Friday, 11 January 2013

Zakat Untuk Ibu Tunggal, Layakkah?

Saya bangkitkan hal ni sebab saya dapati masih ada yang memberi wang zakat kepada IBU TUNGGAL, sedangkan ibu tunggal terbabit tidak termasuk dalam asnaf (golongan yang berhak). Jika disebut 'ibu tunggal', orang biasanya akan mengaitkan dengan kemiskinan. Dan terus terfikir mereka layak dapat zakat. Hakikatnya bukan semua ibu tunggal hidup dalam keadaan fakir atau miskin.

Untuk itu, kita kena tahu dan faham siapakah golongan yang berhak:
  1. Fakir (tak berharta, tiada mata pencarian atau hasil pendapatannya tidak sampai separuh untuk keperluan asas).
  2. Miskin (ada harta atau hasil pendapatannya sekadar dapat menampung separuh/lebih untuk keperluan semasa bagi diri sendiri dan tanggungannya).
  3. Amil (pemungut zakat yang ditauliahkan pemerintah).
  4. Muallaf (baru memeluk Islam)
  5. Riqab/Hamba
  6. Mereka yang berhutang (ada syaratnya)
  7. Fi Sabilillah (berjuang untuk kepentingan/menegakkan Islam).
  8. Ibn Sabil (musafir untuk tujuan baik dan telah kehabisan belanja).
Sekarang kita tengok, jika ibu tunggal terbabit memang termasuk dalam mana-mana golongan di atas maka layaklah dia mendapat wang zakat. Jika sebaliknya, maka tak layak. Kesimpulannya, jangan terus mengaitkan ibu tunggal dengan orang yang berhak terima zakat. Tapi perhatikan faktor kelayakkannya dulu. Begitu juga dengan anak yatim, ada yang layak dan ada yang tidak.

*untuk huraian lanjut golongan yang berhak terima zakat, sila KLIK SINI.


p/s: Jangan tanya soalan zakat kat saya tau (sebab bukan pakar), sila klik link kat atas dan tanya kat ruangan komennya.

22 comments:

  1. terima kasih berkongsi tentang ini. mesti ramai ibu tunggal di luar sana perlukan info begini untuk yang memerlukanlah

    ReplyDelete
  2. Mereka yg memebuat senarai list siapa yg layak itu kena tahu background org tersebut. Kalau tempai kakak memang kena lihat dulu Ujie, sebab ramai janda kaya sekarang nie kan... apa lagi anak-anak semua dah berkerjaya baik.

    ReplyDelete
  3. KAKZAKIE:
    Yg biasa silap ni sbb nk bagi sendiri zakat, tak melalui amil. Asal tau ibu tunggal je terus bg.

    ReplyDelete
  4. Ada juga ibu tunggal yang tak tahu apa yang hak apa yang tidak buat mereka...

    ReplyDelete
  5. Tu pasal yg terbaik, bayarlah zakat menerusi amil/institusi yg dilantik...

    ReplyDelete
  6. tq utk info ini akak.. =) L lemah seket2 bab2 nih..

    ReplyDelete
  7. Biasanya golongan ibu tunggal ni termasuk dalam kategori 2. Jarang sgt ibu tunggal yg kaya. Agaknya sbb tu termasuk dalam senarai pemberian wang zakat. Tapi apapun, pihak berwajib perlu siasat betul2 latar belakang penerima zakat. Supaya yang berhak dapat, tidak diabaikan.

    ReplyDelete
  8. hehe..mak datinnggg pun ada dikalangan ibu tunggal kan? bagus juga ada perkongsian macam ni..:)

    ReplyDelete
  9. kadang2 sedih bila tengok wang zakat yang dikumpul banyak2 tu tak dapat sampai ke golongan yang betul2 memerlukan..

    ReplyDelete
  10. jika anak yatim piatu cam akak? hihihihi

    ReplyDelete
  11. Di Kedah pelajar2 yg dpt masuk IPTA dapat bantuan zakat di bawah asnaf fisabilallah, tak kira org tu kaya atau miskin, asal Islam mesti dapat. Sebab tu tengok ramai penerima zakat pakai kereta mewah spt Mercedes dan BMW....

    ReplyDelete
  12. jadi kena sahih betol2 lah ni...

    ReplyDelete
  13. kadang2 ada anak je kaya..sian kat mak dia terkontang kanting kat kampung tak ambik peduli..tu macam dah lari topik..

    kena siasat betul2 la kan sebelum bagi zakat..kesian orang yg sepatutnya dapat, tak dapat pulak..

    ReplyDelete
  14. Kadang2 ada orang yg sepatutnya dapat tapi tak dapat....

    ReplyDelete
  15. paling selamat bagi kat muallaf.penerangan dr org pusat zakat walau muallaf tu kaya, dia ttp layak terima.wallahualam...

    ReplyDelete
  16. paling selamat bagi kat muallaf.penerangan dr org pusat zakat walau muallaf tu kaya, dia ttp layak terima.wallahualam...

    ReplyDelete
  17. tq info ni bagus..mintak izin nak copy..nak print bagi kawan saya...baca...

    ReplyDelete
  18. saya ibnu sabil kak..nak zakat..ehe

    ReplyDelete
  19. betul tu kak..sebab ade ibu tunggal yang mewarisi kekayaan bekas suami...thanks 4 sharing da info kak..

    Regards,
    -Strider

    ReplyDelete
  20. betul sebb ada jugak yang kaya raya... tapi ramai jgk yang miskin.. dan mungkin sebab itulah golongan ini termasud sekali...

    ReplyDelete
  21. selidiki sebelum buat kesimpulan.. x gitu ujie

    ReplyDelete
  22. kena perhati btul2x kelayakkan ibu tunggal tu sblm memberi...kerana takut ada lg yg lbh berhak menerima...

    ReplyDelete

Komen kalian...bicara antara kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...