Thursday 4 April 2013

Cerita Jual Novel Terpakai

Saya pernah jual novel-novel lama. Novel zaman muda remaja. Yang mana sekarang ni novel tersebut bukan lagi jadi kesayangan saya. Mula-mula saya kumpul semua novel yang saya rasa tak mau simpan lagi. Saya perbaiki apa yang perlu - padam contengan/nama. Kemudian saya lihat harga asal, tahun terbit dan rupa fizikal novel untuk tentukan berapa harga untuk jualan semula. Siap semua proses saya  iklankan jualan novel terpakai ni melalui satu forum di internet. Untuk menarik pembeli letak sekali gambar novel dan sertakan ringkasan cerita. 

Hasilnya, ramai yang berminat dan hampir kesemua berjaya dijual. Tinggal beberapa buah je yang tiada pembeli. Nak kata untung tu tidaklah, sebab saya letak harga sekadar nak clear rak buku. Kalau jual kat tempat recycle tu rasa sayang pulak dan lagi jatuh teruk harganya. Buat jualan novel terpakai ni sekurang-kurangnya peminat novel yang lain boleh memiliki koleksi kegemaran mereka dengan harga murah.

Dan selepas itu saya masih terima sms bertanyakan novel terpakai penulis tertentu...


23 comments:

  1. saya pun suka baca novel...kat rumah tu byk ada novel-novel lama dan yg baru..ada jugak beli belum dibaca lagi...

    ReplyDelete
  2. AIN:
    kena asingkan tu mana yg belum baca. takut lama2 terlupa, rugi pulak kan..

    ReplyDelete
  3. huwaaa bestnya kalau cik ujie ni duk dkt je ngan kak lea..mmg hr2 sewa nvl.dulu ms part time kt kompleks pkns ada kedai sewa buku kt tgkt ats.

    ms lunch break,kak lea suka beli air ktk n pizza sosej,sewa nvl n lepak baca kt tasik shh alam...cool ^^

    ReplyDelete
  4. banyak ye koleksi novel ujie..

    **bukan yang kat putrajaya tapi dekat dgn pasar borong selangor n equine park.. :)

    haah tak puas borak..line pun teruk sangat hari ni

    ReplyDelete
  5. Kakak rasa akan tiba masa anak-anak kakak kena buat macam Ujie nie. Risau bila dah berlapis-lapis/bertindih-tindih di rak buku. Rumah bukan besar mana risau kakak...

    ReplyDelete
  6. Ada novel-novel lama yg boleh menimbulkan nostalgia. Sayangnya ada yg dah sukar ditemui....

    ReplyDelete
  7. elok tu, sebab kadang2 kita tak tau barang yang kita tak nak tu sebenarnya `rare' pada orang lain...

    ReplyDelete
  8. ALEA:
    Wah..syoknya lepak gitu..
    Saya tak penah jumpa lg kedai sewa novel melayu. Kalau yg english/chinese tu ada la.

    TIHA:
    Oh..kat Equine tu pun mahal sewa skrg. Tmpt dh membangun. Kalau situ jauh gak la dari rumah.

    KAKZAKIE:
    Harus buat sbb bdk makin besar, makin byk buku dia nnti. Simpan yg mana betul2 syg..

    JR:
    Betul. Saya ada satu novel zaman awal merdeka...ada yg nak beli tapi saya tak jual.

    SM:
    Lepas jual tu baru tau mmg ada yg tercari2 novel yg pd kita tak minat tu..

    ReplyDelete
  9. Lebih baik macam tu...lebih baik dari kita jual kat pembeli kertas/suratkhabar lama...

    ReplyDelete
  10. saya sayang nk jual novel2 lama yg saya miliki. Sampai skrg sy masih tercari2 novel lama bertajuk Nyawa Di Hujung Pedang.

    ReplyDelete
  11. Ujie, saya ada 2 almari dan berkotak novel. Cuma belum terlintas lagi nak jual. Rasa sayang laaa sangat!

    ReplyDelete
  12. kira lelong²lah yer.. janji terjual..

    ReplyDelete
  13. jual lepas tu boleh beli yang baru...hehe

    ReplyDelete
  14. wah, kalau zaman akak remaja biasanya dah tak kuar dah novel tu..hehehe..

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  15. saya minat jgk baca novel, tp x beli.. pinjam org pnya je.. skg ni x sempat nk baca novel, tgk tv je.. saya mmg kurang membaca la skg ni.. baca blog pn kdg2 je.

    ReplyDelete
  16. oke jugak dr buang begitu saja

    ReplyDelete
  17. ita plok sayang sangat nak jual buku...
    sebab nanti nak bukak mini pustaka..

    ReplyDelete
  18. ok la kan..dapat gak side income dari terbiar macam tu je..

    ReplyDelete
  19. mesti banyak koleksi novel2 nie yerk....

    ReplyDelete
  20. sis.. macamana sis iklankan

    ReplyDelete
    Replies
    1. sis boleh rujuk entri berikut:
      http://ujieothman.blogspot.com/2014/09/jual-barang-terpakai-di-caricom-dan.html

      Delete
  21. Rasanye berapa lama ya nak dapat feedback or respons tu?

    Sbb saya jual tudung. Baru iklan harini.

    Jemput singgah blog yaa :)

    ReplyDelete
  22. Tumpang iklan..

    Boleh nengok kedai shopee buku sy..

    https://shopee.com.my/agapie?v=dac&smtt=0.0.3

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****