Thursday, 28 February 2013

Belajarlah Membezakan

Belajarlah membezakan...
Apa itu kerajaan dan apa itu parti politik.

Fahamilah...
Bantuan, subsidi dan segala kemudahan untuk rakyat,
Adalah pemberian daripada kerajaan.
BUKAN pemberian daripada parti politik.
Pemberian yang menjadi tanggungjawab kerajaan,
Untuk membela rakyat di bawah naungannya.
Dengan menggunakan hasil kemakmuran negara,
BUKAN dengan hasil kutipan wang sesebuah parti politik.

Lalu, berterima kasihlah kita kepada kerajaan.
BUKAN kepada parti politik yang diberi kuasa menjadi kerajaan.
Atau mungkin tak perlu berterima kasih,
Kerana ia sebuah tanggungjawab kerajaan kepada rakyat.

Jadilah rakyat yang matang!

-----------------------------------------------------------------------------------
Ada yang kata, kenapa terima bantuan kalau tak sokong kerajaan Parti XY? Jawapannya, kita terima bantuan dari kerajaan dan bukan dari Parti XY. Juga ada yang kata, kalau dah terima bantuan haruslah undi Parti XY. Kalau benar begitu, ini adalah rasuah. Rasuah adalah haram.

Dan pernahkah kita terfikir, bagaimana dengan orang-orang yang membayar cukai pendapatan? Tanpa mengira parti politik mana yang disokong, mereka tetap membayar cukai kepada kerajaan Parti XY. Dan hasil cukai itulah yang digunakan untuk menggerakkan sebuah kerajaan, juga untuk bantuan rakyat. Mereka bayar kepada kerajaan, bukan kepada Parti XY.


p/s: Ini sekadar perkongsian pandangan peribadi, tidak lebih daripada itu.

32 comments:

  1. saya pun kdg peliklah pdgan masyarakat ni.. contoh terima bantuan tu lah.. haaaaaaa ko sokong xy yer... aku yz, sapa amik bantuan tu... dr xy, padahal itu mmg hak kt dapat.. kerajaan bg.. bkn dr xy atau yz pun huhuhuhuhu...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum...bunda singgah nak kutip cukai..hehehe...

    ReplyDelete
  3. btul tu, yg sokong parti laen juga bekerja, menyumbangkan ilmu dan tenaga kpd negara, bayar cukai mcm yg laen..jd x wujud istilah klau dpat sekian2 kne sokong parti sekian2..

    ReplyDelete
  4. Dah tak lalu cerita politik sekarang ni. Kita semua harus matang untuk memilih. Keputusan di tangan sendiri. Marilah VOTE! Hehehe

    ReplyDelete
  5. Cantik!!

    Ikhlas/jujur luahan hati kakak ini Ujie.Betul apa yg diperkatakan. Tanggungjawab kerajaan tak sama sekali dgn rasuah. Kalau anggap yg diberi itu dari parti dia bermakna itu adalah rasuah. Harap ramailah yg baca N3 ini. Kalau boleh dijadikan N3 melekat sehingga PRU kakak suka Ujie.

    ReplyDelete
  6. terbaik la entry ni ujie..sbb kita pun sekarang ni baca mcm2 komen kat fb pasal bantuan yg diberi dikaitkan dgn politik..

    ReplyDelete
  7. Itulah masalahnya banyak yg tak dpt bezakan antara kerajaan dan parti. Kerajaan adalah seperti kereta, pemandunya ialah parti. Mungkin hari ni parti A jadi pemandu, esok pula parti B jadi pemandu. Pemandu boleh bertukar, tapi kita penumpang tetap berada dlm kereta yang sama. Dulu kita naik kereta tu, esok pun kereta tu juga.

    Jangan kata pemandu B tak pandai bawa kereta, jika kita tak pernah beri peluang dia bawa kereta. Jangan kata jika pemandu B bawa kereta ia akan masuk parit, kerena kita belum memberi peluang kepadanya, macam mana kita tau dia akan bawa masuk parit? Entah2 dia 10 kali lebih cekap bawa kereta dari pemandu A dan lebih pandai menjimatkan minyak kereta??

    ReplyDelete
  8. Salm kenal dan follow #388

    Fahaman politik yg berbeza-beza tu yg membuat fikiran pun berbeza-beza kan..

    Sila jemput ke blog saya cahayahidupku2569.blogspot.com

    ReplyDelete
  9. yang setuju dengan apa yang kak ujie kata tu....yang di beri tu sebenarnya duit kita....bukan duit parti ok....

    ReplyDelete
  10. salam kenal. singgah sini terus tinggal jejak. jom tukar link, citer dan pendapat

    ReplyDelete
  11. org kata rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. org memberi kita merasa..bersyukurlah, kalo tak nak , banyak songel tak payah amik....

    ReplyDelete
  12. Salam kenal Ujie. Masuk membalas kunjungan wpun ada rasa segan belum berkenal-kenal. :)

    Suka entri pendapat ini. Memang ramai yang kurang faham tapi masih cuba bercakap dan mempengaruhi orang lain pula.

    ReplyDelete
  13. salam akak
    setuju sgt lah ngan kata2 akak nie ...
    harap2 semua buka mata ..
    menyokong dan menerima sesuatu yg berbeza ..

    ReplyDelete
  14. haah betoi tu..cepat2 lah pilihanraya..lemas dah rasanya

    ReplyDelete
  15. part bayar cukai tu mmg tak boleh lepaslah kan pada yg berkenaan tak kira apa pun dia sokong.

    ReplyDelete
  16. suka entry ni.
    kita kene pandai membezakan.
    rasanya bnyk kemudahan da diberikan dan dinaiktaraf, tapi masih ada lg bunyi2 yg x sedap didengar. bersyukur la dgn apa yg ada skg ni.

    ReplyDelete
  17. saya dah lama tekankan bahawa, kita tak perlu berterima kasih kepada kerajaan, sebab itu tanggungjawab Kerajaan, Kerajaan dilantik utk bekerja utk rakyat, bukan sebaliknya. Konsep 'membalas budi' dalam budaya org melayu / Malaysia ni kadangkala ada yg tak relevan.

    ReplyDelete
  18. setuju sangat2 dgn apa yg k.ujie tulis. Yna pn pikir benda yg sama cuma taktaw nak luahkan secara tepatnya mcamana.

    kata bg br1m dari kerajaan, tp bila pergi majlis terpampang dari barisan nasional n ceramah politik. Nasibla labu. Tak sabar nak mengundi!

    ReplyDelete
  19. betul tu kak..ramai yang salah tafsir pasal situasi yang sebenar terjadi..tapi ade juga yang manipulate situasi tu menjadi satu political issue..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  20. mcm kes sms tu la kak ujie kan..dah bagi bantuan pastu suh kita undi parti xyz plak..tah hape2..sy setuju sesangat dgn pandangan kak ujie ni..

    ReplyDelete
  21. KAK ZAKIE:
    Segan pulak saya nak jadikan entri melekat, kot ada yg salah faham.

    JR:
    Yeah..satu analogi yg baik!

    ReplyDelete
  22. Setuju sangat2 dgn apa yg ditulis......

    ReplyDelete
  23. ramai yg kurang memahami dan keliru sebenarnya

    ReplyDelete
  24. betul tu, ct pon pelik...dorg mrh2 klau prti lain amek..lain kli,tulis besar2, hanya parti tertentu sahaja dpt amek :D

    ReplyDelete
  25. Amboi, JR punya analogi. Betul jugak ye.

    Past yg cukai tu... saya mmg tak ikhlas nak byr. Heheh. Sebab kalau negara islam, sepatutnya hanya kena bayar zakat je. Itu baru sebut pasal cukai pendapatan. Kalau cukai beli makanan kat KFC ke, kat restoren2 yg femes2 lagi le sakit hati.

    ReplyDelete
  26. muger2 negara akan tetap aman damai sejahtera sentosa senantiasa..,aminn ya robbal alaminnn

    ReplyDelete
  27. salam kenal...

    sebuah sajaK penuh makna.
    tersurat dan tersirat..
    sama-sama kita renungkan...

    ReplyDelete
  28. setuju sangat...itu memang amanah dan tanggungjawab mereka..bukan soal kepartiaan...

    ReplyDelete
  29. tapi masaalahnyer masih ramai lagi yg kurang faham !

    ReplyDelete
  30. dari dulu memang saya fikirkan macam itu, sokong entri akak :)

    ReplyDelete
  31. kan..
    susah betul kdg kalau semua benda pun d politikkan..
    huhuhu

    ReplyDelete

Komen kalian...bicara antara kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...