Tuesday, 21 May 2013

Berita Tanpa Sensitiviti

Sensitiviti...
Bermaksud peka, mudah merasai sesuatu.
Sensitiviti....itulah yang 'hilang' dalam laporan berita sekarang.

Kalau kemalangan...
Siap letak gambar mangsa dalam keadaan ngeri.
Siap bagitau terperinci otak terkeluar,  badan terputus dua.
Kalau kes rogol...
Kadang siap letak gambar mangsa (selepas atau sebelum kes).
Lepas tu siap bagitau terperinci pulak ada kesan koyakan.

Apa perasaan kita kalau mangsa-mangsa tadi keluarga kita?
Kita yang sedang bersedih bertambah tertekan.
Orang sekeliling bercerita...bertanya...mungkin juga salah menilai.
Hakikatnya bukan semua manusia memahami kesedihan orang lain.

Alangkah bagusnya kalau pihak media melaporkan yang sekadarnya saja.
Tak perlu terlalu terperinci...ini bukan laporan siasatan.
Tambahan pula yang membaca akhbar atau menonton berita,
Bukanlah golongan dewasa semata.
Berita biarlah yang bersifat umum dan sesuai untuk semua.

Juga untuk kita-kita yang bukan orang media,
Janganlah ghairah memuatnaik gambar/video yang sebegini.
Tidaklah kita menjadi hero hanya kerana ada gambar/video ngeri.
Jadilah insan yang masih punya sensitiviti.
Caranya? Bayangkan mangsa adalah keluarga kita.

------------------------------------------------------------------------

Semasa saya bersekolah rendah dalam darjah 2 atau 3, ada berlaku kes cubaan merogol seorang pelajar oleh seorang guru. Masih saya ingat berita yang terpapar di akhbar....'harapkan pagar, pagar makan padi' (yang sepatutnya 'pegar' bukan 'pagar'). Tanpa menyebut nama guru, nama pelajar atau nama sekolah saya, berita itu tetap mampu disampaikan. Tiada yang menanggung malu. Saya yang membacanya cuma bertanya maksud peribahasa tadi. 




18 comments:

  1. saya perasan berita kat tv sejak akhir² ni mcm tu lah.. kdg yg baca berita pun mcm xde emosi menyampaikan.. itu belum bahasanya lg mcm kasar pun... huhuhuhuhu.. naik heran.. mcm x bertapis...

    ReplyDelete
  2. setuju sgt2 ngan cakap2 akk ..
    bukan setakat kemalangan , semua benda kalau dari berita tuu banyak yg dah x berlandaskan sensetiviti ummat dah ..
    main bedal cakap aje ..
    susah nak paham dgn keadaan skrg , banyak masuk telinga kanan kuar telinga kiri

    ReplyDelete
  3. betul la ujie..acik selalu terfikir kesian nya keluarga mangsa

    ReplyDelete
  4. mungkin pada media, perkara yang utama adalah menjual cerita. kemudian barulah sensitiviti orang yang terlibat.

    ReplyDelete
  5. Budi bicara masa kini kian jelas melunturkan ciri-ciri budaya Melayu. Zapin/inang cuba dicanang tapi hal begini kian luput terasa...

    ReplyDelete
  6. betul jugak tu ujie..takde sensitiviti lansung, cer kena kat keluarga wartawan tu baru dia taw..

    ReplyDelete
  7. betul tu.. kdg2 ngeri nk baca berita bila diletakkan gmbr2 kemalangan. masing2 nk menarik org membaca artikel mereka,tp rasanya x perlu didedahkan aib org itu sekalipun dia benar2 bersalah.

    ReplyDelete
  8. ha..betul..minggu lepas dengar berita pemberita tu kata.."....ditangkap dalam keadaan bogel.."
    ya ampun..itu pun nak bagi tau ke..paham2 je la maisara kan..selagi tak jawab dok tanya je..

    ReplyDelete
  9. betul tu Ujie, kadang-kadang seram kalo menonton berita kemalangan ke kes rogol ke...detail benor report si wartawan ni...

    ReplyDelete
  10. Setuju kak...tiada sensitiviti langsung...kesian dengan keluarga mangsa..

    ReplyDelete
  11. Teringat kes liwat seseorang tu dulu, punya la detail dicerita dalam TV (kononnya nak memalukan org tu lah..)sampai keluar kisah mengenai seluar dalam, air m**i, bu*u dll. Bila anak tanya "Liwat tu apa bah??". Alamak susahnya nak jawab, lama2 jawab "Liwat tu ikan jelawat" dan terus belah ke dapur...

    ReplyDelete
  12. itu lah yang berlaku hari ni....

    ReplyDelete
  13. kena pulak budak2 yang rajin brtanya..jenuh nak menjawab..

    ReplyDelete
  14. Saya bersetuju 100% dengan entri ini. Nilai sensitiviti itu telah pudar, ironinya, bila hal melibatkan kepentingan umum, contohnya produk yang disahkan beracun/haram sebab ada DNA babi, tak pula di beritahu secara terperinci nama produknya.

    ReplyDelete
  15. setuju..kesian keluarga mangsa akan lebih menangung malu..kesian jugak la kalau nak tulis berita

    ReplyDelete
  16. sy sangat bersetuju kak..sensitiviti keluarga mangsa harus laa dijaga...jangan terlalu ghairah menjadi org pertama menyampaikan berita..

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  17. sangat stuju, skarg ni mcm dh tak tapis je, katanya nk bg iktibar..tp sy pn trasa jgak kalau2 bnda 2 terjd kat kluarga sndri..

    ReplyDelete
  18. As salam sis,

    Terima kasih atas ingatan & ucapan takziah...

    Bagi saya yang penting kita mencari ilmu & bukan berita... pilihan terletak ditangan kita sendiri bukan org lain... terlalu menjaga sensitiviti juga boleh menyebabkan kita kurang berfikiran terbuka ... tepuk dada tanya selera... apa jua harus ada limitnya kan :)

    ReplyDelete

Komen kalian...bicara antara kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...