Friday, 5 April 2013

Jual Arak? BOIKOT!

Surat edaran kepada penduduk.
Isi surat di atas:
  • penduduk mahu pasarmini SPEEDMART 99 dan pasaraya FAMILY STORE menghentikan penjualan minuman keras (arak).
  • alasan : komposisi penduduk yang hampir kesemuanya beragama Islam.
  • teguran dan surat bantahan penduduk telah dihantar tetapi tiada tindak balas positif.
  • tindakan tegas : BOIKOT kedua-duanya sehingga penjualan minuman keras dihentikan.
  • ia juga sebagai menanam sifat sensitiviti masyarakat umum terhadap isu yang melibatkan Islam.
---------------------------------------------------------------------

Kat kawasan ni ada banyak fasa perumahan, fasa yang saya duduki je memang 99% adalah penduduk Islam. Cuma ada sebuah dimiliki dan diduduki bukan Islam. Dalam satu perjumpaan penduduk, keluarga bukan Islam ni bagitau dia memang senang dan tak kisah tinggal di kawasan majoriti Muslim.

Berbalik kepada isu BOIKOT di atas, memang patut ia dilakukan sebab kuasa ada ditangan kita sebagai pelanggan. Memanglah tiada jaminan orang Islam tak minum arak kalau dua premis ni tak menjualnya, ia masih boleh dibeli dari premis luar kawasan perumahan. Tapi sekurang-kurangnya usaha telah dibuat dengan tidak membenarkan penjualannya di kawasan kami. Kita usaha apa termampu. 


usik-usik : Usaha terbaik pastinya penguatkuasaan undang-undang oleh pemerintah. Eh, nak kena tukar pemerintah ke???

21 comments:

  1. pemerintah dan rakyat mainkan peranan sama rata. tapi bila bercakap pasal boikot ni, nampaknya selalu kita tak bersatu hati...

    ReplyDelete
  2. SM:
    apa boleh buat, boikot bukan boleh paksa..terpulang pada sensitiviti dan pemahaman masing2.

    ReplyDelete
  3. Sudah terang lagi bersuluh Ujie. Kenalah sedar semua penduduk mana harus dipilih. Nak boikot sampai lama mana? tapi pilih pemimpin 5 tahun sekali - haaa.... pilih siapa yg rasa lebih berwibawa.

    ReplyDelete
  4. itu je kuasa yg ada.. tp tak perasan pulak ada jual arak

    ReplyDelete
  5. teruskan boikot ujie..
    tak boring ke orang kalau pakai baju yang sama je..berabad dah..busuk kemain,..kohkoh..:D

    ReplyDelete
  6. nampaknya semua nak tukar..
    muktamat..kita tukar ...heheh

    ReplyDelete
  7. Tukar perintah? Kite tukar! Hehehe....

    ReplyDelete
  8. Tukar???

    Sekarang ramai yg kata: kita tukar...ini kalilah...

    ReplyDelete
  9. jika kita bersatu hati, insya allah

    ReplyDelete
  10. Memangg kena boikot ni....
    Boleh merosakkan minda budak2...mula2 tengok..tu kn ada yg nk mncuba..


    Tukar kak..jngan tak tukar

    ReplyDelete
  11. Harus boikot kerana ibu segala dosa tu

    ReplyDelete
  12. nice day :)
    Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan,
    pergilah ke tempat-tempat kamu inginkan,
    Jadilah seperti yang kamu inginkan,
    karena kamu hanya memiliki satu kehidupan
    dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal
    yang ingin kamu lakukan

    http://www.nolimitadventure.com/

    ReplyDelete
  13. tak sangka speedmart pun ada jual arak..hm..macam 2..selagi boleh boikot kita buatlah yg terdaya kan..

    ReplyDelete
  14. baru baca kisah toke speedmart99 tu org oku kak ujie. tapi betul... boikot aje sbb dorg ni tak sensitif dgn org Islam yg majoritinya duduk di situ.

    ReplyDelete
  15. tak paham kenapa perlu jual kat tempat majoriti penduduknya melayu..7-E pun tak jual arak kat cawangan mereka di kg baru nie..

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  16. kene peke.. majoritinya Islam..

    ReplyDelete
  17. alamak!! kene boikot 99 eh, kat kg tu kedai yg dekat.. tp kedai runcit lain banyak jer pilihan.. boleh kot pelan²... kat rumah sendiri .. mmg x pg kot 99 xde kat taman jauh kat pekan..

    ReplyDelete
  18. MASYA:
    ni boikot yg kat tempat saya je, sbb majoriti penduduk Muslim. Takde keperluan jual arak kat sini.

    ReplyDelete
  19. insyaallah kalau semua bersatu hati... ^_~

    ReplyDelete

Komen kalian...bicara antara kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...