Thursday 6 December 2012

Kursus Bina Negara



Harini konon nak kemas dokumen dalam fail, tengah menyelak-nyelak jumpalah sijil ni. Sijil Kursus Bina Negara atau biasa sebut Kursus BTN. Kursus ni wajib bagi pelajar-pelajar tingkatan 4 sekolah saya. Sekolah lain saya tak pasti macamana. Terus terimbau kenangan berbelas tahun lalu (sebenarnya dekat 20 tahun dan terus sedar diri dah tua!).

Kursus selama 5 hari ni diadakan di Kem Warisan Bukit Cempedak, Linggi/Melaka. Masa tu saya bersekolah asrama di Seremban, jadinya taklah terlalu jauh. Cuma ke negeri jiran je. Kem ni menarik sebab terletak di tepi sungai dan masih dikelilingi alam semulajadi. Dorm yang saya duduk pun betul-betul tepi sungai, cantik je pemandangan siang hari. Kalau waktu malam ramai askar berkumpul kat lapangan tepi dorm, bila siang tak perasan pulak ke mana mereka. Bab makan memang cukup, sebab banyak kali waktu makannya. Yang kurang best, bab bilik mandi dan tandas. Takde bilik air tapi ada satu kolah besar, kena mandi ramai-ramai. Tandas pulak satu je untuk dorm kami, dan asyik ada katak.

Disebabkan kami dari sekolah agama, pihak sekolah minta tiada percampuran aktiviti antara pelajar lelaki dan perempuan. Bukanlah tak campur langsung, tapi bila buat group tu takdelah campur jantina. Termasuklah untuk aktiviti merentas hutan dan turun bukit guna tali, kalau group perempuan tu memang takde bantuan langsung dari kawan lelaki. Mencabar tapi sangat seronok.

Cerita yang paling saya ingat, ada satu pagi tengah berkawad tiba-tiba seorang kawan lelaki jatuh pengsan. Tak lama kemudian diikuti kawan-kawan lelaki yang lain, kira ramailah jugak. Semua tertanya-tanya, kenapa lelaki je yang pengsan tapi perempuan sihat-sihat je. Puncanya? Tandas dorm lelaki dah takde air selama beberapa hari, jadinya tak dapat 'buang hajat besar'. Bahaya betul kalau tak buang benda kotor kan.

Kesimpulannya, saya sangat enjoy dengan kem ni. Tak perlu cerita panjang lagi, biar saya tersenyum sorang mengimbau kenangan lalu. Sekarang ni ada lagi ke kursus BTN untuk pelajar sekolah menengah? Sebab sekarang ada PLKN. Korang pulak, ada kenangan di kem BTN ni?


*nak tau sejarah & kontroversi berkaitan BTN? SINI.

25 comments:

  1. tak pernah join lagi kem btn... sbb dulu berjaya mengelak

    ReplyDelete
  2. salam kak ujie..

    sy pegi btn masa mula2 join gov..buat kat langkawi..ok la best, cuma ada sesetengah fasilitator terlalu bosan sampai tersengguk2 tahan ngantuk hahaha

    ReplyDelete
  3. saya pun pernah pergi, sudahlah masa tu nak kawin kene pergi kursus ni.. mmg enjoy sebab banyak aktiviti berkumpulan dan kt rapat dgn semua ahli kumpulan... mmg seronok, yg x seronoknya saya terjatuh mas buat pusing² kwn yg jaga saya tu main² tak pasal seluar sy koyak.. kwn tu mintak maaf mcm menyesal sgt buat mcm tu kat saya hihihihihi.....

    ReplyDelete
  4. saya x ada btn kak....setakat kalo kat maktab pun buat BIG- Bina Insan Guru...kata org BIG ni sama macam BTN

    ReplyDelete
  5. Weii khai sama lah kita.. Sentiasa berjaya elak btn.. Hahah


    Part tak buang air besar teww, boleh ekkk tahan..?

    ReplyDelete
  6. sampai pengsan? tak pernah dengar...

    sekarang penjawat awam pun dah tak diwajibkan pergi kursus ni...

    ReplyDelete
  7. Lily takde BTN ni..memang boleh buat tersenyum bila mengimbau kenangan lalu...lagi² zaman persekolah..banyak kenangan..^^

    ReplyDelete
  8. saya tak penah join BTN.dulu nak join masa kt u tapi terlepas le pulak...

    ReplyDelete
  9. KHAI & TEA:
    korang ni kaki mengelak rupanya..^__^

    ZIE:
    fasi yg bosan? patutnya peserta.

    MASYA:
    sampai koyak seluar, mmg takleh lupa tu. :)

    SM:
    lps kejadian tu, baru tau boleh pengsan kalau dok 'menyimpan'.

    AISHAH:
    masa kat U pun ada jugak, tapi saya tarik diri sbb geng ajak g camping.

    ReplyDelete
  10. kak ujie, izan pun antara org2 yg tak pernah join BTN. hmm.. dah tak ingat lah plak camna boleh terlepas masa zaman2 kat u dulu.

    ReplyDelete
  11. as salam

    saya tak join yg masa sekol..saya join masa kat upm 1st semester..ade ke dia bagi kat maran, kg saya..tah pape..

    rupanya tahan berak boleh pengsan eh..kesian..agaknya jadi kematu kut dlm perut..

    ReplyDelete
  12. TIHARA:
    kat upm mmg dia bg ikut negeri asal kita, saya dpt johor. Lps tu saya jumpa pegawai ckp nak ke Perlis. Membebel dia..'org nak bg balik kg tak mau'. Tapi dia tukarkan jugak nama saya ke Perlis. :)
    Lps tu diam2 tak pegi..nasib takde apa2.

    ReplyDelete
  13. Bila Ujie sebut pengsan kakak ingatkan ada kes dera - la... tak buang air kesiannya.

    ReplyDelete
  14. dah dua kali kursus BTN..memang mnyeronokkan...

    ReplyDelete
  15. 2x MJ join BTN masa skolah..
    Form 4 dan Form 5..
    Best walaupun penat :D

    ReplyDelete
  16. kenapa semua orang pernah join ros tak pernah ek? huh! sungguh tak layakkkkk jadi warganegara Malaysia..:'(

    ReplyDelete
  17. Saya pun pernah ikut kursus BTN di Langkawi. Yg paling diingati dikurung tanpa boleh tengok TV atau baca akhbar dan mandi beramai2 setiap hari dlm kolam besar cuma memakai seluar dalam!!!

    ReplyDelete
  18. ROS:
    Takpe, kot kat maktab nnti ada. Masa tu jgn tak suka pulak. ^__^

    JR:
    aik!! Tu masuk kem ke masuk 'ratu cantik'. Pelik je JR...tapi lawak jugak!

    ReplyDelete
  19. wow!!
    kenangan lama tu..
    ehehehe

    ReplyDelete
  20. Ohhh..ada BTN masa sekolah menengah ya? zaman saya sekolah menengah takde...

    ReplyDelete
  21. huhuhu,,..suke2x tp bhya kot tak membuang...bahan kimia semua dr bdn kna buang..efek tu..pgsn smpi dh..huhu

    ReplyDelete
  22. masa tingkatan 6 dulu ada masuk kem bina negara..kat besut..selama 4 hari
    best sangat2...tapi banyak pengsan dari wat aktiviti..hahahhahahaha

    ReplyDelete
  23. EITA:
    la..apa cite boleh byk pengsan tu? ^__^

    ReplyDelete
  24. rs mcm dah xda sbb spttnya semua gov servant wajib pergi kan tp ira x kena la plak pdhal ira mcm wajib gak gi..

    dgr2 dah dimansuhkan kot..xpasti tp ira terlepas la dr kena pergi hihihi

    cuma dekat ipg @ maktab kami ada BIG - bina insan guru tu ada sem2 trtentu y wajib pergi..y tu mmg xdpt dielakkan heee...lbh krg je mcm BTN kot...cm xda modul2 tu la n brainwash tu kurang skit huhu

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****