Wednesday, 30 May 2012

Hati Dia Baik...Walau Tak Tutup Aurat

Hati dia baik...walaupun dia tak tutup aurat.
Pernah dengar kata-kata sebegini?
Samada ditujukan untuk lelaki atau perempuan.
Memang ada cerita-cerita begini.
Dia mungkin kawan, keluarga atau mungkin pasangan kita!

Soalnya...sudah cukup baikkah dia?
Cukupkah sekadar kebaikkan hati tanpa menutup aurat?

Jawapannya...
Dari segi hubungan sesama manusia, memang dia sudah cukup baik.
Tak perlu dipertikaikan lagi.
Dari segi hubungan dengan Allah, masih belum baik.
Kerana masih ada perintah wajib yang ditinggalkannya.

Jadinya?
Kita perlu membimbingnya agar menuruti perintah Allah.
Jika hatinya benar-benar baik,
pasti boleh menerima ketetapan Allah yang telah menciptakannya.

Ingat!
Soal hati dan soal aurat adalah dua perkara berbeza.
Perbaiki mana-mana yang belum baik,
Kerana keduanya memang perlu dijaga.

*Orang yang benar-benar baik ialah seorang yang baik hubungannya dengan Allah, manusia dan semua makhluk ciptaan-Nya.*


p/s: Bukan senang nak jadi orang yang benar-benar baik ni, tapi sama-samalah kita berusaha ke arah itu ya.

Macaron


Pertama kali merasa benda ni...macaron namanya.
Kenal pun sebab tengok di blog orang.
Tapi harganya sangat mahal..bagi saya.
Berapa? RM3.90 sebijik.

Apa tu macaron?
Bagi yang tak tau macam saya ni...
Macaron ialah sejenis manisan orang Perancis.
Luarnya agak rapuh dan ada bermacam perisa.

Sedap ke?
Sedap..dah bayar mahal mesti kena sedap!
Ok, rasanya sangat manis bagi saya.
Sedap sebab lain warna lain rasanya.
Tapi tak boleh makan banyak sebab muak dengan kemanisannya.


 p/s: Sekali ni jelah beli, sekadar merasa. Tak berapa sanggup bayar harganya.

Tuesday, 29 May 2012

Bila Tiada Zuriat, Kasih Suami Jadi Kelat?

Di awal usia perkahwinan dulu, ada yang berpesan kepada saya...
Cepat-cepat dapatkan zuriat, nanti boleh 'ikat' suami.
Orang lelaki ni kalau tiada zuriat, kasihnya berpaling arah.
Saya hanya tersenyum mendengar...
Malas nak bersoal jawab dengan seorang yang lebih tua.
Mungkin begitu pengalaman hidup dia...
Atau pengalaman insan terdekat dengannya.
Bila tiada zuriat, kasih suami jadi kelat.

Saya berfikiran positif dalam isu ini,
Paling penting saya perlu percaya ketentuan Allah.
Dialah sebaik-baik pengatur bagi tiap hamba-Nya.
Kita boleh berusaha apa jua...tapi Dia penentu akhirnya.

Memerhati cerita rumahtangga orang...
Ramai yang punya zuriat...seorang atau beberapa orang anak,
Tapi bukan semua yang berakhir dengan cerita indah.
Masih ada isteri yang tidak merasa bahagia,
Masih ramai punya suami yang tidak bertanggungjawab.
Dan..tak kurang juga yang sudah bercerai atau diduakan.
Nyata...zuriat bukanlah punca.

Bila tiada zuriat...
Biasanya suami isteri akan lebih rapat,
Sebab tumpuan hanya pada pasangan.
Melakukan segalanya bersama.
Asal saja keduanya tahu meraikan hidup.
Dan bersyukur apa adanya.

Hidup..bukan untuk rasa kelat.
Hiduplah dengan penuh kemanisan!


p/s: Alhamdulillah atas kemanisan hidup ini...^_^

Monday, 28 May 2012

Cerita Nombor Plat

Korang pernah beli nombor plat kenderaan?
Ada yang turut sama membida untuk plat WWW?
Terkejut saya bila nombor plat WWW 1 terjual dengan harga lebih setengah juta!
Dan ia nombor plat termahal pernah dijual di Malaysia.

Saya belum pernah dan belum teringin lagi nak beli nombor plat ni.
Bagi saya nombor/huruf hanya sekadar nombor/huruf...tiada yang istimewa.
Apapun...lain orang lain keutamaan dalam hidupnya bukan?

Nombor plat kereta saya dan suami...memang tak beli,
tapi ada jugak yang menyangka kami beli.
Sebab ia tiga angka- 516 dan angka berulang- 4949.
Yang 4949 tu saya suka sebab mudah ingat dan sebut.
Tapi kedua-duanya bukan milik kami lagi sekarang.
Yang terkini 7425...yang ni memang jelas tak beli.
Tapi sebenarnya tersirat makna bagi kami suami isteri.
Sekadar kebetulan...yang agak menarik!

Apa cerita nombor plat korang?

Kuliah Secara 'Live Streaming'

Kuliah malam tadi...di Shah Alam.
(Sumber: Fb UAI)
Malam tadi dapat tengok kuliah UAI di Shah Alam, Selangor secara 'live streaming'. Pertama kali sebenarnya. Sebelumnya langsung tak boleh bukak, mungkin masalah internet. Memang puas hati sebab jelas gambar dan suara, macam kita sama-sama berada kat sana. 

Macam biasalah, bahagian paling disukai...bila UAI jawab soalan. Sedikit ringkasannya (ayat olahan sendiri, tak ingat yang tepat):

Soalan: Bertemu kawan perempuan yang dah lama tak jumpa, dia peluk dan cium/laga pipi. Saya tak menolak sebab nak jaga air mukanya. Bolehkah?
Jawapan: Tak boleh, lelaki dan perempuan yang bukan mahram (halal berkahwin) haram bersentuhan. Kena menolak. Antara air muka manusia dengan perintah Allah, Allah yang kena dahulukan. Kecualilah kalau kita menolak, muka dia betul-betul jatuh...ni setakat air muka saja (part ni memang lawak cara UAI sampaikan).

Soalan: Betulkah dalam dunia ni ada 7 orang lagi yang muka serupa kita?
Jawapan: Tiada mana-mana hadis atau ayat quran yang menyatakan begitu. Tapi memang tak mustahil sebab Allah berkuasa menjadikannya. Tak payah fikir pasal benda ni. Ia cuma kajian orang tertentu.

Soalan: Batalkah wudhuk kalau tersentuh kemaluan?
Jawapan: Batal kalau sentuh pada bahagian telapak tangan sahaja (termasuk hujung jari), sebab ia perkara yang membatalkan wudhuk. Tapi kalau sentuh berlapik kain atau sentuh dengan bahagian atas tangan atau bahagian lain takde masalah. (UAI juga ada terangkan mana bahagian yang disebut kemaluan, sebab ada yang salah faham.)


Tu jelah sedikit perkongsian pagi ni. Memang tak ngantuk bila dengar kuliah UAI, sentiasa menyelitkan lawak jenaka dalam menyampaikan ilmu.

Sunday, 27 May 2012

Riadah Di Tasik Cempaka

Dah lama tak 'jogging',

Pagi ni rasa seronok dan ringan badan.

Walau banyak 'walking' dari 'jogging'..

Seronok riadah kat tasik ni sebab ramai orang yang sama-sama beriadah. Semangat dan tak segan.

Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, 25 May 2012

Cili Boh...Ada Pengawet & Pewarna!

Sumber: Google
Tengok Ejen Halal di Tv Hijrah, kali ni topik pasal cili boh.
Atau ada yang disebut cili giling..cili kisar.
Yang jadi isu adalah cili boh yang dihasilkan untuk tujuan komersial.
Sebabnya ada pengusaha yang mencampurkannya dengan asid borik untuk tahan lama.
Ada juga yang masukkan bahan pewarna untuk 'mencantikkan' cili boh tadi.
Tak kurang juga yang tak endah cili yang digunakan tu elok atau sudah rosak.
Cili yang sudah rosak mengandungi bakteria, seterusnya mempengaruhi kualiti cili boh.
Juga ada pengusaha yang tak menjaga kebersihan semasa memprosesnya.

Bagaiman nak elakkan terbeli cili boh seperti ciri-ciri di atas?
Cari yang ada tanda HALAL JAKIM. 
Yang ada bintang bucu lapan tu...bukan yang sekadar tulis 'HALAL'.
Ada jaminan bersih dan tak memudaratkan.
Sebelum beli, belek dulu tanda tu...selain tarikh luputnya.

Paling baik, hasilkan sendiri cili boh kita.
Terjamin bersih, bebas bahan pengawet.
Cara buat pun mudah dan boleh tahan berminggu.
Caranya? Bagi yang belum tahu...
Gunting serong cili kering, tampi untuk buang biji.
Kemudian rebus seketika untuk melembutkannya.
Lepas tu basuh banyak kali untuk buang biji yang masih ada.
Selepas itu kisar bersama air dan sedikit minyak masak.
Hasilnya, bila memasak guna cili kisar sendiri ni masakan jadi tak terlalu pedas.


p/s: Saya cerewet bab cili boh ni, suka buatan sendiri. Beli kalau terpaksa je.

Thursday, 24 May 2012

Bapak

Kalau korang dengar orang panggil bapa dia 'Bapak', 
biasanya akan dianggap kasar bukan? 
Tapi sebenarnya bagi orang Jawa panggilan tu biasa. 
Sebab memang dalam bahasa Jawa 'Bapak' bermaksud bapa/ayah/abah. 
Tapi bagi sesetengah keluarga Jawa dah mula tinggalkan penggunaan 'Bapak'.
Terutamanya generasi baru.

Jadinya lepas ni kalau korang dengar orang Jawa panggil 'Bapak',
Jangan anggap ia kasar tau. Dah memang itu bahasanya.


p/s: Terkenang pulak arwah bapak saya yang dah pergi 3 tahun lalu...

Wednesday, 23 May 2012

Laskar Pelangi

sumber: pts
Sewaktu mula menulis entri ni, saya tengah menonton Laskar Pelangi The Series.
Baru dua kali menonton, saya dah tertarik. Ia kisah suka duka kehidupan 10 murid (digelar laskar pelangi) dan guru mereka yang gigih berjuang demi pendidikan. Latar cerita ini berkisar sekitar kehidupan warga desa di Pulau Belitong, Sumatra, Indonesia. Cerita yang menyentuh hati dan pemandangan pantai yang cukup cantik. Bahasa pertuturan mereka pula seakan-akan bahasa Melayu kita.

Bila buat carian di internet, barulah tahu rupanya ia diadaptasi dari novel yang cukup terkenal karya Andrea Hirata dan sebelum ni telah difilemkan. Yang menariknya, novel ni boleh didapati dalam edisi Bahasa Melayu terbitan PTS. Lepas ni memang saya akan cari novel ni.

Tajuk cerita: Laskar Pelangi The Series
Hari: Selasa, Rabu, Khamis
Masa: 8.30mlm. - 9.30mlm.
Saluran: Tv Hijrah
(ada 15 episod, bermula 15 Mei lalu)



Jom kita tonton malam esok!
Ada pengajaran, kekuatan dan mungkin kenangan zaman kanak-kanak kita.

Satu Keluarga Satu Lampu


Kempen Satu Keluarga Satu Lampu ini adalah anjuran Aqsa Syarif, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bernaung di bawah Pertubuhan IKRAM Malaysia. Sebuah pertubuhan yang dipercayai untuk kita menghulur dana. Sila klik link untuk 'melihat' organisasi terbabit.

Kata-kata penganjur:
Assalamualaikum Semua, Aqsa Syarif telah melancar kempen 1 Lampu 1 Keluarga untuk Palestine. Ketiadaan bekalan eletrik yang kekal telah menyebabkan kesukaran hidup rakyat Palestine. Sejak 2006, Israel telah mengebom dan memusnahkan kesemua 6 transformer di satu-satunya stesyen penjana eletrik Gaza. Bekalan eletrik bergantung kepada generator persendirian, tapi kebanyakkan tidak mampu. Israel menawarkan bekalan eletrik ..... tapi akan dipotong bila-bila masa mereka suka. Anak-anak terpaksa membuat kerja-rumah berbekalkan beberapa batang lilin. Aqsa Syarif telah melancarkan kempen menaja LAMPU SOLAR kepada setiap keluarga Palestine di Gaza. Kami mensasarkan sekurang-kurangnya 1000 lampu akan dibawa ke Palestin dalam misi pertengahan Jun nanti. HANYA RM60 setiap lampu.

Cara untuk menyumbang:
1. Bank-in jumlah yang anda ingin taja kepada akaun AQSA SYARIF (Maybank : 5515 7500 4299 / Bank Islam 12 092 01 003490 4) 
2. Kemudian SMS kepada 012-528 2531, maklumkan untuk TAJAAN LAMPU serta jumlah yang di bank-in. Nyatakan jika resit diperlukan. Contoh : "Salam, sy dah bank-in RM120 utk TAJAAN 2 LAMPU. Resit diperlukan".


p/s: Kita di sini merungut bila bekalan elektrik terputus walau seketika. Sekarang kita fikirkan pula situasi mereka di sana. Menyumbanglah SATU lampu untuk mereka! 

Tuesday, 22 May 2012

Kutu Babi

Nak cerita pasal kutu babi. Tapi tiada gambar sebab bila cari kat Google, ada macam-macam rupa kutu babi pulak. Saya sendiri tak pernah tengok rupa sebenar kutu ni.

Baru-baru ni anak saudara saya yang baru berusia sekitar sebulan terkena gigitan kutu babi. Masa tu bayi dan si ibu (adik saya) sedang menjalani proses berpantang di rumah mak saya. Panik seketika sebab kutu tu melekat betul-betul di tepi mata bayi. Melekat yang susah nak ditanggalkan walau dah dicuba banyak kali. Adik saya SMS minta tolong saya buat carian di internet. Memang ada jumpa, petuanya kena guna getah daun sireh. Tak sesuai pulak!

Akhirnya, adik saya dapat idea. Dia gunakan baby oil yang diletakkan sedikit pada kapas. Lepas tu sapu pada kutu tadi dan tanggalkan kutu guna sepit kuku pulak. Bab guna sepit kuku ni memang kena hati-hati sangat. Kalau cabut guna tangan tak boleh tanggal si kutu tu. Alhamdulillah bayi memang tengah tidur lena dan tak bergerak, mudahlah kerjanya.

Soalnya, dari mana datangnya kutu babi? Selama 24 tahun keluarga saya duduk rumah tu, tak pernah ada yang kena kutu babi ni. Haiwan ternakan pun tak ada bela. Tapi haiwan yang datang pergi tu memang ada...ayam, burung, kucing, monyet dan beberapa kali ada babi (baru-baru ni je muncul). Risau jugak kalau kutu babi tu dah 'berkeluarga' kat rumah mak saya.

Hadis Palsu Bulan Rejab

Dalam entri Eh, Esok Dah Bulan Rejab!, saya ada sebut mengenai percanggahan pendapat amalan khusus untuk bulan Rejab. Carian di internet tidak menemukan sumber yang benar-benar boleh dipercayai. Tapi sekarang saya dah dapat penjelasan dari Fb Bahagian Dakwah, JAKIM (elok korang LIKE). Rasanya elok juga saya sebarkan di sini. Semoga tiada lagi kekeliruan selepas ini ya.

******************************************
Bahawasanya bulan Rejab itu adalah bulan yang agung yang diberikan gandaan kebajikan-kebajikan padanya. Siapa berpuasa sehari daripada bulan Rejab maka seakan-akan dia berpuasa setahun. Siapa berpuasa tujuh hari dari bulan Rejab ditutup padanya tujuh buah pintu neraka jahanam. Siapa berpuasa lapan hari dari bulan Rejab nescaya dibuka padanya lapan buah pintu syurga.

Barang siapa berpuasa sepuluh hari dari bulan Rejab itu maka dia tidak meminta sesuatu pada Allah melainkan diberikan padanya. Siapa berpuasa bulan Rejab itu selama lima belas hari nescaya berseru suara daripada langit, sesungguhnya engkau telah pun memperoleh keampunan atas dosa yang telah lalu, maka memulakan amal kamu. Pada bulan Rejab Allah membawa Nuh dalam bahtera. Nuh berpuasa dan menyuruh orang-orang yang bersama-sama beliau dalam kapal supaya berpuasa kerana bersyukur kepada Allah. Bahtera belayar selama enam bulan lalu berlabuh atas bukit al-Judi pada hari ‘Ashura’ . Pada bulan Rejab itu Allah menerima taubat Adam dan juga taubat penduduk bandar Yunus. Padanya lautan terbelah untuk Musa dan padanya diperanakkan Ibrahim dan Isa . (Idris: 523)

Siapa menghayati satu malam dari bulan Rejab itu dan berpuasa sehari nescaya Allah memberi dia makan daripada buah-buahan syurga, memakaikan dia dengan pakaian-pakaian dari syurga serta memberi dia minum dari arak yang terpilih yang dilak tempatnya, kecuali orang yang melaksanakan tiga perkara, orang yang membunuh jiwa, atau dia mendengar orang yang meminta tolong pada waktu malam ataupun siang hari akan tetapi dia tidak menolong orang tersebut atau orang yang saudara dia mengadukan sesuatu kehendak padanya tetapi dia tidak melapangkan kehendak itu. (Idris: 524)

Rasulullah telah berkhutbah kepada kami sekali Jumaat sebelum Rejab, dan beliau bersabda, wahai manusia, sesungguhnya kamu telah diberikan perlindungan oleh satu bulan yang agung, bulan Allah yang pekak, padanya diberikan gandaan kebajikan, padanya terkabul permohonan-permohonan dan padanya hilang segala kesusahan, dan juga tidak ditolak satu pun permohonan orang mukmin. Maka siapa yang berbuat kebajikan pada bulan tersebut akan diberikan gandaan padanya beberapa kali ganda dan Allah akan menggandakan pahala kepada sesiapa yang Dia menginginkan.

Oleh itu, hendak kamu mendirikan solat pada malam dan berpuasa pada siang. Maka siapa yang bersolat pada satu hari dari bulan Rejab lima puluh rakaat, dia membaca pada tiap-tiap rakaat apa yang mudah untuk dia dari al-Quran maka Allah mengurniakan dia kebajikan-kebajikan sebanyak bilangan genap dan bilangan ganjil, dan sebanyak bilangan rambut dan bulu. Siapa berpuasa sehari maka Allah akan menulis buat dia dengan puasa itu sebanyak pahala puasa setahun. Siapa yang menjaga lidah pada bulan Rejab pasti Allah mengajarkan hujah semasa pertanyaan Munkar dan Nakir. Sesiapa bersedekah dengan satu sedekah padanya maka itu menjadi pembebasan dia dari neraka. Sesiapa menghubungkan perhubungan pada bulan Rejab pasti Allah menghubungkan dia di dunia dan akhirat dan membantu dia ke atas musuh-musuh semasa dia hidup. Sesiapa melawat seseorang yang sakit pada bulan Rejab maka Allah akan memerintahkan pada malaikat Kiram supaya menziarahi dia dan memberi salam padanya. Siapa yang bersolat ke atas satu jenazah pada bulan Rejab seakan-akan dia menghidupkan seorang kanak-kanak perempuan yang ditanamkan hidup-hidup.

Siapa memberi makan seorang mukmin dengan satu makanan pada bulan Rejab Allah meletakkan dia pada hari kiamat atas satu hidangan bersama Ibrahim dan Muhammad. Siapa memberikan satu minuman air pada bulan Rejab maka Allah memberi dia minum dari arak yang terpilih dan yang dilak tempatnya. Sesiapa memberikan satu pakaian kepada seorang mukmin maka Allah memakaikan dia dengan seribu pakaian dari pakaian-pakaian syurga. Siapa memuliakan seorang anak yatim dan mengangkat tangan atas kepala (mengusap rambutnya) maka Allah memberi dia keampunan sebanyak bilangan rambut yang disentuh oleh tangan dia. Sesiapa beristighfar kepada Allah sekali pada bulan Rejab nescaya Allah memberikan keampunan. Siapa melakukan tasbih sekali padanya ataupun dia bertahlil sekali tahlil nescaya dia dicatat di sisi Allah dari golongan orang lelaki dan perempuan yang banyak mengingati Allah. Sesiapa yang mengkhatamkan sekali khatam al-Quran pada bulan Rejab, dia dan bapa dia masing-masing akan dipakaikan dengan sebuah mahkota yang bertatahkan mutiara dan al-marjan dan dia terselamat dari kejutan hari kiamat. (Idris: 536)

Semua hadis di atas adalah hadis palsu mengenai bulan Rejab
yang dinyatakan oleh para ulama hadis. Jikalau dilihat pada hadis tersebut akan kelihatan betapa banyak maklumat yang bertentangan dengan fikiran manusia yang waras di mana ganjaran yang ditawarkan sangat berlebihan berbanding dengan amalan yang dibuat. Adapun perkara sedemikian adalah tidak munasabah dan tidak mudah diterima oleh akal yang sihat. Sesungguhnya Islam mengharamkan merujuk kepada hadis palsu dalam apa jua bentuk ibadat kerana ia hanya mencemarkan kesucian Islam. Allah yang Maha Mengetahui. Dengan harapan penulisan ini bisa memberikan manfaat.

Wallahu a’lam.

Sumber: Idris, Abdul Ghani Azmi, Himpunan Hadis Dha’if Dan Maudhu’, jilid 1, (Kuala Lumpur, al-Hidayah: 2006)

***********************************************

Ini bukanlah bermakna tak perlu lagi kita buat amalan sunat yang umum (puasa sunat, mengaji, solat sunat), tapi lakukanlah kerana ikhlas ingin mendekatkan diri kepada Allah. Semoga kita tak silap faham lagi dan memperbetulkan niat dalam beribadat. 


p/s: Barulah jelas kefahaman saya sekarang. Jom kita 'Betulkan kefahaman yang biasa, biasakan kefahaman yang betul'.

Monday, 21 May 2012

Eh, Esok Dah Bulan Rejab!

sumber: Google
Menjelang selepas waktu Maghrib hari ni...bermulalah bulan Rejab.
Lepas tu Syaaban dan tibalah Ramadhan.
Maksudnya tinggal dua bulan sebelum bulan puasa.
Perkara penting...kena segera habiskan puasa ganti bagi yang berkenaan.
Siapa yang dah habis atau tak perlu ganti puasa...bolehlah buat puasa sunat.
Untuk persiapan diri menemui Ramadhan. 

Antara peristiwa penting yang berlaku dalam bulan ini...
Peristiwa Isra' dan Mi'raj.
Isra' iaitu perjalanan Nabi Muhammad s.a.w pada malam hari dengan menaiki Burak,
bermula dari Masjid al-Haram di Mekah ke Masjid al-Aqsa di Baitul Maqdis. 
Mikraj iaitu naiknya Nabi Muhammad s.a.w ke langit dari Masjid al-Aqsa ke Sidratul Muntaha. 
Untuk menerima kewajiban solat lima waktu sehari semalam.

Amalan khusus bulan Rejab?
Ada percanggahan pendapat mengenainya...
Tak perlu berbicara lebih lanjut kerana saya pun bukan yang pakar.
Paling penting...lakukan saja amalan sunat- puasa, mengaji , solat malam..
Perbanyakkan ia sebagai persediaan menuju Ramadhan.
Semata-mata kerana Allah. Ikhlas.
Bukan kerana fadilatnya sahaja.



Sunday, 20 May 2012

Harmoni?

Lokasi: Desa Saujana Putra, Sg. Merab.

Semalam...
Melalui sebatang jalan di sebuah taman perumahan.
Terpandang pacakan bendera-bendera parti ini di sisi jalan.
Berselang-seli...si DACING dan si BULAN.
Kelihatan begitu harmoni.

Disapa si angin petang...
Bendera-bendera ini indah berkibaran.
Bagai menyambut kedatangan tiap orang ke perumahan ini.

Mungkin begini gambarannya,
jika semua parti hidup harmoni.
Biarpun berlainan prinsip.


p/s: Bahang PRU kian terasa, kat mana-mana banyak pacakan bendera. Banyak yang bagai menyakitkan mata sebab dipacak sebarangan. Kecuali yang di atas...sedap mata memandang!

Saturday, 19 May 2012

Kecewa...TIADA UAI di Putrajaya!


Ini berita yang baru diterima...
Kuliah perdana yang dirancangkan berlangsung di Putrajaya pada 26 Mei 2012 ini dibatalkan.
Bagaimanapun pada tarikh tersebut, kuliah akan diadakan di Masjid As Salam, Puchong Perdana.
Sebab? Tidak nyatakan.

Kecewa...sebab dah berharap. Putrajaya tu dekat je dengan rumah saya.
Masa dan lokasi dah sesuai sangat-sangat.
Tiada rezeki...Insya allah di lain masa.

Sumber berita : Fb UAI

p/s: Berita ni sebenarnya dah boleh agak, tapi tak dapat dinyatakan di sini sebabnya. Takmo silap buat sebarang andaian atau pertuduhan. Anggap je belum rezeki Putrajaya...berlapang dada!

Akan Datang..UAI di Putrajaya & Shah Alam!

Sumber: ustazazhar.net
Berita baik!
Kuliah perdana ni akan dibuat pada hari Sabtu & Ahad akan datang.
Ada dua tempat- Putrajaya & Shah Alam...
Jom beramai-ramai.
Masuk free.

p/s: Insya allah nak pergi, tapi kenalah datang awal untuk elakkan kesesakan.
Asyik tonton kat you tube je, teringin jugak nak tengok kuliah UAI 'live'.

Friday, 18 May 2012

Program Affiliate Pelancongan

Kalau ada yang perasan, mulai petang semalam saya dah mula letak banner Hz Tours. Tau pasal program ni secara terperinci dari blog Cik Tom. Fikir punya fikir, saya ambil keputusan untuk join sama. 

Hz Tours ni merupakan agensi pelancongan Bumiputra yang menawarkan program affiliate. Caranya, kita promote Hz Tours dan boleh dapat komisen melalui dua cara. Kita boleh pilih 'Pay-per-sale' (dapat komisen 7-10% atas jualan) atau pilih 'Pay-per-click' (dapat RM0.08 setiap klik). Terpulanglah kepada korang nak pilih jenis komisen yang macamana. Yang menariknya, kita automatik dapat RM10 selepas daftar untuk join program ni. Kiranya RM10 tu penaik semangatlah!

Kalau berminat nak join program affiliate, boleh KLIK pada banner kat SISI blog ni.
Kalau nak tempah pakej pelancongan, hotel, sewa kereta, boleh KLIK banner kat ATAS blog ni atau SINI.


p/s: Ada yang dah join lebih awal? kongsi cerita sikit..

Komen Yang Menarik


Komen yang menarik oleh Pok Amai-Amai @ Fara dari entri INI. 
Seperti yang kita tahu, 'lelaki yang BAIK untuk perempuan yang BAIK'.
Tapi bagaimana boleh terjadi seorang ustaz berkahwin dengan pelacur (bekas)?
Jawapannya, BAIK itu adalah pada pandangan Allah. Bukan pandangan kita (manusia).

'Hati tempat jatuhnya pandangan Allah,
Jasad lahiriah tumpuan manusia'

Thursday, 17 May 2012

Allah Gantikan Yang Lebih Baik

Ini kisah seorang perempuan,
Bertunang dengan lelaki idaman,
Saling suka saling sefahaman,
Ingin menuju mahligai perkahwinan.

Mulanya semua berlalu indah,
Hinggalah si perempuan ingin berubah,
Sering ke usrah dan tudung bertukar labuh,
Diri mendapat kesedaran dan ingin mengubah arah.

Perubahan baik dianggap buruk oleh si tunang,
Jarang bersua dan menolak untuk 'dating',
Semuanya bagai membakar hati si tunang,
Sehingga bertindak memutuskan tali pertunangan.

Redha si perempuan hingga tiada tangisan,
Demi mencari Allah dia kehilangan insan kesayangan,
Tunduk mengalah pada si tunang bukanlah pilihan,
Biar hati pedih jalan Allah tetap menjadi tujuan.

Janji Allah tak pernah salah,
Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik,
Carilah Allah...nanti akan diberi-Nya pasangan yang baik,
Seorang ustaz yang kurang dikenalinya datang merisik.

Solat istikharah mengiringi keputusan si perempuan,
Akhirnya ustaz menjadi tunangan,
Majlis perkahwinan segera dijalankan,
Kini bahagia bersama anak-anak kesayangan.

********************************************************

Kisah benar ini dipaparkan sebagai motivasi kepada semua. Ada pengajaran dan kekuatan yang diperolehi  bagi yang mahu berfikir. Antaranya:
  • Terima takdir putus tunang / putus cinta. Sesuai dengan firman Allah,  “Kamu diwajibkan berperang sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.” Surah Al-Baqarah ayat 216.  
  • Terus teguh dan tegas di jalan Allah, kerana tiada kompromi kepada sesiapa pun dalam soal agama. 
  • Allah akan memberi pasangan yang sama/sesuai dengan diri kita. Untuk mendapatkan pasangan yang baik, kita terlebih dulu perlu menjadi baik pada pandangan Allah.

Wednesday, 16 May 2012

Mulianya Guru...

Doodle Hari Guru oleh Google
Bila tiba Hari Guru...
Saya mula terkenangkan kebaikan cikgu-cikgu saya.
Yang bukan setakat mengajar di kelas,
Tapi mengambil tahu hal kehidupan murid-muridnya.
Anak siapa, bapa kerja apa, bagaimana keluarganya.
Nampak remeh..tapi sebenarnya penting untuk hubungan murid-guru.

Masih saya ingat...
Semasa darjah 6, selalu cikgu J akan bertanya kepada kami..
"Dah minum Milo?.." cikgu bertanyakan sarapan pagi kami.
Dia marah kalau kami masuk kelas tanpa sarapan.
Perut kosong..otak jadi lembab!

Sempena Hari Guru ni...
Selain ucapan, marilah kita berdoa untuk kesejahteraan hidup cikgu-cikgu kita.
Doa yang baik itulah yang paling berharga dan tidak ternilai!


p/s: Teringin nak jumpa cikgu sekolah rendah, yang paling banyak meninggalkan kesan dalam hati dan diri. Tapi segan masih menebal. Kali terakhir ziarah cikgu J semasa saya di tingkatan 1. Harap-harap tahun ni bolehlah kumpul kawan-kawan sekolah rendah untuk menziarahi cikgu kami tu.

Tuesday, 15 May 2012

Kamu Gagah?

Bunga..boleh membuat kita tersenyum!

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Bukanlah orang gagah itu orang yang kuat bertinju. 
Akan tetapi orang yang gagah ialah orang yang dapat mengawal diri ketika marah."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Marah...cetusan rasa hati.
Tak salah dan ia normal.

Cuma yang perlu?
Kawal diri ketika marah.
Hindari berkata kesat...
atau berbuat kasar.
Jadi orang gagah!


p/s: Motivasi untuk diri sendiri. Bila umur dah masuk 30-an, barulah saya lebih tenang dan dapat mengawal diri ketika marah. Mungkin belum cukup baik, tapi ia lebih baik berbanding sebelumnya. 

Monday, 14 May 2012

Bila YB Turun Padang

"Terima kasih YB kerana sudi turun padang ..."

Kita biasa dengar ayat sebegini.
Biasanya bila YB datang merasmikan majlis,
atau menziarahi orang yang kurang bernasib baik,
atau melawat kawasan banjir.

Pendek kata,
Kita akan mengucapkan TERIMA KASIH...
Bila YB hadir dikalangan masyarakat.

Sebenarnya,
TURUN PADANG memang kerja seorang YB.
Mungkin tak perlu kepada ucapan terima kasih pun...
Sebab memang itu yang sepatutnya dilakukan oleh YB.

Yang Berhormat (YB)...
Memang perlu selalu berada dalam masyarakat,
Untuk memahami masyarakat dan mengetahui masalah yang berkisar.
Barulah menjadi YB yang berfungsi!


p/s: Ini bukan satu teguran buat YB, tapi sekadar memperbetulkan fahaman kita yang biasa.

Saturday, 12 May 2012

Cara Mudah Halau Burung Dari Tanaman Anda

Sebelum tu saya nak ucapkan TERIMA KASIH banyak kepada TIHARA atas kiriman hadiah untuk satu GA blognya. Sebenarnya dah sampai lama..Jumaat lalu, tapi asyik terlupa untuk menulis di sini. Sebabnya, sebaik je dapat terus saya letakkan hadiah PEWANGI tersebut dalam almari. Terima kasih kerana mewangikan almari baju saya ya! (Terima kasih daun keladi, kalau ada GA boleh bagi saya menang lagi!)

******************************************
Berbalik kepada tajuk entri, cara mudah menghalau burung dari tanaman adalah dengan menggunakan CD yang tidak digunakan lagi. Tips mudah ni saya dapati dari seorang usahawan tanaman anggur. Saya bukanlah berjumpa dengannya, tapi tengok dalam satu rancangan tv.  Caranya:
  1. Ambil 2 keping CD.
  2. Cantumkan keduanya. Bahagian yang macam cermin tu di bahagian luar.
  3. Ikat dengan tali dan gantungkan di kawasan tanaman korang.
Macam ni...
Macamana ia berfungsi? Burung akan 'lari' bila matanya terkena pancaran cahaya pada permukaan CD tadi. Selamat mencuba!


p/s: Saya nak gunakan teknik ni untuk mengatasi masalah burung yang 'berkampung' kat celah bumbung rumah mak saya. Terlalu banyak...najisnya memenuhi dinding & lantai rumah.

Friday, 11 May 2012

Sombongkah Kita?

Menghayati alam ciptaan-Nya...membuat diri terasa kebesaran-Nya.
(Sumber gambar: TelorPower)

Kita adalah orang yang sombong jika:
- memandang diri sangat sempurna dari semua segi.
- sering memandang rendah orang lain.
-menganggap orang lain tidak layak untuk mengerjakan suatu urusan.
- enggan menerima kebenaran.

"Tahap kesombongan yang paling dahsyat adalah sombong kepada Allah
 dengan cara menolak kebenaran dan angkuh untuk tunduk kepada-Nya."

(sumber: Solusi isu 40)
******************************
Sombong sesama manusia, mudah kita fahami. Sombong dengan Allah? Bila kita tak mau ikut perintah Allah- apa yang dilarang itu yang kita buat dan apa yang disuruh itu yang kita tinggalkan. Kita tau hukum halal dan haram, tapi tetap memandang ringan dan tak kisah pun. 

Sombongkah kita? Sama-sama berfikir dan perbaiki diri. Tinggalkan semalam yang kelam, mulakan langkah baru hari ini!

Thursday, 10 May 2012

Sudah Uzur...

Terasa...
Diri kian berusia.

Bila...
Mesin basuh berbunyi kuat.
Tv yang tengah on...off sendiri.
Microwave on sekejap..terus off jugak.
Semua seakan memberitahu...
KAMI SUDAH UZUR...SAKIT-SAKIT!

Ada yang boleh 'diubati'...
Ada yang perlu terus diganti baru.
Pokoknya...duit!


p/s: Tukang repair mesin basuh kata, kalau tv rumah saya rosak..jangan panggil dia. Terus ganti yang baru je. Tv pesen lama, takde alat ganti! Oh....

Wednesday, 9 May 2012

Jom 'Check': Tudung Singkat!

Entri ini khusus untuk perempuan.
Sila 'CHECK' tudung yang kamu gayakan!
Juga untuk lelaki...ayah, suami, abang, adik & anak.
Peringatkan anak, isteri, adik perempuan, kakak & ibu kamu...

Memang ramai yang bertudung...
Tapi tudungnya tidak mampu menutupi aurat.
Sebenarnya, ada beberapa ciri bertudung yang menutup aurat.
Dan entri ini hanya sekadar menyentuh SATU daripadanya...
Iaitu BERTUDUNG PERLU MENUTUPI KESELURUHAN DADA!

Kamu bebas menggayakan apa jua tudung.
Asal saja ia mampu menutupi bahagian dada.
Jangan sekadar menutupi leher...
Atau sekadar menutupi sebahagian dada sahaja.
Tapi labuhkan ia hingga atas pusat.

Tudung singkat..paling berlambak di pasaran.
Tudung labuh..masih boleh dicari.
Hindari yang singkat, carilah yang labuh.
Elakkan bertudung...tapi tak menutup aurat!



Masih tak faham mana bahagian dada yang perlu ditutup?
tonton video 2.58 minit oleh Ustaz Don ni. Mudah difahami & santai..

p/s: Saya menulis bukan kerana selama ni saya sempurna dalam bertudung. Tapi cuma menyampaikan dan memberi ingatan. Dengan cara ni, saya pun turut belajar dan jadi peringatan untuk diri sendiri. Kita..manusia yang selalu lupa!

Tuesday, 8 May 2012

Digital Pet

(sumber: Fb Groupon)

Ada mainan ni? Saya pernah ada, masa zaman kat U sekitar tahun 1996-1997..kalau tak silap. Masa tu ramai kawan-kawan sibuk dengan benda ni, saya pun terikut samalah. Syok main ni sebab ia seolah-olah hidup. Bagi yang tak tau, benda ni adalah mainan jaga haiwan peliharaan. Macam jaga anak, semuanya kita kena layan. Kena bagi makan, kalau sakit bagi ubat. Kalau biar gitu je, memang matilah dia. Saya pernah beli beberapa, tapi jenis yang murah je.

Macam ayat kat dalam gambar tu..memang saya bawa pet ni ke mana-mana. Termasuk ke kelas kuliah! Tapi lepas ia mengganggu sebab mintak kena layan, saya tinggalkan ia di bawah jagaan mana-mana kawan sebilik yang tiada kuliah. Saya pun kadang-kadang tolong jagakan pet kawan lain jugak. Saya berhenti main benda ni bila semuanya rosak dan malas nak beli/main lagi.


p/s: Ada sesiapa join game 'Farm Story'...boleh jadi neighbour saya. 
Game lagi...sampai ke tua! ^_^

Rahsia Azan & Iqamat Di Telinga Bayi

sumber: Google
Seperti yang kita tahu, Islam mensyariatkan supaya AZAN dilaungkan di telinga KANAN, dan IQAMAT di telinga KIRI bayi yang baru lahir. Jadi apa rahsia disebalik laungan tersebut? Menurut Ibn Qayyim al-Jauziyah, antara rahsianya adalah seperti berikut:
  1. Kalimah-kalimah memuji kebesaran Ilahi yang disifatkan sebagai ucapan pertama yang meresap ke dalam hati sanubari insan yang baru lahir.
  2. Satu penyataan syariat Islam yang berperanan mendahului dakwah syaitan terkutuk dan mengekang arus nafsu syahwat.
(sumber: Buku Indahnya Hidup Bersyariat)

Monday, 7 May 2012

Jambatan Kedua Tertinggi Di Malaysia!


"Anda sedang menyeberangi jambatan kedua tertinggi di Malaysia"
(48 m tinggi)

Lokasinya di Bukit Putus, iaitu laluan Seremban - Kuala Pilah.
Laluan baru ni telah dibuka secara rasmi pada November 2009, sejauh 6.9 km dan mempunyai lima jambatan. Jambatan KEDUA TERTINGGI DI MALAYSIA ini merupakan jambatan ketiga dari lima jambatan yang dibina. Pembukaannya mampu menyelesaikan masalah kesesakan selama 40 tahun di laluan lama Bukit Putus.

Kenapa perlu banyak jambatan?
Kerana ia merentasi Hutan Simpan Gunung Angsi dan pembinaanya telah mengambil kira aspek penjagaan alam sekitar. 

(sumber fakta:  utusan)
*********************************

Bagi yang pernah melalui laluan Bukit Putus lama, pasti tau keadaannya bagaimana. Laluannya memang sempit, bengkang bengkok, sebelah gaung dan sebelah lagi bukit. Keadaannya membuatkan jalan selalu sesak . Kalau ada kemalangan berlaku di situ, memang jam teruk sebab tiada ruangan untuk berpatah balik atau laluan alternatif. Waktu malamnya lebih ngeri, sebab sunyi dan gelap tanpa lampu jalan.

Tapi tetap ada yang menarik di hati saya tiap kali melaluinya. Iaitu udaranya yang segar dan kehijauan alam...kalau jalan tak jam biasanya saya memang suka buka tingkap kereta untuk menikmati alam. Juga saya suka tengok kumpulan monyet yang berada di tepi jalan. Entah bila nak lalu sini lagi...nak membangkit nostalgia!

p/s: Demi Tempoyak Daun Kayu, kelmarin saya melalui jambatan ini lagi... 

Saturday, 5 May 2012

Bila Sultan Berjalan Kaki 7km!

Ada yang tak kenal mana satu Sultan?
(sumber: harakahdaily)

Berjalan kaki...
merendahkan diri.
melupakan kedudukan.
santai.
7km!


*Berita lanjut, sila KLIK DI SINI.


p/s: kagum sungguh...

Friday, 4 May 2012

Laksa Johor

Laksa kegemaran saya dan suami...
Susah nak dapat Laksa Johor sebenarnya, ia tak dijual secara meluas.
Pernah makan dibeberapa tempat, tapi rasanya tak berapa sedap.
Sehinggalah kami jumpa satu kedai makan menjual Laksa Johor yang cukup sedap..
Terletak di Pontian, setiap kali balik kampung mesti kami atur masa biar sempat merasa laksa ni.



Saya bagi info, kot ada yang pergi Pontian..boleh merasa.
Nama kedai tu 'Gerai Shima'. Tutup hari Selasa.
Jika dari bandar Pontian menghala ke Benut / Batu Pahat, kedai ni berada di sebelah kiri jalan besar. Sebelah kanan bertentangan dengan kedai, ada Rumah Kediaman Rasmi Jurutera Daerah. Betul-betul selepas kedai, ada traffic light simpang ke Klinik Kesihatan Pontian.
Harga? RM3.50.

Kalau nak resepi, KLIK SINI.
Saya pernah masak sendiri beberapa kali, memang puas makan seharian.


p/s: Tak sabar nak balik Johor, antaranya sebab laksa nilah!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...