Wednesday, 9 January 2013

The Telekung Project

(untuk berita penuh sila ke SINI.)

----------------------------------------------------------------------------

Kisah di atas adalah pencetus  kepada 'The Telekung Project'. Iaitu projek membasuh telekung waqaf, usaha yang sangat baik. Saya tau mengenai projek berimpak besar tapi kelihatan kecil ni selepas seorang pelanggan membeli semua stok telekung kanak-kanak yang ada pada saya. 

Mulanya saya musykil, sebab pelanggan ni cuma nak beri nama dan alamat SELEPAS bayaran dibuat. Biasanya pelanggan beri nama & alamat, barulah saya beri nombor akaun bank untuk bayaran. Lepas bayar, dia beri alamat untuk pos. Hairan sikit sebab dialamatkan kepada The Telekung Project. Terus saya buat carian, dan akhirnya faham yang pelanggan tadi ni nak dermakan telekung rupanya. Alhamdulillah...baiknya hati dia! Juga orang yang menggerakkan projek mulia ini. Semoga Allah merahmati hidup insan-insan berhati mulia ni. 

Korang boleh ke link Fb kat atas untuk membantu usaha ini. Atau kita boleh buat projek sendiri, waqafkan satu set telekung kita dan gantikan satu set yang sedia ada di musolla/surau awam untuk dibawa balik dan basuh. Lepas basuh kita pulangkan, dan ambil pulak set telekung yang lain untuk dibasuh. Moga ia menjadi saham akhirat kita dan membantu muslimah lain lebih khusyuk dalam solat (sebab guna telekung bersih).


p/s: Memang sebelum ni ada terfikir nak buat, tapi tak pernah direalisasikan. Sebab memang bawa telekung sendiri ke mana-mana. Lepas ni, kena ubah cara berfikir!

22 comments:

  1. kagum kn dgn admin TP ni..kehulu kehilir ligat uruskan family dan TP..

    ReplyDelete
  2. Telekung dan sejadah surau taman kakak selalu memang kakak yg cuci. Biasa abang ambil bawa balik lepas Isyak dan hantar balik masa nak solat maghrib.

    Kisah TTP ini pernah masuk TV kalau tak silap kakak. Murni tujuan dia kan..

    ReplyDelete
  3. pernah baca pasal ni..bagus kan niat dia.sy pun macam kak ujie,kalau g jalan jauh2 bawak telekung sendiri.kalau tak bawak pun memang bernasib baik sbb telekung surau @ masjid bersih n wangi

    ReplyDelete
  4. murni sungguh kerja sosial ni...

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah..mulia sungguh hatinya..Moga Allah merahmatinya..

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah, semoga kebaikan berpanjangan dan mendapat keberatan Illahi

    ReplyDelete
  7. Klu bkn Ujie yg hebahkan, sy tatau pun psl TTP ni. Sy respek dan kagum dgn usaha dia. Sy nak terjah blog die. Menarik.

    ReplyDelete
  8. JR pernah baca mengenai perkara ini tapi tak ingat di mana. Kdg2 kita terlupa sumbangan yg nampak sekecil itu membawa impak besar kpd muslimin lain. Semoga Allah melanjutkan usianya utk terus berbakti kpd agama kita....

    ReplyDelete
  9. sebagai lelaki tak tau plak ade masalah macam tu kat surau2 public..biasanya kalau kat surau2 memang ade AJK2 yang bawak balik basuh..apa2 ptojek telekung nie memang satu project yg murni...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  10. bagsunyaaa.. dapat pahala.. lagi bagus kalau siap2 dah pakai pakaian yg menutup aurat.. xyh gune telekung dah pun boleh solat terus..

    ReplyDelete
  11. saya ni jenis selesa dengan telekung sendiri, memamng nak pakai telekung sendiri.je..memang tak pakai yang surau punya...dalam keretA memang stnby telekung untuk kat luar.sebab tu tak pernah terpikir cara yang mereka buat nih..hehehe..lepas ni boleh la ikut macam diorang.

    ReplyDelete
  12. saya baru je like page telekung project ni tapi tak sempat nak buat entry tentang tu..tapi memang bangga dengan pengasasnya..alhamdulillah :)

    ReplyDelete
  13. nice entry, memberi kesedaran pada orang lain juga..teringat sewaktu menghabiskan masa di masjid dengan menelaah buku untuk final bersama kawan..kami masing3 bawak balik telekung di masjid al-azhar kuis untuk dibasuh dan setelah dibasuh dibawa kembali telekung tersebut dan letak pada tempatnya..teringat satu kisah seorang wanita yg selalu singgah utk solat dimasjid-masjid mesti dia bawak telekung baru utk diwakafkan dan pada saat Allah menjemputnya..muka wanita tersebut berseri-seri dan bercahaya..kite rse akk pun tahu jugak kot kes ni..sebab kwn yg ceritakan..nampak remeh kadang kala, ala..pasal telekung je..org akan ckp remeh..tapi pahalanya berganda..semoga allah bls kebaikan akak dengan sebarkan benda bermanfaat ni..:)

    ReplyDelete
  14. Mengagumkan! sy selalu je bwk telekung sendiri.

    ReplyDelete
  15. usaha yg beterusan... lps telekung bg selipar pula.. sbb kat masjid atau surau pyh nak jumpe selipar lps amik solat... kdg² selipar yg ada tak semengah jer...

    ReplyDelete
  16. sy dpt inspirasi dr the telekung project ni utk buat sesuatu..dh jalankan dh pun, sorg2 je..hehe..tp sjk dh berisi ni, sy kurangkan dlu..xlarat dh. ape lah kabar telekung2 kat msjd tu gamaknya.

    ReplyDelete
  17. usaha yang baik kak.tak dapat sokong dengan duit pun kena sokong dengan moral kita.. :)

    ReplyDelete
  18. betul jugak pendapat masya..saya pun perasan kadang2 selipar banyak..nanti datang sekali lagi..sebijik pun takde..susah kan mentaliti jenis selipar pun nak curi..hmm

    ReplyDelete
  19. alhamdulillah..walaupun kita nampak remeh tapi kita tk tahu pahala yg kita dapat...

    ReplyDelete
  20. CK:
    kuat betul semangat dia kan..

    KAKZAKIE:
    bagusnyee usaha akak tu. :)

    ZIE:
    kalau kat stesen petronas/mall2, telekung biasanya kotor. tu yg perlu projek ni.

    FARA:
    saya pun baru tau. hebahkan supaya kita pun dpt inspirasi.

    AZLAN:
    tu surau kat perumahan/kg mmg ada ajk. Kalau surau kat sesetengah mall atau kat stesen minyak mmg tak berbasuh.

    L:
    walau dah pakai tutup aurat, saya pakai telekung (tanpa kain) gak sbb tak yakin masa rukuk/sujud..kot ada terselak.

    ReplyDelete
  21. DIANA:
    tu la pasal. lps ni kena rajin tlg basuh..

    TIHARA:
    bangga & terharu dgn semangatnya. inspirasi utk kita.

    ROS:
    alhamdulillah..ros pun dah lama buat projek sendiri ya. :)
    cerita psl wanita tu mmg beri teladan dan semangat kan?

    MASYA & TIHA:
    wah..betul2. sokong sgt, kita buat projek lain..selipar!
    saya pernah nak terjatuh sbb guna selipar masjid yg dah abis 'bunga'.

    MUN:
    Alhamdulillah..Insya Allah kebaikan mun turun kat baby dlm kandungan. :)


    ReplyDelete
  22. usaha yg sgt bgus....klu dipraktikkan dlm rmai2x ni mesti bersih je telekung yer... :) tp slalu ayut bwk sndri..hihihi..sng..usaha murni mcm ni mmg ptt digalakkan lg..

    ReplyDelete

Komen kalian...bicara antara kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...