum mampu nak ada homestay sendiri.
Tapi tiap cuti sekolah, rumah saya ni jadi macam homestay jugak.
Bersilih ganti adik-beradik saya dan suami datang singgah/menginap.
Minggu lepas terima dua keluarga...penuh dua bilik dan ruang tamu.
Semalam baru balik satu keluarga, dah menginap dua malam.
Malam esok bakal terima lagi dua keluarga.
Sebab tulah saya sibuk...nak mengemas dan bersihkan apa yang patut.
Tak maulah tetamu rasa tak selesa bila tidur rumah kita.
Saya cuba lengkapkan ikut mampu dan yang penting semua mesti bersih.
Harap mentari bersinar harini...banyak nak dibasuh dan jemur.


P/s: konon nak tulis ringkas sebab banyak kerja, terpanjang jugak daaa...


13 comments:

  1. Betullah dah kita bayar tapi dapat tak seperti yg diharap memang kecewa.

    Saudara dtg murah rezeki Ujie:)

    ReplyDelete
  2. Betul tu..
    Ada org buat homestay, x jmpa penyewa pun. siap main pesan2 suh bank in duit, suh mskkan kunci kat kotak tepi pintu je..

    Rasanya kalau nk bg service kat org, bg la yg terbaik, baru la org rekomen pada org lain. kalau service ala kadar je, mmg x promote la..

    Ramai saudara dtg, murah rezeki akak.. hehe.. Tetamu kan bawa rahmat.

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah... rumah kak ujie meriah betul dgn kehadiran tetamu ye. murah rezki gitu...

    kami pun plan beli rumah utk buat homestay kak. tapi blm tau bila lagilah. sbbnya suami izan tu tgk ramai betul kawan2 sekolah dia dulu yg beli rumah n jadikn homestay. betul ckp akak.. kita mesti buat yg terbaik utk org yg dtg menginap kalau betul nak ada homestay nnti kan.

    ReplyDelete
  4. sama lah dengan ita....baru je bersih n kemas...
    malam ni ada lagi tetamu..
    ..

    ReplyDelete
  5. seronok rasa bila adik beradik yang jarang jumpa datang bermalam kat umah kita..

    ReplyDelete
  6. oo bizi melayan tetamu, tapi seronok kan bila kumpul dgn famili ni :)

    ReplyDelete
  7. assalam ujie acik pun berkiranjuga tentang kebersihan tu..dah kita keluar duit..biar lah sempurna dan selesa kan

    ReplyDelete
  8. semoga murah rezeki ye cik uije...rajin meraikan tetamu/keluarga dtang rumah

    ReplyDelete
  9. Tak pernah lagi menginap di homestay sebab jika outstation atau bercuti anak2 suka hotel yg ada kolam renang. Kalau ada homestay yg ada kolam renang boleh dipertimbangkan menginap di lain kali....

    ReplyDelete
  10. kalau tetamu dtg rumah kita msti nak yg terbaik...xkn la nk bg slmt yg tetamu lain dah gunakan....mak saya jenis yg setiap kali tetamu dtg cadar,sarung bantal n slmt msti basuh n tukar....hihii alhamdulillah sikit2 terikut perangai ni...homestay libatkn duit lagilah harus bersih n selesa...

    ReplyDelete
  11. bila tak busy boleh update blogkan.:)

    ReplyDelete
  12. sbb tu saya segan betul kalau family datang rumah mengejut.. tak sempat nak prepare/kemas2 apa..ye lah.. rumah ada anak kecik..bersepah.. hehe

    ReplyDelete
  13. rumah akak besar dia org selesa nak tgl, tp rmah kalau ada sedara mara dtg duduk mmg x selesa rasanya kalau tak kemaskan..

    ReplyDelete

Komen kalian...bicara antara kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...