Monday 29 April 2013

3 Cerita


PAIP BOCOR
Dalam entri lepas (kat SINI), saya ada cerita pasal paip bawah tanah yang bocor dan tuan rumah yang tak dapat saya hubungi. Taktik tak payah bayar sewa tu tak menjadi. Dah sampai hujung bulan pun tuan rumah tak muncul. Akhirnya Sabtu lepas, saya dan suami nekad cari orang baiki paip tu tanpa persetujuan tuan rumah. Nanti kalau tuan rumah tak setuju dengan harga tu, kenalah kami bayar sebahagian. Itu yang kami fikirkan. 


CPUV
Atas alasan tertentu, saya memang sengaja pasang satu ruang je iklan Nuffnang kat blog saya ni. Saya sangkakan kalau kita pasang satu je iklan Nuffnang, kita tak mungkin dapat CPUV kempen. Rupanya masih boleh dapat, tapi hasilnya tersangatlah sikit. Itulah CPUV pertama saya. Baru perasan tadi, tapi dah tamat pun.


MASALAH SOSIAL ANAK REMAJA
Saya belum ada anak, tapi dah pening fikir masalah sosial anak remaja. Anak sedara pun dah kira taraf anak sendiri jugak. Balik malam, asyik menghilang dan macam-macam hal yang buat saya serabut fikir cara nak uruskannya. Yang ni tak boleh cerita banyak, hal keluarga. Yang penting, anak dulu dengan anak sekarang memang berbeza. Bak kata mak saya, dulu besarkan 8 orang anak perempuan tak susah mana pun. Sekarang besarkan seorang anak perempuan (cucu) pun susah sangat. Ditegur buat tak peduli, dikasar nanti lari. Aduhai!



12 comments:

  1. So skrg nie dah repairlah paip yg bocor tu?Tahniah dpt cpuv dr nuffnang.Betul tu ujie nak membesarkan anak2 skrg memang lebih mencabar berbanding dahulu.

    ReplyDelete
  2. ada sorang anak dara pun dah buat saya susah ati gila.. haihh..

    ReplyDelete
  3. 1. biasanya kalau paip yang exposed tu aku buat sendiri je...

    3. persekitaran dulu dengan sekarang berbeza. jadi, cabaran pun tersangat la berbeza...

    ReplyDelete
  4. aihh budak zaman sekarang kita tegur lembut meke buat mogok tau..fenin2 kepala makpak..hih

    ReplyDelete
  5. tak cakap orang lain..anak sedara ita pun sama jugak...tegur sikit terus wat muka...

    dengan mak sedara pun nak gaduh macam gadh dengan kawan2...

    ReplyDelete
  6. susah gak tu owner xrespons...kena decide sendiri la kan sbb lmbt sgt responnya....

    rezeki....orang yang dah lama berblog n pasang tiga2 pun xdpt CPUV tu...:)

    tu la budak2 skang macam2 hal...pening dgn diaorg ni..dgn cikgu pun mcm makwe je layan...adeh...

    ReplyDelete
  7. Kata org masalah anak2 sekarang ialah mereka lebih percaya kawan2 dari org tuanya..Sebenarnya dulu pun mcm tu jugak. Bila dah jadi ibu bapa barulah memahami perasaan dan kebimbangan mak bapa kita dulu...

    ReplyDelete
  8. Tak pe la uji.nanti tolak je sewa.tsk jsn bak vayar bil mahal tiap bulankan

    ReplyDelete
  9. 1. Tuan rumah Ujie kurang prihatin
    2. Kakak langsung tak pasang iklan
    3. Ujian buat ibu-bapa masakini. Sebab itu didik anak kena dari kandungan. Cara hidup Islam kena ikut sepenuhnya tak boleh sikit-sikit sebab environment sekarang mempengaruhi banyak Ujie. Kakak pun takut sebab ketiga-tiga anak kakak perempuan.

    ReplyDelete
  10. semalam nampak live tepi jalan budak sekolah bertumbuk.. depan mak bapak tgh ambik anak plak tu... uishh budak2 zaman sekarang...

    ReplyDelete
  11. tuan umah tu percayakan kak ujie kot sebab tu lewat bayar pun dia rilek je.tak pun dia tak penah cek akaun hehehe

    sat nak cek zi ada tak CPUV hehehe nampak benor kurang ilmu blog

    anak2 dara zaman sekarang memang hebat.tepi jalan pun cium sana sini n sah2 melayu muslim!

    ReplyDelete
  12. betul tu.. skrg susah nk menjaga seorang anak.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****