Thursday 7 March 2013

Biografi - Syed Mokhtar Albukhary


Tajuk: Biografi - Syed Mokhtar Albukhary
Penulis: Premilla Mohanlal
Penerbit: pVm Communications Sdn Bhd
Harga: RM19.90
Muka surat: 207

Buku ini asalnya dalam bahasa Inggeris, dan yang ni adalah versi terjemahan dalam bahasa Melayu. Menariknya buku ni sebab ia turut menyentuh sejarah / isu semasa yang berlaku disepanjang perjalanan hidup Syed Mokhtar. Jadinya selain mengetahui kisah hidup beliau, kita juga turut dibawa memahami peristiwa-peristiwa yang menjadi sejarah negara. Saya dapati penulisan buku ini juga agak terbuka dan berani (korang akan tau bila membacanya). 

Sinopsis
Syed Mokhtar Albukhary merupakan antara hartawan yang terkenal di Malaysia. Namun, tidak banyak yang diketahui mengenainya. Biografi ini, yang berdasarkan temubual eksklusif dan penyelidikan penulis, memberi gambaran serba sedikit mengenai kehidupan masa kecilnya dan keluarganya.

Buku ini juga mengetengahkan hubungan baiknya dengan bekas Perdana Menteri - Tun Dr. Mahathir Mohamad.


Petikan Buku
Ini permulaan kepada apa yang kadang-kadang disebut sebagai 'chopsticks management' (pengurusan chopsticks), yang saya dapati merupakan rahsia di sebalik kejayaan perniagaan orang-orang Cina. Ia berdasarkan prinsip bahawa setiap perniagaan memerlukan dua pemain penting untuk menggerakkan kejayaannya; seorang menjalankan perniagaan, seorang lagi menguruskan kewangan.

Di Syarikat Kenderaan Sentosa (SKS), Encik Yeoh menguruskan perniagaan, manakala Syed Mokhtar menguruskan kewangan. Disebabkan ia hanya syarikat kecil, Syed Mokhtar juga terlibat sama dalam operasinya. Ia juga satu kaedah yang baik untuk membolehkannya mendalami selok belok perniagaan dan membantunya untuk membuat keputusan yang betul dalam soal-soal yang melibatkan operasi dan kewangan.



p/s: Buku ni saya kategorikan 'MESTI BACA'. 

28 comments:

  1. slm sis wah sy mmg antara pmnt beliau.kagum membaca ksh ssh pyhnya sedari kcl hga skrg berjaya ^^

    ReplyDelete
  2. Noted.

    Bagus Encik Yeoh. Uruskan operasi syarikat. Dan serahkan hal ehwal kewangan pada Syed Mokhtar. Di sykt tmpt sy keje, bos sy tak sesekali percayakan org melayu walaupun pnh terjadi org die jugak yg songlap duit sykt.

    =)

    ReplyDelete
  3. ALEASARA:
    cekal dan berani..bijak amik peluang, bijak jalin hubungan.

    FARA:
    tu sbnrnya sykt Syed Mokhtar, dia lantik en. Yeoh sbg pengurus.

    psst..org dia songlap takpe kut..^__^

    ReplyDelete
  4. oh baru kenal.heee selamat pg.

    ReplyDelete
  5. Thanx sudi berkongsi kak..sedikit sebanyak dapat juga mengenali siapa dia...

    ReplyDelete
  6. Hubungan dgn Dr Mahathir juga banyak membantu beliau Ujie.

    Yayasan dan saham yg dimiliki kini tak habis makan keturunannya.

    ReplyDelete
  7. mmg mesti baca ni. selalu org bercakap ttg beliau, tp apa yg diaorg ckpkn tu btl ke x, kita x pasti. klu baca biografi baru la tau perkara sebenar kan?

    ReplyDelete
  8. wah..dah kuar buku pasal dia...mesti banyak pengajaran yang boleh dibelaji dari dia nie..

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  9. Singgah dtg bila sakit berkurang. TQ doanyer ye

    ReplyDelete
  10. Kritikan ke atas beliau ialah berjayanya beliau pun, atas sebab kabel/connection beliau dgn org2 tersebut...

    apa apa pun, yg mana baik dan wajar kita teladani, haruslah kita teladani

    ReplyDelete
  11. kagum dengan dia ni..anak muda kena contohi beliau..

    ReplyDelete
  12. susah nak baca kisah Tan Sri ni di mana-mana majalah..pernah pernah jumpa sekali je majalah tentang dia..dari mula dia buat loan MARA,pernah pelihara lembu..kagum dengan dia sebab lulusan SPM je..sekarang graduan melambak-lambak tak boleh plak nk jadi mcm dia termasuk saya..hins

    ReplyDelete
  13. DADDY Z:
    Lps baca buku ni saya boleh terima secara positif soal 'kabel' tu. sbb beliau mmg seorang yg bijak cari peluang dan bijak menjaga hubungan. Itu antara kunci utk terus berjaya.

    TIHARA:
    Beliau tak abis sekolah pun sbnrnya, takde sijil SPM atau setaranya.

    ReplyDelete
  14. salam k.ujie :)

    terima kasih atas ucapan tahniah hee

    yayasan al bukhari tu dr tokoh y sm ke eh??

    ira jarang bc buku fakta mcm ni..huuu

    ReplyDelete
  15. teringat pulak dengan tazkirah terakhir dr kawan ros....wan suhaii..dia cerita beliau pernah memberikan kesemua hasil titik peluhnya yang pertama kepada ibunya...mungkin degan keberkatan itu beliau berjaya sehingga sekarang..:)

    ReplyDelete
  16. mesti baca?...

    kena cari lah ni

    ReplyDelete
  17. SM Al-Bukhary mempunyai pengaruh besar di Kedah. Anak2 JR prnah bersekolah di SM al-Bukhary dan setiap Jumaat JR bersolat di Masjid Al-Bukhary...

    ReplyDelete
  18. menarik....

    sampai skrg saya tak tahu rahsia tentang kejayaan orang cina dlm peniagaan.

    mungkin jika baca buku ini pasti tahu serba sedikit

    (jika ada buku tu ada mentionkan la)

    ReplyDelete
  19. Tadi tgk Nasi lemak Kopi O, menurut kajian, rakyat Malaysia hanya baca diantara 8-12 buah buku setahun. Tapi saya rasa ujie measti tak termasuk dalam kategori ni, sbb macam dah banyak je ujie review buku dalam sebulan 2 ni.

    ReplyDelete
  20. Antara Individu terkaya di Malaysia..

    Menarik buku ni untuk dibaca

    ReplyDelete
  21. J/IRA:
    yup, Yayasan Albukhary tu Syed Mokhtar punyalah.

    LYD:
    ^__^ saya kan dok sorang2 kat rumah, tu yg dok layan buku/majalah.

    ReplyDelete
  22. Buku yg menarik utk dibaca. Byk ilmu dan pengalaman beliau yg boleh dikongsi bersama. Boleh juga dijadikan penyuntik semangat :-)

    ReplyDelete
  23. Saya sangat berbesar hati sekiranya Tan sri syed mokthar meluangkan masa bersama saya land owner karambunai sabah pengalaman beliau boleh membantu saya mendalami ilmu perlalan hidip economy isam yg berjaya dunia akhirat

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****