Thursday 3 January 2013

Lafaz Alhamdulillah


(sumber: Google)

Sedikit ilmu mengenai lafaz Alhamdulillah, yang bermaksud SEGALA PUJI BAGI ALLAH:

1) Merupakan kalimat/perkataan pertama yang diucapkan oleh Nabi Adam a.s. selepas Allah menjadikannya. Nabi Adam a.s. telah bersin lalu mengucapkan 'Alhamdulillah'.

2) Selepas bersin, kita harus mengucapkan 'Alhamdulillah' kerana kuman telah keluar dari rongga tadi. Dan yang mendengarnya perlu menjawab 'Yarhamkallah' (jika yang bersin itu lelaki) atau 'Yarhamkillah' (jika yang bersin itu perempuan) yang bermaksud 'Semoga Allah merahmatimu'.

3) Mati ada dua, iaitu mati kecil dan mati besar. Mati kecil adalah apabila kita tidur. Oleh itu selepas bangun tidur kita perlu ucapkan 'Alhamdulillah' kerana bersyukur telah dihidupkan kembali.

4) Lafaz 'Alhamdulillah' diucapkan bila kita mendapat suatu nikmat/kebaikan, maka LAWAN baginya adalah lafaz 'Innalillahi wainna ilaihi rajiun' (bermaksud Sesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nya kita kembali) iaitu apabila kita mendapat suatu musibah/keburukan.


Sentiasalah menyebut 'Alhamdulillah' walau dalam sekecil perkara. Moga kita tergolong di antara orang yang sentiasa mengucapkan syukur atas nikmat kurniaan-Nya.


(dipetik dari Ustaz Hassan Din, slot di TV9)

p/s: Saya masih belum biasa ucap 'Innalillah..' selain daripada kematian. Kena biasakan yang betul ni..

16 comments:

  1. TQ kongsi info ni..kita kena saling ingat mengingati..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..
    dapat ilmu kat sini..

    ReplyDelete
  3. Yarhamkallah, Yarhamkillah tu baru tau. Thanks for sharing :)

    ReplyDelete
  4. tak pernah sy jawab bile ada org bersih dpn saya.. tq kak kongsikan info ni.. harap melekatlah sy ayat tu.. mengingatinya...

    ReplyDelete
  5. tq gd sharing ni

    ReplyDelete
  6. insha Allah, sama2 lah kita :)

    saya pun rasa janggal nak sebut innalillah utk berita buruk atau ujian yg diterima..cuma sebut slow2 sebab biasa org ingat kematian je bila sebut tu..

    ReplyDelete
  7. Sebelum dan selepas makan juga perlu ucap alhamdulillah tanda syukur Allah memberi kita rezeki dan mengizinkan organ pemakanan berfungsi spt biasa....

    ReplyDelete
  8. terima kasih kak..saya memang dah biasakan ucapkan alhamdulillah bila bersin camtu cuma kena banyak praktikan yarhamkallah/yarhamkillah bila mendengarnya jer..

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  9. terima kasih kak..saya memang dah biasakan ucapkan alhamdulillah bila bersin camtu cuma kena banyak praktikan yarhamkallah/yarhamkillah bila mendengarnya jer..

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  10. Alah bisa tegal biasakan Ujie. Kalau dari kecik dah diajar begini otomatik semua akan jadi amalan harian sebab bukanlah susah utk mengamalkannya.. tak ada kos incurred pun.

    ReplyDelete
  11. Thanx Kak..Alhamdulillah bertambah lagi ilmu...

    ReplyDelete
  12. betul kak ujie.zie pun xpernah ucap innalillah selain dari kematian..kena biasakan apa yg sepatutnya kan

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah sbb dpt peringatan dtg tmpt Ujie.bersyukur dlm setiap perkara.. :)

    ReplyDelete
  14. Terima Kasih atas perkongsian bersama.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****