My Blogshop :

Friday, 8 February 2013

Isteri Berzakat Kepada Suami, Boleh Ke?

Persoalan:
Ada seorang isteri yang merupakan ahli perniagaan yang berjaya. Bagaimanapun suaminya seorang yang telah diisytiharkan muflis. Lalu si isteri telah bertindak membantu menyelesaikan masalah kewangan suaminya dengan cara memberikan SEMUA wang zakat beliau kepada suaminya.  Persoalannya, adakah syarak mengizinkan perbuatan si isteri tadi?

Jawapan:
Secara asasnya, seorang suami BOLEH menerima zakat daripada isterinya. Kerana suami bukanlah menjadi tanggungjawab kepada isteri. Tambahan lagi orang yang berhutang (al-gharimin) merupakan salah satu asnaf zakat. Berbeza dengan isteri, dia TIDAK BOLEH menerima zakat daripada suami kerana memang tanggungjawab suami untuk beri nafkah kepada isterinya.

Tetapi untuk mencapai matlamat dan roh zakat, sebaiknya isteri TIDAK memberikan SEMUA wang zakatnya kepada satu sasaran asnaf sahaja (iaitu suaminya semata). Kerana ia menidakkan hak asnaf lain dan dikhuatiri menjurus kepada kepentingan peribadi. 

Sebaiknya isteri tadi membahagikan wang zakat kepada TIGA (3) BAHAGIAN, satu (1) bahagian untuk suaminya atas asnaf al-gharimin dan dua (2) bahagian lagi kepada Lembaga Zakat supaya boleh diagihkan kepada asnaf lain. 

*Sekadar jawapan ringkas. Untuk huraian yang lebih terperinci, sila rujuk majalah Solusi isu 51 atau klik DI SINI.


p/s: Selamat bercuti untuk korang semua (tak kisahlah kat mana pun- balik kampung, jalan-jalan atau duduk kat rumah je). Moga semua gembira dan selamat dalam lindungan-Nya.

16 comments:

:: Mrs.Eady :: said...

bagus entry nie..

Kakzakie said...

Sebenarnya memang pun boleh pun apa lagi kalau keluarga terdekat ada yg berhak utk menjadi asnaf. Sebaiknya beri pada yg terdekat sebelum agih pada yg jauh hubungannya.

LiLy @ MaMaQiStInA said...

Thanx for sharing kak...

Selamat bercuti...

ANISRAHIM said...

Agak jelas, wanita skrg berpendapatan lebih tinggi dr suami.

Munnafendy said...

tq..info baru ni :)

ieda immi said...

oooo saya baru tahu
TQ dear ! ;)

C.T.K said...

ok..phm2..nti lau suami bankrap ke, boleh la kita bntu..thank 4 info ye kak ujie :)

Angah said...

baru tahu..

MystoryPic said...

ini la pentingnya berkongsi info.... setengah tu memang kita tak tahu

Azlan Strider said...

owh...ini baru 1st time saya dengar..thanks kak sebab bagi pencerahan.. :D

Regards,
-Strider-

Lia Irdelia said...

wuish..
x pnah tau psl benda ni kak ujie..
uhuhu..

tq!

BUNDA a.k.a KN said...

info yg sangat bermanfaat..tkasih..

Wak Gelas™ said...

wak pon baru tau jugakk.,ahhkS

MulutPayau said...

Terima kasih atas perkongsian ni dear..
Selamat bercuti....

Jna marcello said...

trima kasih atas pemahaman ini kak ;)

zie marziah said...

good sharing kak ujie

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...