Tuesday, 8 January 2013

Bukan Todak

Ikan bermuncung panjang, macam todak.
Korang pernah nampak ikan ni? Pertama kali saya jumpa masa berjalan-jalan kat tepi laut berhampiran rumah mak saya (di Pontian, Johor). Ada beberapa ekor, masih segar tapi dah mati. Tak tau macamana boleh ada kat tanah, rasanya ia umpan pemancing yang tercicir. Semalam baru buat carian kat Internet, orang kata ia IKAN JENJULUNG. Bukan todak. Dijadikan umpan memancing dan boleh juga dimakan (kalau yang besar kot, ni kecik je). Tak taulah betul ke tidak ya.



Inilah laut berhampiran rumah mak saya tu...nak panggil pantai pun takde pantainya. Dah diletak benteng batu untuk elak hakisan. Sebenarnya baru pertama kali saya dan beberapa ahli keluarga lain datang sini. Jalan kaki pun boleh. Dulu-dulu takde jalan ke sini, ada hutan dan paya. Sekarang dah 'dibersihkan' dan ada jalan. Laut kat sini tak cantik membiru, warna ala-ala kelabu dan airnya tenang. Tapi bolehlah daripada takde langsung. 



Kawasan paya bakau yang masih ada. Cantik jugak pokok-pokok bakau yang dah mati ni. Nampak beberapa ekor bangau tengah cari makan. Airnya berwarna gelap, tak boleh nak nampak mana dasarnya dan apa yang ada dalam air tu. Apapun, saya suka tengok pemandangan ni.  


p/s: Lama jugak kami habiskan masa kat sini, saya dan anak sedara asyik ambik gambar siput dan pelbagai batuan berwarna-warni. Lain kali nak explore sampai hujung pulak.

32 comments:

  1. mmg panjang btl yer muncungnya...

    panas x duduk dekat dgn paya, org kata bahang.. sbb kat rumah mak saya pun dkt dgn paya.. padahal x dekat mana pun.. jauh juga...

    ReplyDelete
  2. ada sorang kawan, kampungnya kat tanjung piai. katanya, "seumur hidup tak pernah naik bot ke laut!"

    apa pun, pontian boleh tahan cantiknya...

    ReplyDelete
  3. MASYA:
    tak bahang pulak..tapi mmg takle dekat sgt. Kat kg byk pokok, mmg nyaman je.

    SM:
    hehe..rasanya family saya kat Pontian pun tak penah naik bot. Saya penah naik kat Tg. Piai sbb ada rombongan sekolah.

    Agak cantik sbb ada pantai kot..penyeri.

    ReplyDelete
  4. Sy suka Pontian. Bandar tepi laut dia tu yg menggamit. Klu dibangunkan, mmg boleh jdk sehebat JB....

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Orang banjar di Kalimantan Selatan sebut nama ikan itu julung-julung.

    ReplyDelete
  7. ADIK BERADIK TODAK JUGAK KOT..
    WALAUPUN NAMANYA LAIN..KAN??

    ReplyDelete
  8. nieadik beradik todak nie
    tapi anak bongsu ekeke ..
    seyess ngeri macam todak tang muncung tuu ;)

    ReplyDelete
  9. Ikan Julung angah panggil, kat sungai pun banyak

    ReplyDelete
  10. ktorang pun panggil ikan julung...
    Cantiknye pantai tu..mendamaikan...

    ReplyDelete
  11. Ujie... kalau jalan terus merayap di tepian ini Ujie akan terus tembus ke tambak kakak rasa.

    Jenjulung tu lebih suka pada permukaan air tau Ujie. Kakak dulu panggil ikan todak juga.

    ReplyDelete
  12. cantik pemandangan ...spesis todak la jugak kot yer..

    ReplyDelete
  13. hahaha kalau liya pun mesti ingat ikan todak sbb muncung rope tue..


    damainya tgk laut yg terbentang luas cam gitu ..

    ReplyDelete
  14. hahaha kalau liya pun mesti ingat ikan todak sbb muncung rope tue..


    damainya tgk laut yg terbentang luas cam gitu ..

    ReplyDelete
  15. oo kalau zie jmpa memang kompom panggil ikan todak:)

    cantiknya pantai tu.walaupun umah zie dekat je ngan pantai tapi agak malas nak ke sana sebab ramai sgt orang.jadi rimas plak

    ReplyDelete
  16. Apa nama tempat/kawasan kampung di Pontian tu ya...saya nak ke sana, especially kawasan bakau tu..nak ambik gambar..:) Cantik kawasan bakau tu

    ReplyDelete
  17. bile dh dibersihkan..bolehla lepak2x tepi2x tu... :)

    ReplyDelete
  18. ayut klik Digi prepaid broadband yer..

    ReplyDelete
  19. FARA:
    dah okey la gini, tak sesak sgt.

    AISYAH M.YUSUF:
    lebih kurang dgn Malaysia jugak ya bunyinya..

    DIANA & EIDA:
    hehehe..todak pun ada adik beradik eh.

    ANGAH & LILY:
    wah..korang pun tau.

    KAKZAKIE:
    mmg harus sampai Tambak kak, lautan yg sama. ^_^

    KAK NORA & LIYA:
    mula2 tu mmg panggil todak je, sng!

    ZIE:
    tu pantai cantik, ramaila org. Ni pantai sempoi dan panjang..sunyi je.

    DADDY Z:
    pontian ni mmg kwsn bakau. tapi yg lebih specific boleh ke Tmn Negara Tg. Piai.

    AYUT:
    tulah..boleh berkelah bagai kan..:)
    thanks..digi.

    ReplyDelete
  20. wah bestnyer dkt ngan pantai. DOne clik2 ye

    ReplyDelete
  21. besar ke kak ikan ni? kdg2 seronok tgk ikan2 unik....

    ReplyDelete
  22. wak pon dh lama X jalan2 rimba terjun jugakkk..,ahHHKs

    ReplyDelete
  23. Ingatkan hanya todak yg muncungnya mcm tu...tapi kalau dia lompat laju ke arah kita memang kesannya mcm todak juga kan??

    ReplyDelete
  24. haha, inilah masalah yang sama untuk kita, kita pernah perasan ikan ni dekat pasar..siap tanye..mak! tu ikan todak ke? haha..nasib tak tanye kuat-kuat, kalau tak mahu org tu gelakkan kite agaknya..

    ReplyDelete
  25. ikan jenjulung kalinya itu tersadai ke kat tepi laut tu? Cemana dia boleh ada kat situ? Ini mesti melompat gak mcm todak ni.

    Permandangan alam semulajadi mmg sangat cantik kan ujie.

    ReplyDelete
  26. kalau ita lah kan..sah2 kata ikan todak..

    suke nyer tengok gambo pokok mati tu..
    suasana dia mendamai kan..

    ReplyDelete
  27. wah..rupa dia macam todak lah...hehehe..mungkin dia kawin dengan todak kot..tapi saya tak suka kat ikan nie sebab dia seekor yang hidung tinggi..hahhahaha

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  28. Sy ni kan..ikan todak tak pernah tgk apatah lagi ikan jenjulung ni..hehe.

    cantik pemandangan situ...

    ReplyDelete
  29. KA:
    pantai tanpa biru laut, tanpa pepasir.

    CIKGU MA:
    kecik je, cuma panjang lagi2 termasuk muncung dia tu..

    WAK:
    balik Tiram bolehla merayau ke penghujung benua asia ni.

    JR:
    tak pastilah, tak sentuh pulak muncung dia tu keras mana.

    ROS:
    hahaa..maksudnya mmg ikan ni org mkn la kan..

    LYD:
    ntahle..samada melompat masa air pasang atau ada pemancing tercicir. ikan ni biasa gak dibuat umpan.

    EITA:
    samalah kita..suka kat pokok mati tu. org lain pandang biasa jek.

    AZLAN:
    weh..ngumpat ikan ni. kalau kena serang tak tau..^__^

    NIZA:
    ish, akak pun takmo la jumpa todak. ngeri je..

    ReplyDelete
  30. 1st time tengok ikan ni.. tapi bukan todak ye kak? ;D

    ReplyDelete
  31. boleh mandi tak? bestnya rumah ada pantai..sayup je views pantai ni kan :)

    ReplyDelete
  32. MJ:
    dari komen2 yg lain, mmg tu jenjulung/julung. bkn todak.

    TIHARA:
    tak boleh dan tak pernah nampak org mandi pun. Sbb air kelabu je, ombak pun kecik.

    ReplyDelete

Komen kalian...bicara antara kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...