Wednesday, 13 February 2013

Hasil Jualan - RM10


Antara aktiviti sempena cuti CNY lalu...jual suratkhabar/majalah/kotak. Biasanya jual kat orang naik lori tu, tapi sejak tahun lepas lori tu dah tak dibenarkan masuk ke kawasan perumahan saya atas alasan keselamatan. Nasib baik kat TESCO (Nilai) ni ada Pusat Kitar Semula, bolehlah jual kat situ. 

Yang jaga kat pusat ni seorang OKU. Lelaki bangsa Cina dengan berkerusi roda dan fasih berbahasa Inggeris. Waktu operasi kalau ikut yang tertulis kat dinding tu, setiap hari dari pukul 10pagi hingga 10malam. Harga jualan kertas (masa saya pergi aritu) 20sen untuk setiap kilogram. Hasil jualan yang kami dapat- RM10. Bolehlah buat ngeteh kat kedai biasa. Yang penting, nak bagi clear rumah. Lagi satu kalau nak jual TV rosak/lama kat sini pun boleh. Tapi cuma dapat RM4 je lah, orang tu kata cuma untuk tolong kita lupuskan TV semata.

Sebenarnya suratkhabar jadi banyak kat rumah saya bukan sebab beli. Kalau beli pun ada la sesekali, yang jadi banyak sebab suratkhabar The Sun yang suami ambil kat stesen LRT masa pergi kerja. Dah bagi free kan, ambik je lah. Lepas tu kalau ada kotak ubat gigi dan seumpamanya pun saya kumpul sekali dengan suratkhabar. Boleh jual sekali. Kononnya nak selamatkan bumilah tu, nak kurangkan sampah. 


p/s: Ada yang masih bercuti? Berbahagialah sesiapa yang masih bercuti kat kawasan tempat tinggal saya ni, sebab dari pagi tadi hujan dan langit pun suram je...^__^

27 comments:

  1. the sun suratkhabar percuma yang banyak iklan. hehee...

    ReplyDelete
  2. SM:
    betul, isinya sikit je kan. Tapi iklan2 tu la yg membolehkan the sun percuma.

    ReplyDelete
  3. Ujie... kakak pun jual semua kotak-kotak yg kakak dapat hasil dari membeli barang keperluan. Botol-botol syampoo/minyak dsb pun kakak jual juga. Tempat kakak ada lori laung-laung sepanjang jalan.

    Dari buang gitu dapat 10 ringgit dah kira banyak.

    ReplyDelete
  4. MRS EADY:
    Kerjaa..satu ibadah..:)

    KAK ZAKIE:
    Oohh..botol syampu pun boleh jual rupanya. rugi tak jual nih..

    ReplyDelete
  5. tempat ktorang stiap minggu ada lori dtg amik..botol2 minyak & shampoo pun diorang amik jugak..

    Tempat ktorang ni pun mendung jer..hari2 hujan...

    ReplyDelete
  6. dapat duit jugakkan.. daripada membuang gitu jer.. selamatkan alam hihihihihi.....

    ReplyDelete
  7. RM10??kira bayak gak laa tu..dulu sy rajin gak jual2 paper nie tapi bila zaman dah moden nie jarang dah beli paper..semua baca kat internet..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  8. Bagus..boleh menjana wang...Saya selalu balik Nilai rumah mertua, tak perasan pula ada pusat ni di Tesco..boleh la jual kat sini..:)

    ReplyDelete
  9. hhahaa.. sy amik cuti tambahan,, yahooo... :)

    ReplyDelete
  10. Daddy Z:
    Bgnn ni terpisah dgn bgnn tesco, dan agak jauh. Tu yg tak perasan. Saya pun baru2 ni je perasan.

    ReplyDelete
  11. wak pon byk suratkabar lama kt umah tuuu.., ehHHHe

    ReplyDelete
  12. dari buang saja2 boleh jugak dpat hasil kan kak..go green..tapi kalo yana kat umah bakar jer..kikiki

    ReplyDelete
  13. RM10 pun duit kan..... ngeteh dah lepas utk 2 org

    ReplyDelete
  14. assalam uije..acik dah kerja dah..tak cuti pun..

    ReplyDelete
  15. Kalau dekat nak jugak gi hantar. Byk barang boleh kitar semula ni.. Hehe

    ReplyDelete
  16. memang seronok kan kalau cuti3 ni hujan.tapi ros dah abis cuti..:) huhuhu..

    ReplyDelete
  17. Minggu lepas JR jual kotak dan surat khabar lama, hampir penuh satu kereta dapat cuma RM9 lebih, lepaslah beli ais krim utk budak2....

    ReplyDelete
  18. ok jugak tu dapat 10 ringgit...

    ReplyDelete
  19. suami saya hari2 beli surat kabar.jual semula setahun sekali iaitu hujung tahun..sebab nya suami saya ni bila dia teringat apa2 berita dia akan geledah buka cari balik surat kabar yang ada berita tu..gigih tau padahal boleh je dia google,tapi dia tak suka baca surat kabar online.sebab tu dah hujung tahun baru jual suratkabar tu.heheh..kadang2 dia masuk dalam stor lama sangt.ingtkan buat apa rupanya baca suratkabar yang lama2 tu..tapi tu la yang boleh jadi bahan kami berbual..hehehe...sekali jual boleh dapat seratus tau sebab suami saya hari2 beli suratkabar lebih dari satu..hehe

    ReplyDelete
  20. surat khabar tak ada khabar melainkan khabar iklan je bersepah tu..haha

    ReplyDelete
  21. alhamdulillah....rezeki kitar semula tu.

    ReplyDelete
  22. Oo.. ada eh pusat kitar semula kat tesco? Kalo tin aluminium boleh jual tak kat situ?/

    ReplyDelete
  23. LYD:
    boleh. tapi cuma RM2 sekilo. Kami dah bwk, tapi sbb murah sgt sanggup tak jual. Dulu2 pernah RM7/kg tau.

    ReplyDelete
  24. area umah saya xtau nak jual kat mana..ada lori masuk tapi mana nak dengar kalau umah nun atas langit.selalunya sy letak tepi tong sampah je sebab pernah nampak ada pakcik tua yg akan kutip benda2 recycle..kira sedekah kat dia je la hehehe

    ReplyDelete
  25. :) yg pasti umah clear...hihihi

    ReplyDelete
  26. saya baru je bg kotak/surat khabar lama2 yg tahun lepas punya kat kawan suami...boleh dia jual. kalau sy dgn suami mmg malas nak angkut pi jual. dr buang je dlm tong smph baik bagi kt org kan..boleh gak diorg pi jual. niat lebih kurang mcm sedekah..boleh ke cmtu kak?

    ReplyDelete

Komen kalian...bicara antara kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...