Thursday 20 June 2013

Andai Semalam Mu Kelam

Andai semalam mu kelam...berpalit dosa dan noda, janganlah kecewa! Sungguh...luasnya pengampunan Allah buat kita hamba-Nya. Sesuai dengan hadis berikut ;

Daripada Anas bin Malik r.a. berkata, bahawa dia mendengar Rasulullah salallahu alayhi wassalam bersabda, bahawa Allah subhanahu wa ta'ala berfirman yang bermaksud:

"Wahai anak Adam, selagi engkau meminta dan berharap kepada-Ku maka Aku mengampuni segala dosamu yang telah lalu, dan Aku tidak akan mempedulikannya. Wahai anak Adam, jika dosamu sampai setinggi langit lalu engkau minta ampun kepada-Ku nescaya Ku ampuni. Wahai anak Adam, jika engkau datang kepada-Ku dengan kesalahan seluas permukaan bumi lalu engkau menemui-Ku tanpa menyekutukan sesuatu pun dengan-Ku, nescaya Aku datang padamu dengan ampunan seluas bumi pula."
[Riwayat al-Tirmizi no: 3534 dan al-Baghawi dalam Syarhus Sunnah]
 
  • Hadis ini mengandungi khabar gembira, belas kasihan, dan gambaran sifat pemurah Allah yang amat besar kepada hamba-Nya yang melakukan dosa.
  • Mintalah ampun dengan bersungguh walau sebesar mana dosa yang telah kita lakukan.
  • Segeralah berhenti (taubat) daripada melakukan perkara yang berdosa itu tadi.
  • Walaupun pengampunan Allah itu luas, kita janganlah leka dengan terus-terusan melakukan dosa serupa. Takut-takut jika kita akhirnya rasa biasa melakukan dosa tersebut dan terhalang untuk bertaubat.

* Janganlah kita menilai seseorang dari masa silamnya yang kelam, tapi pandanglah siapa dia pada hari ini. Kerana pintu keampunan dan peluang untuk berubah sentiasa terbuka luas buat setiap anak Adam. *




19 comments:

  1. Suka entri ni. Manusia, mmg suke menilai org dr sejarah silam. Dulu jahat, hari ni pun jahat. Tak de maaf g da. Mmmm...

    ReplyDelete
  2. pintu taubat Allah sentiasa terbuka. tapi kalau dengan manusia.. sekali buat jahat selamanya orang tak maafkan.. haihh..

    ReplyDelete
  3. Sungguh Allah maha pengampun dan sebagai hamba kita tak boleh menilai kesilapan org masa lalu.

    Lebih baik jadi org yg dulunya jahat kini baik daripada yg dok mengumpat tak habis-habis...

    ReplyDelete
  4. Allah Maha Pengampun, kita hamba yang kerdil lagi banyak dosa..

    ReplyDelete
  5. betul..semua orang ada masa silam tersendiri tapi lihat dia masa skang
    manusia boleh berubah...dari tidak baik menjadi baik mahupun sebaliknya

    ReplyDelete
  6. terima kasih atas perkongsian ini

    ReplyDelete
  7. hanya Allah tempat kita meminta..

    ReplyDelete
  8. luasnya kasih sayang Allah pada hambanya...

    ReplyDelete
  9. Dosa seluas permukaan bumi pun masih tak dpt tandingi dosa menyekutukan Allah. Zaman sekarang ni punya la banyak org buat perkara2 syirik. Nauzubillah.

    ReplyDelete
  10. Pintu taubatNya sentiasa terbuka...grab it..before ajal

    ReplyDelete
  11. semalam ada sejarah, apa yg berlaku hari ini adalah ketetapan allah.. jadi nilailah yg berlaku hari ini kan... tp tu lah manusia... suka sgt berckp perkara yg lepas2...

    ReplyDelete
  12. semua orang ada sejarah dia...

    tak semesti nye jahat tak boleh jadi baik

    ReplyDelete
  13. perkongsian yang menarik....

    ReplyDelete
  14. subhanallah..btol 2..Allah sntiasa mghrapkn kita bertaubat, sbb Allah tu maha pgmpun dan maha penyayang..Alhamdulillah..pkgsian yg manarik dn berguna =)

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****