Thursday 25 April 2013

Rumpai Laut : Makanan, Kesihatan, Kecantikan

Sebenarnya, saya tak berminat nak mencuba Rumpai Laut. Tapi sebab dah dapat free (dari biras yang tinggal di Sabah), rugi pulak tak mencuba. Dari sebungkus tu, saya cuma ambil 1/4 je dan yang lain bahagi-bahagi dengan ahli keluarga lain. Saja ambil sikit, tak yakin boleh makan sebab orang kata hanyir dan tak sedap.

Asalnya sikit je, lepas rendam jadi banyak ni. 
Orang lain rendam 1 malam, sebab tak semangat nak buat saya biar sampai 2 malam! Sedang elok pulak semalam (24/4/2013) dalam Wanita Hari Ini (WHI) kat TV3 tu bukak topik pasal Rumpai Laut. Khusyuk saya mendengar penjelasan dari dua orang panel yang terlibat dalam mengkaji tumbuhan laut ni. Antara poin penting mengenai Rumpai Laut ni:
  • ia TIADA kolagen, tetapi bahan yang terkandung di dalamnya mampu membantu menambahbaik kolagen yang ada dalam badan kita.
  • ia tinggi serat, protein dan asid amino. (sebut yang saya ingat je..)
  • ia lebih baik dimakan fresh, cth: buat ulam. 
  • kajian ke atas tikus yang mempunyai tahap kolesterol tinggi, hasilnya setelah diberi rumpai laut tahap kolesterolnya menurun.
  • kajian juga mendapati ia mampu memperbaiki struktur kulit.
  • kesimpulannya: Rumpai Laut memang bagus untuk dijadikan makanan, untuk kesihatan diri dan untuk tujuan kecantikan.

Lepas dengar penjelasan dua orang panel tu, terus bersemangat. Kebetulan ada ditunjukkan cara proses rumpai laut. Laju je saya basuh bersihkan rumpai laut yang dah direndam tu. Hasil macam dalam gambar kat atas. Kemudian masak dengan air secukupnya. Biras pesan letak daun pandan bagi kurangkan hanyir, tapi sebab takde pandan saya tawakkal jelah. 

Inilah hasilnya....jangan cair atau pekat sangat.
Dah agak sejuk boleh masukkan dalam bekas. Simpan dalam peti ais.

Ni yang dah disejukkan..macam jeli/agar-agar.
Dapat 2 bekas besar dan 2 bekas kecik gini.

Alhamdulillah...langsung tak hanyir. Rasa tawar. Kalau mampu makan gitu jelah, kalau tak lalu campurkan dalam air yang berperasa. Saya? Cuma campur dalam 1/2 cawan air kosong, hancur-hancurkan jeli dan minum. Berapa banyak? Suka hatilah sebab ia makanan. Bukan ubat yang ada had dos. 

21 comments:

  1. benda ni dah macam fenomena pulak. secara tiba-tiba je ramai orang sebut...

    ReplyDelete
  2. mak saya dah jadi penggemar rumpai laut ni. sebab dia kata lepas makan sakit bahu dah hilang. terus order lagi!

    ReplyDelete
  3. selamat mencuba .. buat masker jugak tau.. nnt tunjukklah muka tu sikit hihihi.. nak jgk tgk..

    ReplyDelete
  4. SM:
    Pdhal dah lama org kat sabah nun makan..
    Mybe sbb sebaran kat internet.

    GB:
    Nmpaknya mmg terbukti berkesan utk kesihatan.

    MASYA:
    Lepas masak smlm lagi dah tepek kat muka..excited.
    Tunjuk muka org lain bulih? :D

    ReplyDelete
  5. Isteri saya mengamalkan rumpai laut ini sejak sebulan yg lalu. Setiap hari 2 kali dia memakannya - pagi dan mlm. Saya tak pasti hasilnya kecuali nampak badannya semakin menyusut....

    ReplyDelete
  6. saya pun ada dapat dari sabah..mula teringin nak beli pastu dapat free color purple..thanks for sharing the infos.. :)

    ReplyDelete
  7. JR:
    JR pun boleh join makan..utk kesihatan.
    Hrp2 saya pun menyusut la lepas amalkan menda ni.

    TIHARA:
    Sib baik awak sebut psl color, baru ingat satu info.
    Smlm panel tu kata color tak mempengaruhi apa2. Tapi teringin gak nk try color lain lepas ni, sesaja.

    ReplyDelete
  8. Kakak punya dah berminggu-minggu tak habis-habis Ujie. Asyik lupa aje nak makan. Dah siap masa balik umrah tu buat tapi bila masuk dapur masak aje yg ingat, lepas habis makan siap lupa terus itu yg tak habis-habis..

    ReplyDelete
  9. saya mmg dah lama makan rumpai laut. tapi rumpai laut jepun.. yg balut kat onigiri tu atau kelp.. hehe..

    ReplyDelete
  10. kenapa kalau nak buat kajian apa2 mesti guna tikus ye?biologi tikus sama ngan manusia ke?

    zi pernah rasa,mil yang buat.xde la bau apa2 pun, tawar je la

    ReplyDelete
  11. kalau terlupa beli agar2 serbuk, boleh ganti dgn rumpai laut tak? hihihi

    ReplyDelete
  12. wah makin ramai suka rumpai laut ye,mmg panel tu kata takde kolagen.minum dgn sunquick pun ok kot...

    mmg btl blh trnkan brt badan.ntahlah mcm2 info kalau google search tu hah ^^

    ReplyDelete
  13. assalam ujie..boleh kot campur gula..baru sedap makan agar2 kan

    ReplyDelete
  14. KAK ZAKIE:
    Saya ni memula je semangat, esok2 tak taule. Benda tu dlm peti ais mmg sng terlupa.

    RAI:
    Sama tak mcm rumpai sini ye?

    ZIE:
    Yela kot, lg pun tikus sng biak dan dapat.

    SUDIP:
    Rasanya mmg boleh, sbb sama je mcm agar2. Kalau letak gula & pewarna, jadik dah. :D

    ALEA:
    Bg sedap sikit rasa dia ya..ok jugak.

    ACIK:
    Mmg boleh pun. Tp sbb saya nak guna utk masker sekali, takleh la letak gula.


    ReplyDelete
  15. kat tempat mengaji ita pun ramai sangat ustazah duk jual rumpai laut...
    yang kering ada yang dah di buat jeli pun ada...

    ReplyDelete
  16. campur dgn perisa ribena la...hahaha..Mmg sebelum ni ramai yg terpedaya sangkakan ia mmg directy bagi sumber collagen...

    hanya kat sabah aja ke yg ada? kat pantai2 sekitar semenanjung?

    ReplyDelete
  17. memang banyak khasiatnya rumpai laut ni kan..
    tapi lily belum pernah makan lagi..

    ReplyDelete
  18. kak ujie, izan pernah juga cuba mkn yang kaler pepel tu. tapi mula2 je semangat. lama2 dah terlupa lah apalah... last2 tak abis pun...

    ReplyDelete
  19. saya pun makan.campur dengan air biasa je.kdg2 telan macam tu je...

    ReplyDelete
  20. Kak Nurul pun masih lg mkn rumpai laut nie tp selalu jgk terlupa,hehehe......

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****