Friday 7 December 2012

Ke Makam Bonda : Dari Puisi Menjadi Lagu

Kemboja...sinonim dengan kuburan.

KE MAKAM BONDA

Kami mengunjungi pusara bonda
Sunyi pagi disinari suria
Wangi berseri puspa kemboja
Menyambut kami mewakili bonda

Tegak kami di makam sepi
Lalang-lalang tinggi berdiri
Dua nisan terkapar mati
Hanya papan dimakan bumi

Dalam kenangan kami melihat
Mesra kasih bonda menatap
Sedang lena dalam rahap
Dua tangan kaku berdakap

Bibir bonda bersih lesu
Pernah dulu mengucupi dahiku
Kini kurasakan kasihnya lagi
Meski jauh dibatasi bumi

Nisan batu kami tegakkan
Tiada lagi lalang memanjang
Ada doa kami pohonkan
Air mawar kami siramkan

Senyum kemboja mengantar kami
Meninggalkan makam sepi sendiri
Damailah bonda dalam pengabadian
Insan kerdil mengadap Tuhan

Begitu bakti kami berikan
Tiada sama bonda melahirkan
Kasih bonda tiada sempadan
Kemuncak murni kemuliaan insan


Karya : Usman Awang (1955)
(credit: puisiemas)


Puisi yang begitu menyentuh hati ini kemudiannya digubah menjadi lagu oleh Siso Kopratasa, seterusnya didendangkan oleh kumpulan nasyid UNIC. Sebagaimana karya asalnya, lagu Ke Makam Bonda juga turut mendapat sambutan yang baik. Bagi yang belum pernah mendengarnya, dengarkanlah...




p/s: Saya sebenarnya suka lagu-lagu yang diadaptasi dari puisi, bahasanya indah dan menyentuh jiwa. 

12 comments:

  1. Kalau radio IKIM selalu juga dendangkan lagu ini Ujie. Kakak pun suka kadang terasa syahdu apa lagi teringat arwah emak...

    ReplyDelete
  2. tunggu akak buat puisi pula..hehe

    ReplyDelete
  3. tadi baru sahaja baca tentang Yasmin blogger remaja yg meninggal dunia..ni akak lak berpuisi dengan lagu ke makam bonda..ouh, sungguh mengingatkan kite pada kematiannnn...:'(

    ReplyDelete
  4. masa study dulu pernah juga buat research guna puisi ini...

    ReplyDelete
  5. :) puisi...lame tak dgr..lame tinggal dh puisi2x...

    ReplyDelete
  6. puisi zaman sekolah dl..tapi sekarang kalau dengar mesti ingat kat arwah mak

    ReplyDelete
  7. saya pilih untuk taknak tekan butang play. sedih nanti ;(

    ReplyDelete
  8. masa sekoloh dulu memang kaji puisi ni...

    ReplyDelete
  9. dulu selalu nyanyi lagu ni dalam bilik air..minat betul UNIC dulu..heheheh

    ReplyDelete
  10. best lagu dia...nanti nak cari la mp3 punya...:)

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****