Thursday, 11 April 2013

Aku Ingin Keluar...




Selain cerita PRU, cerita lain yang hangat sekarang ni adalah kes BULI di sekolah. Tapi saya tak tonton pun video tu sebab tak mau mengganggu emosi sendiri. Apapun, tak wajar jika kita sekadar menunding jari atau menyalahkan sepenuhnya kepada pelajar terbabit. Sebab saya pun pernah jadi pelajar sekolah yang agak nakal, cuma tidaklah sampai tahap mendera orang lain.

Terkenang kisah lalu, bukan kes buli tapi kes pelajar memecah masuk koperasi sekolah saya. Bila ibubapa pelajar terbabit dipanggil, akhirnya pelajar tu mengaku dia sengaja melakukan kesalahan tadi semata-mata ingin dibuang sekolah. Dari awal lagi dia memang tak berminat bersekolah di situ (sekolah agama berasrama), tapi dipaksa oleh ibubapanya. Dia ingin keluar rupanya! Begitulah cerita yang tersebar. Dan akhirnya, dia dikeluarkan dari sekolah saya oleh ibubapanya. 

Kesimpulannya, dengarlah pandangan anak remaja. Beri perhatian pada mereka, hubungan yang baik mengurangkan kemungkinan mereka melakukan kesalahan besar di sekolah. Ini cuma pandangan ringkas je, mungkin banyak lagi aspek yang perlu dipertimbangkan.


17 comments:

  1. Saya pun belum tgk lagi video buli tu..

    Gambar tu, kat Pontian ke?

    ReplyDelete
  2. DADDY Z:
    yup, taman rekreasi Pantai Rambah. :)

    ReplyDelete
  3. sy x tgk lg video tu.. tp x pasal² entry saya melawan tok guru jdi popular.. padahal dalam tu entry saya buat kuih kikikikiki......

    ReplyDelete
  4. tak tengok lagi..
    Nk carik jap lagi...

    ReplyDelete
  5. ada parents yang macam diktator, ada pulak yang tak kisah langsung. macam2 hal...

    ReplyDelete
  6. saya tengok intro je dah nyampah dengar suara budak2 tu..

    ReplyDelete
  7. Akak pun takut nak tgok ujie...Memang betul kita kena prihatin dgn kehendak anak2...

    ReplyDelete
  8. Kakak dah tengok betul sungguh brutal tindakan mereka tu. Tak sampai hati melihat yg kena buli/sepak-terajang bagai...

    Apa yg Ujie katakan itu tak mustahil mungkin sama motifnya...

    ReplyDelete
  9. zi pun x tengok video tu..sama macam kak ujie zie memang senang terganggu kalau tengok kes2 pukul ni.sebab tu tak berani tengok cite juvana..
    yela teenagers skang ni tak boleh luah apa yang dorang rasa, tu yang tersalah pilih langkah

    ReplyDelete
  10. wahh..macam tu punya nak keluar sekolah pun ade ker??tapi okay lagi laa sbb tak mencederakan orang lain..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  11. Kak Nurul pun x tgk lg video tu,betul yg Ujie ckp tu jgn nak menyalahkan remaja tu semata2.

    ReplyDelete
  12. rasanya... zaman sekarang ni perangai budak2 sekolah makin agrasif... takut pulak

    ReplyDelete
  13. tu lah pentingnya komunikasi antara ibubapa dan anak² kan...

    Ada tengok video tu...kesian jer tengok budak yg dipukul tu...

    ReplyDelete
  14. tak tengok pun.. kesian jugak la kt bdk yg kena buli tu

    ReplyDelete
  15. assalam uije..acik pun pernah dengar macam tu..anak2 buat salah sebab tak mau sekolah disitu..supaya dibuang

    ReplyDelete
  16. hmm..
    sian, budak tu cam xde pilihan lain nak slow talk ngan parent ntk berhenti sekolah selain dari melanggar peraturan..

    ReplyDelete

Komen kalian...bicara antara kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...