Monday, 21 January 2013

Takdir Itu

Sabtu, 19 Januari 2013
Lewat senja itu saya menerima khabar dari kampung,
Salah seorang abang ipar saya telah kembali ke Rahmatullah.
Tersentak seketika. Tak terkata.
Sesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nya kita akan dikembalikan.

Ahad, 20 Januari 2013
Kira-kira jam 6.40 pagi memulakan perjalanan dari Bangi ke Pontian.
Alhamdulillah highway PLUS pagi itu agak lengang.
Saya dan suami sempat tiba di rumah keluarga abang ipar sebelum jam 10 pagi.
Dan suami sempat juga menyertai solat jenazah.

Air mata saya tak mampu ditahan lagi,
Tika melihat tangisan dua orang anak saudara yang kehilangan ayahnya.
Semoga mereka kuat dan tabah melalui perjalanan hidup yang masih panjang.


-------------------------------------------------------------------------------------

Buat pertama kalinya semalam kami balik kampung dan kembali ke rumah dalam masa sehari. Terasa letih tetapi lega sempat bersama kakak dan anak-anak saudara di saat mereka bersedih. 

Abang ipar saya maut disebabkan terlibat dalam kemalangan jalan raya di simpang empat traffic light Balai Polis Pontian (yang lama). Semasa kejadian, traffic light gagal berfungsi dan dia yang menunggang motorsikal dilanggar dari belakang oleh sebuah kenderaan 4WD. Semoga Allah merahmati rohnya...

24 comments:

  1. assalam ujie..salam takziah buat keluarga dan alfatihah buat arwah

    ReplyDelete
  2. Innalillahhiwainnailaihirojiun...

    ReplyDelete
  3. al-fatihah.. moga rohnya dicucuri rahmat...

    ReplyDelete
  4. slm takziah,sis.smga roh arwah ditempatkan dlm glgn yg beriman,dan zuriatnya sentiasa dilindungi Allah SWT.

    ReplyDelete
  5. salam takziah..Al-fatihah.. moga roh arwah di tempatkan d kalangan orang2 yg beriman..

    ReplyDelete
  6. Innalillahi wainnailaihiroji'un... dari Dia kita dtg dan kepadaNya juga kita kembali Ujie. Dekat situ dah berkali-kali accident Ujie. Hari itu Honda terpusing boleh dari arah nak ke Kukup boleh terpusing masuk arah jln ke Benut.

    Kita sedih apa lagi kakak dan anak-anak buah Ujie. Moga mereka sabar,tabah dan redha...

    ReplyDelete
  7. Takziah kak atas pemergian arwah..semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang beriman..al-fatihah..

    Salam Takziah,
    -Strider-

    ReplyDelete
  8. Innalillah...

    Rakziah utk awak sekeluarga.

    =(

    ReplyDelete
  9. innalillah..takziah buat ujie sekeluarga..semoga roh arwah ditempatkan bersama golongan yang beriman..

    ReplyDelete
  10. takziah buat family akak. al-fatihah. moga arwah ditempatkan dalam golongan para solihin.

    ReplyDelete
  11. al fatihah ujie...takziah...

    ReplyDelete
  12. TERIMA KASIH ATAS UCAPAN DAN DOA SEMUA YA..

    ReplyDelete
  13. Semoga Allah merahmati rohnya...amin,...

    ReplyDelete
  14. takziah, semoga arwah dicucuri rahmat

    ReplyDelete
  15. al fatihah untuk arwah..
    takziah untuk ujie dan famili arwah..
    moga tabahkan hati

    ReplyDelete
  16. Al fatihah...
    Semoga roh arwah di tempatkn bersama2 dgn hamba2 allah yg soleh..

    Semoga tabah mnghadapi kehidupn ini

    ReplyDelete
  17. Al fatihah...
    Semoga roh arwah di tempatkn bersama2 dgn hamba2 allah yg soleh..

    Semoga tabah mnghadapi kehidupn ini

    ReplyDelete
  18. Al fatihah...
    Semoga roh arwah di tempatkn bersama2 dgn hamba2 allah yg soleh..

    Semoga tabah mnghadapi kehidupn ini

    ReplyDelete

Komen kalian...bicara antara kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...