Monday, 1 April 2013

Soal Ikhlas dan Soal Bimbingan

Cerita/drama TV bertemakan agama, sekali tengok nampak macam bagus.
Ada mesej baik ingin disampaikan, ada perempuan cantik bertudung litup.
Juga lelaki kacak yang baik dan warak.

Tapi kita sebagai penonton harus berhati-hati,
Ada yang cuma boleh ditonton tapi jangan diikut.
Harus punya ilmu supaya tak terikut-ikut.

Soal ikhlas bila menutup aurat...
"Nak pakai tudung ni kena ikhlas. Kalau tak, baik tak payah"
Dialog biasa yang akhirnya meresap dalam pemahaman penonton.
Yang benarnya...dalam PERKARA WAJIB seperti menutup aurat dan solat,
Tak perlu tunggu ikhlas tapi wajib dibuat walau dalam rasa terpaksa.
Ia satu PERINTAH dari Allah, bukan satu PILIHAN...boleh mahu atau tidak.
Cuma perlu ingat yang ikhlas itu pengukur hubungan kita dengan Allah.
Maka, hadirkanlah rasa ikhlas selepas rasa terpaksa tadi.

Soal perempuan minta bimbingan agama dari yang bukan mahram...
"Apa salahnya saya bimbing dia, dia nak berubah" kata lelaki kacak yang warak.
Tak salah kalau cuma tunjukkan ustazah yang sesuai atau belikan buku agama.
Tapi salah kalau asyik berdua ke hulu ke hilir atas alasan sedang membimbing.
Kerap berjumpa dan berhubung berdua boleh menghadirkan banyak godaan.
Niat yang baik tapi dengan cara yang salah.

Sekadar sentuh dua persoalan ni.
Tengok dan dengar boleh, tapi tapislah dengan ilmu sendiri.
Bukanlah salah cerita keagamaan begini,
Cuma perlu diperbaiki supaya tak menyebarkan perkara yang salah.
Rujuklah kepada yang pakar, mungkin itu yang terbaik!


------------------------------------------------------------------------------------

Telekung Kanak-Kanak Sulam Strawberi
Ada beg comel, material kain selesa, mudah dipakai.
KLIK gambar untuk info lanjut!

23 comments:

  1. Ramai yg terpengaruh. Itu hanya lakonan...tapi di bawa ke dlm dunia realiti. Itulah masyarakat sekarang

    ReplyDelete
  2. malam tadi ada filem tajuk `terry' kat tv alhijrah. ada beberapa babak yang visualnya dikaburkan sebab pelakon (atau extra) pakai terdedah, mungkin seluar pendek atau skirt.

    hmm, aku ada rasa kagum kat situ. respek untuk tv alhijrah...

    ReplyDelete
  3. nasihat yg berguna..berubah ke arah kebaikan tak salah tapi jangan terpesong.

    ReplyDelete
  4. baru2 ni ada tertengok jap drama ape ntah..perempuan tu kata kat sorang lelaki ni, awak anak tok imam sebab tu saya nak belajar agama dengan awak..yang watak lelaki tu muka macam gatal semacam je..tah hape2 punya cerita..

    banyak cerita perempuan pakai tuung tapi boleh pegang2 lelaki..adoila

    ReplyDelete
  5. Ayat cliche artis Melayu Islam...nak tunggu dapat hidayah katanya, nak tunggu ikhlas katanya...

    ReplyDelete
  6. tq atas ingatan ini yer , gd one

    ReplyDelete
  7. terima kasih atas ingatan. rasanya cam dlm citer yg baru ni je.

    ReplyDelete
  8. alasan nya macam betul tapi tak betul sebenarnya..heheh..dah ramai sangt yang suka bagi alasan macaM NI..tak boleh terima dek akal la..

    ReplyDelete
  9. huhuhu...kini banyak cerita yang berteras islam, bila cek rupa-rupanya penerbit dan pengarah orang bukan islam....aduh

    ReplyDelete
  10. Salam Ujie,

    Tentang hal tudung tu. Memang benda itu wajib. Tapi hati manusia, kan? Tak seme org sama rasa. Ada manusia, sekali kita ingatkan yg benda itu wajib....sekali dia boleh berubah. Inshaa Allah, dgn seikhlas hati.

    Ada manusia, sekali kita igtkan benda itu wajib, sekali tu lah dia melenting. Pas tu, keluarlah ayat mcm kat atas tu (drama apa tu Ujie?).

    Mengingatkan manusia, bukan spt Tuhan. Kita tak boleh mengarah manusia mcm, "Wajib pakai tudung. Walau macam mana pun, mesti! Ini perintah Allah. Mandatori!". Dulu ms sy free hair, sy mudah sentap dgn arahan manusia spt ini. Maka, wujudlah gelaran - MANUSIA SEPARA TUHAN.

    Manusia tak keluarkan perintah. Allah tak buka tender pd manusia utk menjadi Tuhan subkontrak. Tapi manusia wajib menggalak, mengajak dan mendorong (dakwah). Hati sy terbuka utk berhijab kerana ajakan, dorongan dan galakan. Mrk tak mengarah sy supaya bertudung. Tapi mengajak sy. Bila dah mengajak, mrk menggalak. Bila dah menggalak, mrk mendorong.

    Samalah mcm kita nak mengajak org bersolat. Manusia tak suka bila di tanya, "Kau dah solat?". Lagi elok kalau, "Jom solat sama. Aku tolong bentangkan sejadah utk kau ye?". Sekali tak ikut, tak apa. Hari2 kita ajak, Inshaa Allah, terbuka hati mrk.

    Sekadar beri pendapat. Jgn slh anggap apa-apa ya?

    ReplyDelete
  11. cerita melayu skrg ni mmg makin berani..

    ReplyDelete
  12. yang no 2 tu mengingatkan saya paan cerita "aku masih dara" rasanya..seorang ustaz yang asyik kehuku ke hilir membimbing speupu dia punya rakan..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  13. tak puas hati juga dgn skrip drama tu..huhu

    ReplyDelete
  14. ada tgk citer ni kat tv3 baru2 ni..tapi x tgk abis..
    betul tu kak..niat dah baik tp x kena caranye...

    ReplyDelete
  15. Teringat seorang artis wanita yg kawin dgn mat salih. Bila wartawan tanya bagaimana tentang pegangan agama suaminya, artis tu kata dia sdg membimbing suaminya mendalami Islam....Malangnya artis wanita yg menjadi pembimbing itu selalu kelihatan berpakaian menjolok mata...

    ReplyDelete
  16. ayat orang melayu...gitulah

    ReplyDelete
  17. tengok drama melayu.. banyak yg nak diperbetulkan. tapi tgk makin byk yg dah mula pakai tudung.semoga skripnya pun akan bertambah baik..

    ReplyDelete
  18. kita tahu benda tu xblh tp buat2 xtahu kdg2 2...

    ReplyDelete
  19. FARA:
    wa salam, tak salah anggap apa pun fara. betulla apa fara kata.

    saya cuma tak suka dialog gitu kat drama/filem sbb ia ditonton ramai org. takut org yg tak faham percaya/terima ayat tu. Bahaya sbb ia salah.

    ReplyDelete
  20. paling x best orang cakap " ala pakai tudung..macam baik sangat"..pelik mnusia ni.tegur salah x tegur salah

    ReplyDelete
  21. Betul tu Ujie,semoga kita semua faham dan tahu yg mana ikhlas dan wajid....

    ReplyDelete

Komen kalian...bicara antara kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...