Tuesday 29 January 2013

Minuman Tanpa Alkohol, Tapi HARAM.


Minuman di atas saya temui di rak minuman biasa, di sebuah pasaraya besar.
Disebabkan ia minuman TANPA ALKOHOL, maka ia tidak dikategorikan 'NON-HALAL'.
Tapi bila dilihat pada pengilangnya, minuman ini telah dikilangkan oleh CARLSBERG.
Status minuman ini pastinya mengelirukan ramai umat Islam, termasuk saya.
Bukanlah bermaksud saya berminat nak minum, tapi merasa perlu ambil tahu.
Jalan mudah memang ada, tiap-tiap yang meragukan (SYUBHAH) perlu ditinggalkan.

Menurut fatwa kebangsaan, minuman ini berstatus HARAM.
Isi kandungan fatwa yang berkaitan status minuman ini:
'Manakala minuman ringan yang dibuat dengan niat dan cara yang sama seperti proses membuat arak, sama ada mengandungi banyak atau sedikit alkohol atau alkoholnya disuling adalah haram diminum.'
Ayat mudahnya ia haram kerana dikilangkan oleh Carlsberg (kilang arak).

Minuman lain yang mengelirukan adalah seperti Anglia Shandy & Jolly Shandy.
Keduanya adalah produk syarikat pengeluar arak dan memang mengandungi campuran arak.
Malangnya produk sebegini selalu diletak pada rak minuman biasa.
Kenapa tiada tindakan untuk kes begini? Kerana tiada peruntukan undang-undang.
Jadinya sebagai pengguna Muslim, kita sendirilah yang ambil inisiatif untuk berhati-hati ya.


*mohon korang 'LIKE' page Fb SahabatHalalMalaysia untuk lebih info/ilmu dari masa ke semasa.
# Perenggan ini telah di update dengan info lebih tepat pada 31/1/2013.

25 comments:

  1. stereotype punya alasan, takde peruntukan undang-undang. padahal undang-undang tu pun mereka jugak yang buat...

    (buat-buat tak nampak je kot)

    ReplyDelete
  2. SM:
    tula kan..dah tau takde, buatlah peruntukan undang2 berkaitan. kata negara islam..:)

    ReplyDelete
  3. undang undang boleh dibuat..tapi "takut" nak buat.."takut" itu "takut" ini..sebab tu saya rasa ada masa kat luar negara lebih mudah.. garis antara halal dan haram macam line hitam putih..jelas.. tapi di negara sendiri kelabu asap.. kejap halal kejap tak..

    haram sebab tak dapat sijil dari jakim..atau haram sbb mmg mengandungi bahan yang haram pun masih susah nak beza..haihh..

    ReplyDelete
  4. owh ye ke, macam biasa nampak tapi sy tak terlintas pon nak cari..apa lagi meminumnya. produk calrsbeerg eh ?

    ReplyDelete
  5. RAI:
    setuju sgt dgn komen rai!

    PCL:
    haruslah biasa nmpak, sbb dah lama dlm psrn. Cuma kita tak minum, jd tak perasan hal ni.

    ReplyDelete
  6. Ohh..baru saya tahu ianya dikeluarkan oleh kilang Carlsberg...saya tak pernah minum air ni...

    saya sedih sebab isu halal haram pun jadi mainan orang politik kat malaysia ni..

    ReplyDelete
  7. Ujie...ape2 jenis minuman yg bertulis shandy mmg tak boleh minum sbb ade peratus alkohol.

    Errr, halal haram tak ketat sbb yg bt undang-undang pun suke langgar undang-undang. Klu tak undang-undang duniawi, undang-undang agama pun selamba je langgar.

    =(

    ReplyDelete
  8. FARA:
    Thanks a lot atas info SHANDY. Minuman ni pun turut dicampur dlm rak minuman biasa..

    ReplyDelete
  9. Bila cakap tak serupa bikin Ujie apa pun boleh terjadi. Konon nak ketatkan berkaitan halal-haram tapi benda begini buat tak nampak.

    Air macam ini pun ada di pasaran. Habis kalau budak-budak mesti tak faham.

    ReplyDelete
  10. macam pernah minum sekali .. masa belajar dulu.. kawan belikan... seyes tak sedapp.. dikilangkan oleh carslberg rupenya... mmg dah tak pernah minum.. itu jerlah sekali tu pun x habis.. sebab mmg x sedap... bnyk lg air lain boleh minum...

    ReplyDelete
  11. erm..bnda2 ni kita lah sendri kena amik inisiatif utk bhati2. sy pelik jgk, knp lah negara ISLAM mcm NEGARA KITA ni pun masih blur lagi psl isu halal haram?

    kalo kak ujie rajin, ce tengok2 status halal minyak yuyi yg org dok cakapkan skrg nih. JAKIM dah kuarkan statement yuyi tak pernah mohon sijil halal. jd pdebatan plak sy dgn fendy..katanya knp jakim tak amik tindakan sbb iklan dh bleluasa, pakai pulak model melayu...sy cuma ckp, jakim takde kuasa...padahal sy pun blur..sape yg patut amik berat bnda2 ni kalo dh jakim pun terbatas??

    ReplyDelete
  12. Nak buat cemana ujie, kalo arak pun boleh dikilangkan kat Malaysia. Inikan pula air2 mcm ni. Lagi la longgar, sbb 'takde' alkohol' kan?

    ReplyDelete
  13. lepas ni sebelum beli kena belek betul2 la..pelik betul isu2 macam ni suka sgt pandang remeh

    ReplyDelete
  14. kena berhati-hati skang ni,,, yg nmpk pelik2 kompom x beli

    ReplyDelete
  15. orang punye kedai tak prihatin la..kalau yang pakai beli je cemana..kan??

    ReplyDelete
  16. X pernah plok jupe..tp sekrang ni memng x minum apa jenis air segera

    ReplyDelete
  17. Bila teringat hal2 arak ni selalu teringat Mirzan, anak lelaki Tun Mahathir yg menguasai syarikat arak San Miguel....

    ReplyDelete
  18. thank u for sharing
    pernah hampir terbeli coz my frined chinese selalu minum air ni
    nasi tak beli sebab masa tu tekak terasa nak minum AnW

    ReplyDelete
  19. xprnah nampk tp klau jupe akn dielakkan..thank 4 info ni kak ujie ..

    ReplyDelete
  20. betul kak..saya dah lama tak minum malta nie..last rasanya time sekolah menengah..dah laa rasa tak sedap..hehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  21. KAKZAKIE:
    saja je pengeluar buat air gini, mcm perangkap pun ada.

    MASYA:
    masa tu tak tau..khilaf, takpelah.

    MUN:
    sepatutnya bwh kuasa jakim (mewakili pemerintah negara), tapi sbb blm ada peruntukan undang2 utk wajibkan sume produk mohon sijil halal..maka takde apa jakim boleh buat. Kita sendirilah yg kena aware.

    LYD:
    betul sgt!

    ZIE:
    yelah, sblm beli belek label abis2.

    KHAI:
    mmg pelik la kan, bila siap tulis 'tanpa alkohol'.

    DIANA:
    tokey kedai non-muslim, apa nak dikata.

    EITA:
    bagusnya eita..sihat!

    JR:
    ye ke? astaghfirullah..

    PUTRI:
    alhamdulillah..

    AZLAN:
    masuk azlan, dah 2 org ckp tak sdp. Baguslah..kalau sdp susah pulak sbb bdk2 yg tak tau apa mesti suka.

    ReplyDelete
  22. Tak penah mnum air ni..
    Bagus jugak info ni..tq ujie :)

    ReplyDelete
  23. Tak penah mnum air ni..
    Bagus jugak info ni..tq ujie :)

    ReplyDelete
  24. ooo..pengilang ye pengeluar arak...mmg skrg bli pape kena tgk keseluruhan packaging jawab yer

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****