Tuesday 28 May 2013

14 Jam

Jumaat, 24 Mei 2013

Hari yang terasa sangat panjang. Letih...stress.
Perjalanan dari Selatan ke Utara yang dijangka 8-9 jam...
Rupa-rupanya menjadi 14 JAM!

Kami bertolak sebelum jam 7 pagi dari Pontian, Johor.
Perjalanan dari sebelah Selatan masih lancar walau kenderaan banyak.
Masih boleh masuk tandas dan makan di R&R.

Tapi dari kawasan Tengah ke Utara memang sesak teruk.
Kenderaan bergerak merangkak-rangkak. Kadang tak bergerak langsung.
Semua R&R pun turut sesak melampau. Nak masuk pun seksa...sesak.
Sampaikan banyak kenderaan yang berhenti kat tepi highway je.
Dah masuk, nak ke tandas pun kena beratur sampai ke luar tandas.
Memang tak pernah jadik sepanjang saya singgah di R&R!

Akhirnya...tiba jugak tempat dituju (Kuala Kurau) kira-kira jam 9.30 malam.
Letih tak terkata! 

Faktor kesesakan...cuti umum yang bersambung dengan cuti sekolah.
Kalau setakat cuti sekolah saja mungkin tak seteruk ini.


P/s: Sorry, lambat sikit saya jenjalan blog korang. Malam tadi baru selesai perjalanan, banyak nak dikerjakan.

13 comments:

  1. rehat dulu ... saya pernah alami ... mmg tobalah haihh nak berjalan lg mcm tu tau huhuhuhu .. tp kalau terpaksa nak buat mcm mana kan.. plg x tahan kalau nak ke toilet kena beratur

    ReplyDelete
  2. zi n suami gerak dari penang ke sungkai kul 12 tghmlm sebab dah tau jalan akan jem giler ari jumaat tu

    ReplyDelete
  3. Biasanya saya mengambil masa 9-10 jam dari Alor Setar ke Batu Pahat, maklumlah cara pemanduan orang takut...tak lebih 110 km sejam (kalau terlajak pun cuma 120 km sejam)...

    ReplyDelete
  4. Malasnya kalau jalan jauh itulah Ujie - Jem sana-sini. Tapi kalau tak kerana ada majlis walimah rasa kakak Ujie pun tak pergi kan..

    ReplyDelete
  5. MASYA:
    Mmg rasa serik sgt...takmo dah ada kat hway time cuti sambung ni.

    ZIE:
    Kalau pk 12 mmg dah ok tu. trafik lancar dah..

    JR:
    Kalau saya...takut bab nk kena byr saman..:)

    KAKZAKIE:
    Betullah kak, saya mmg elak jln time cuti sekolah. Sbb takde anak sekolah pun kn.

    ReplyDelete
  6. sy pernah alami...hehehe tapi bkn kerana jemmm tapi disebabkan bas rosak perjalan dri johor utuk pulng ke pulau pinang menjadi 24 jam...huhu tersadai di hentian semalamn...dh rasa macm pelarian...huhu

    ReplyDelete
  7. Experience Uji mcm experience colleague sy yg cuti2 Perlis last weekend. Mmg hectic!

    ReplyDelete
  8. minggu ni pun mesti sesak..satu haribulan kan cuti umum kan...jem la..

    ReplyDelete
  9. mak aihh...lama betul tu kak..lagi satu mungkin faktor sbb belah utara highway dia tak sebesar di selatan rasanya...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  10. dasyat sungguh 14 jam, bab beratur ke tandas ni yg lomah sket kan..

    ReplyDelete
  11. mesti kejang kaki kan...

    ReplyDelete
  12. bestnya cuti-cuti jalan-jalan...

    ReplyDelete
  13. selamat bercuti..
    masa cuti sekolahlah boleh bawa keluarga jalan2 ke tempat menarik di dalam & luar negara

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****