Tuesday 2 April 2013

Nota Luahan Rasa


Nota luahan rasa, salah satu cara untuk memperbaiki sesebuah hubungan. Kadang-kala bila kita nyatakan  secara terus ketidakpuasan hati kita di hadapan pasangan, dia mungkin sukar untuk terima. Luahan rasa tentang hal kecil mungkin boleh jadi satu pertengkaran besar pulak. 

Maka caranya, ambil masa untuk duduk bersama dan masing-masing mulalah menulis sebuah nota luahan rasa terhadap pasangan. Syarat utama, keduanya mesti bersikap terbuka menerima teguran dan sedia  bertolak ansur untuk mencapai matlamat kebahagiaan bersama. Dalam nota tersebut senaraikan apa yang buat kita tak puas hati terhadap pasangan. Dan nyatakan apa yang kita inginkan. Selesai menulis, bolehlah saling bertukar nota luahan rasa tadi. Baca dan berbincang untuk mencari titik persetujuan bersama. Akhir sekali berusahalah untuk melakukan apa yang dah dipersetujui. 

--------------------------------------------------------------------------

Masa tinggal di rumah sewa dengan kawan-kawan universiti dulu, kami pernah buat cara begini untuk memperbaiki hubungan. Sebabnya ahli rumah ada 10 orang, dari pelbagai kursus, tidak sebaya dan tentunya dengan pelbagai ragam yang kadang-kala buat kawan lain kurang selesa. Kami duduk bersama dan mula menulis di atas kertas luahan rasa masing-masing. Alhamdulillah lepas tu kami jadi saling memahami kehendak kawan yang lain. Contohnya kak A tak suka ada bunyi radio masa dia study, jadinya bila dia duduk kat meja study kenalah saya off radio. Bila saling memahami dan bertolak ansur, hubungan jadi baik dan hidup rasa bahagia.

21 comments:

  1. kalau nak tegur secara direct kena pandai olah bahasa kak ujie.kalau tersilap cakap boleh jadi lain maksudnya..
    alhamdulillah buat masa ni memang xde masalah kalau zi nak tegur pasangan n dia pun boleh terima..cuma kadang2 zi yang suka merajuk bila dia tegur kikikiki merajuk2 manja

    ReplyDelete
  2. cara ini la jugak kakain selalu buat pada anak yg sulung...tp hasilnya mmg tak menduka cita...dgn ada nota dia dpt baca berulangkali dan disimpan dgn baik...

    ReplyDelete
  3. bagus jugak cara ni...dulu ujie duduk area mana?..kami duduk serdang jaya kejap..masa tu geng rumah semua jenis outspoken..tak sempat nak luah rasa..heheh :)

    ReplyDelete
  4. Luahan secara direct, ada baik, ada buruknya, begitu juga dgn menulis sebegini.

    Yg bagus kalau luah direct, kita boleh main dgn intonasi suara, suaoaya mesej tercapai dgn berhemah. Yg tak bagus kalau menulis, kadang kala penerimaan bila di baca, boleh salah.

    ReplyDelete
  5. assalam,
    kalau orang yang faham betul perangai pasangannya, tak kira direct atau tak dia akan faham...dan cepat respon..

    ReplyDelete
  6. pernah buat dgn seseorg..tp tak sempat dpat pn buku tuk saya tu..dan rase nye insan tersebut takde tulis ape2 pn sbb tak penting pn tuk die.. :')

    ReplyDelete
  7. acik muda2 dulu rajin juga tulis nota2 ni..lepas tu bagi kawan sekolah baca

    ReplyDelete
  8. TIHARA:
    saya 2 thn kat sri serdang. Betul2 blkg kedai Taikaly (kalau tiha tau la..). Geng serumah sume senior. Saya paling muda dan sorang je amik BBA.

    ReplyDelete
  9. Salah satu isu dlm kem motivasi hal ini ada diterapkan utk kita mengetahui sejauh mana diri kita tidak menepati kehendak teman/rakan dan bagaimana utk disayangi teman/rakan... renungan yg baik Ujie.

    psst: kakak dapat kad undangan Ujie tau tapi masa kakak dah balik - tarikh itu pun kakak masih di sana lagi.

    ReplyDelete
  10. mesti aman dan damai rumah tangga kalu buat cm ni

    ReplyDelete
  11. Yg penting hati kita kena ikhlas...sebab ada yg suka mengkritik tapi sangat sensitif bila dirinya dikritik....Lain padang lain belalang...

    ReplyDelete
  12. Cara begini berapa peratusan utk jaya? Adakah 50-50

    ReplyDelete
  13. tiada guna juga kalau berckp dgn org ego.. tulis nota pun tak pernah nk berubah

    ReplyDelete
  14. duk sorang2 ..xde sapa nak yulis nota..

    ReplyDelete
  15. Tulisan dengan percakapan tu intonasinya berbeza walaupun maksudnya sama. Mungkin dari nota bahasanya sikit lembut kalau nak dibandingkan dengan bercakap terus...

    Ada baiknya juga cara ini...

    ReplyDelete
  16. Memang bergunakan nota nie klu teguran x dpt diluah dgn kata2.

    ReplyDelete
  17. TP:
    kadar kejayaan teknik ni bergantung penuh pada individu yg terlibat. Berdasarkan pengalaman lalu, ia mmg BERJAYA. Masing2 lebih memahami, tahu bertolak ansur dan berfikiran lebih terbuka.

    ReplyDelete
  18. pernah buat sekali masa ada krisis dgn suami..tp dh lama dh..la ni alhamdulillah jarang ada krisis dh..

    ReplyDelete
  19. FIEDA:
    dah makin lama kawin, dah makin faham..kurangla krisis kan..

    ReplyDelete
  20. komunikasi 2 hala mg berkesan.. kalau x sampai bila asyik nak memndam rasa jerkan.. luahkan itulah yg terbaik...

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****