Tuesday 16 April 2013

Begedil Ikan 'Frozen'

Baru selesai dibentuk, siap untuk disejuk bekukan.

Projek mini semalam...Begedil Ikan untuk disejuk bekukan.
Cukup untuk keluarga kecil saya makan 2-3 kali.
Bukan setiap hari makan, tapi goreng ikut kesesuaian menu harian.
Sebelum ni tak terfikir nak sejuk bekukan begedil ikan,
Tiap kali nak makan kena buat sikit-sikit...leceh la jugak.
Sekarang dah buat frozen ni memang senang.

Belajar buat ni dari mak mertua kakak saya, masa zaman bujang dulu.
Lepas tu tengok resepi orang lain, tambah-tambah la sendiri.
Yang saya buat ni guna 4 biji kentang direbus dan 3 ekor ikan selar digoreng.
Kentang dilenyek, ambil isi ikan goreng (ni part yang agak letih jari-jari).
Masukkan ketumbar jintan yang dah dikisar, lada sulah dan bawang goreng.
Gaulkan semua lepas tu bolehlah dibentukkan macam dalam gambar tu.
Saya simpan dalam peti ais bahagian frozen.
Bila nak makan boleh terus keluarkan, celup telur dan goreng. 


15 comments:

  1. salam..
    tq share.. boleh la try ni..
    cam senang je nk buat :)

    ReplyDelete
  2. semalam baru jer buat pegedil daging...nanti nak try begedil ikan gak la...

    ReplyDelete
  3. tak pernah cuba bergedil ikan.. boleh cuba ni..

    kat rumah saya biasanya tak sempat nak frozen lama..kejap je habis benda2 yg nak frozen tu..haha..

    ReplyDelete
  4. sedap jugak begedil ikan, saya biasa buat begedil ayam..tak nyempat nak share resepi, snap pic pun dah maleh bebenor nih :)

    ReplyDelete
  5. IRA:
    mmg sng, tapi leceh sikit..nak rebus, nak goreng..

    LIZZ:
    saya pulak tak pernah buat begedil daging.

    RAI:
    kalau family Rai mmg harusla tak nyempat nak frozen..laris. ^_^

    TIHARA:
    yg ni pun dah buat kali kedua baru rasa rajin nak letak blog, saje buat kenangan.

    ReplyDelete
  6. kalau kat rumah...sekejap jer selesai semua sukakann...

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum,

    ini idea yg sgt bagus..
    bila ada tetamu mai tiba2 senang jek
    dah ada lauk dlm peti ais kan :)

    ReplyDelete
  8. Sangat praktikal Ujie. Tapi kakak belum pernah buat lagi. Boleh juga ikut ni..

    ReplyDelete
  9. begedil ikan tak pernah buat lagi..selalu makan daging n ayam..ok juga buat macam ni kan.boleh makan anytime

    ReplyDelete
  10. mak pun baru bekalkan 2 minggu sudah.. anak bertuahkan sy ni.. tp mak bua yg biasa jer.. xde ayam, daging atau ikan hihihi.. tp sedapp jugak.. bawang goreng lbh..

    ReplyDelete
  11. sis ujie jual tak?
    Nak order leh?
    tiranaaduka@gmail.com

    ReplyDelete
  12. waaaa.....nak try buat...
    dah lama teringin nak makan tapi tak pandai..

    ReplyDelete
  13. boleh la try buat.. tq ya sbb share :)

    ReplyDelete
  14. TIRANA ADUKA:
    Tak jual lah, tak berani nak jual pun...
    Sorry ekk..

    ReplyDelete
  15. xpenah plak mkn bergedil ikan..mak saye slalu buat kentag ngn bawang je..

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****