Friday 14 December 2012

Pendidikan Seks: ASAS 4, 5 & 6

[entri sambungan siri PENDIDIKAN SEKS UNTUK ANAK]

Ini entri terakhir untuk siri ini. Untuk asas seterusnya..

ASAS 4 : PISAHKAN TEMPAT TIDUR
Rasulullah s.a.w. bersabda, yang bermaksud:
"Perintahkanlah anak-anak kamu supaya menunaikan solat apabila usia mereka tujuh tahun. Apabila usianya 10 tahun pukullah mereka seandainya mereka ingkar, dan pisahkanlah tempat tidur mereka (antara anak lelaki dan perempuan).
(hadis riwayat Abu Daud)

Pemisahan tempat tidur ketika usia anak 10 tahun, atau dari 7 hingga 10 tahun (menurut pendapat lain) kerana kecenderungan dan dorongan seksual mula berkembang pada usia ini. Dua orang anak (walau sama jantina) tidak boleh tidur di dalam sehelai selimut. Dan anak lelaki tidak boleh tidur sebilik dengan anak perempuan. Pengabaian aspek ini boleh membawa kepada 'hubungan terlarang' sesama adik-beradik dan kes 'sumbang mahram'.


ASAS 5: TIDUR MENGIRING KE KANAN
Ia adalah sunnah Rasulullah s.a.w., antara sebab lain ia membantu untuk mencegah timbulnya nafsu syahwat anak. Tidur yang tidak digalakkan ialah tidur meniarap, yang boleh membangkitkan syahwat mereka. Jadinya ibubapa perlu mendidik anak agar biasa untuk tidur mengiring ke kanan.


ASAS 6: PERGAULAN BEBAS
Ibubapa bertanggungjawab memastikan anak-anak tidak bergaul terlalu bebas antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram. Ambil tahu aktiviti mereka dan dengan siapa mereka bergaul. Pergaulan bebas boleh membawa kepada masalah zina.

[sumber: solusi isu 44, hanan.com]

*entri berkaitan- ASAS 1 dan ASAS 2 & 3.


---------------------------------------------------------------------
Sebelum ni sibuk dengan isu nak memperkenalkan subjek pendidikan seks seawal di sekolah rendah, tujuannya nak mengatasi kes buang bayi yang makin berleluasa. Semua pihak memberi pelbagai cadangan. Tapi kita lupa masalah pokok bagi kes buang bayi adalah disebabkan dorongan seksual yang negatif. Lalu membawa kepada zina dan rogol (juga sumbang mahram). Oleh itu, cara penyelesaiannya adalah dengan kembali mengamalkan hidup berkeluarga menurut garis panduan Islam. Semoga 6 asas ini menjadi panduan buat ibubapa.

20 comments:

  1. Tidur mengiring ke kanan tu, kadangkala saya sendiri pun terbabas...hihihih

    ReplyDelete
  2. DADDY Z:
    sama je kita..bila tulis ni, kira jadi peringatan utk sendiri jugak. ^_^

    ReplyDelete
  3. skang tengah pregnant ni saya lemas kalau ngiring ke kanan.. kena ngiring ke kiri baru selesa sikit.. haha..

    ReplyDelete
  4. dulu ada ustaz pernah pesan untuk tidur mengiring ke kanan...

    skang aku tau jawapannya kenapa..

    ReplyDelete
  5. yg tido mengiring tu bru tahu...bgus2x..Islam sbnr ye dh tunjukkan cara mendidik..kite je tak amik berat..

    ReplyDelete
  6. Mmg ramai yang tanak mengaku bahawa punca kes buang bayi itu puncanya sebab tak mengikut cara hidup Islam. Tapi yg tidur mengiring tu saya baru je tahu termasuk dlm salah satu cara mendidik anak.

    ReplyDelete
  7. akak, cerita tentang tidur mengiring sebelah kanan yg mengikut sunnah tu, kalau akk nak tahu..kucing kita pun tidur mengiring kak..dan kita pun tidur mengiring..sebab mungkin dh biasa..kalau kek kiri..gamaknye sakit dada..:)

    ReplyDelete
  8. walau macam mana pun tido mesti mulanya mengiring ke kanan..pastu baru takpe arah mana pun cuma jgn meniarap kan

    ReplyDelete
  9. Saya dari kecil tidur menelentang, jika mengiring tak nak lena...Yg peliknya bila terjaga mesti dlm keadaan mengiring...

    ReplyDelete
  10. saya kena pisahkan mia dari tempat tido semasa usia mencecah 7 tahun...tq kak share...

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. betul sebenarnya garispanduan ini kita telah diajar / didik oleh ibubapa kita semasa di zaman sekolah rendah lagi. tidur berasingan dari adik beradik yg berlainan jantina.

    cuma kita yg tidak sedar

    ReplyDelete
  13. saya komen entry 1-4 kat sini je laa ek kak..hehehe..sy belum ade anak lagi tapi lepas baca semua nie rasa cam berguna untuk amik tahu sebab one day sy mungkin akan ade anak...

    tapi apa yang sy paham lepas baca semua ialah benda yang paling penting untuk ibu bapa ilah menjaga aurat kepada anak2 ek kak..yer laa mana tahu kalau tak dijaga nanti nafsu mereka boleh bangkit dan cuba melepaskannya dengan orang lain..heheh

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  14. panduan asas yang berguna ni :)

    ReplyDelete
  15. Pada kakaklah Ujie, kalau sekolah agama di Johor ni dah belajar pun tapi itulah 'iman' bukan boleh dipupuk sehari-dua. Ibu-bapa juga kena ambil peranan..

    Environment kita terdedah isu negatif yg terlalu banyak.

    ReplyDelete
  16. ye la saya pun baru tahu sebab tidur mengiring kanan utk cegah timbul nafsu syahwat selain utk kesihatan badan.
    p/s:kalau tak salah,saiz gambar pun pengaruhi loading blog...:)

    ReplyDelete
  17. bagus jugak info ni..
    untuk pengetahuan



    waaa...blog dah bertukar wajah..
    ingat salah masuk tadi...



    ReplyDelete
  18. bagus entri ni ujie..anak2 kak fieda dh kena potong ni mmg byk mende nk kena pantau..

    ReplyDelete
  19. AZLAN:
    betul apa yg azlan paham, sbb nafsu syahwat berkait rapat dgn AURAT.

    KAKZAKIE:
    yelah..sekolah tu cuma utk mengajar. Tapi yg mendidik adalah ibubapa.

    EITA:
    smlm..rasa bosan sgt tengok blog ni. terus godek sana sini. :)

    ReplyDelete
  20. itu lah masalahnya. tak mencegah dari akar umbi. camne nak berkesan.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****