Wednesday 19 December 2012

Ikan Ayam

Lauk Ikan Ayam masak Kuning.
Korang tau tak kewujudan ikan ni?
Ia dipanggil IKAN AYAM. Nama sebenar tak tau.
Saya ni kira baru jugaklah tau dan jumpa ikan ni.
Dipanggil 'ikan ayam' sebab isinya macam daging ayam.
Tapi rasanya tak macam daging ayam pun, rupa je.
Ikan ni sesuai jugak dimasak kari, juga boleh dibuat sup.
Macam dalam gambar atas ni, mak (mertua) saya masak Kuning.
 
Meh kita tengok rupa asal ikan ni..macam pelik sikit kan?
(sumber: blog INI)
 
p/s: Sekarang ni dah kat kampung di Johor. Nasib line internet ok!
 


28 comments:

  1. Nasib baik ikan tu tak berbulu pelepah.. Masak juga nak lapah

    ReplyDelete
  2. kalau pi tesco selalu jugak nampak ikan ni..tapi sebab dia tak comey tak pernah terlintas lak nak beli..hahah

    ReplyDelete
  3. Ikan ayam? Nasib baik dia tak berkokok dalam peti ais kan....

    ReplyDelete
  4. tetap tak makan semua ni..

    tapi masakan tu nampak sedap

    ReplyDelete
  5. ooo, tak pernah tahu or nampak ikan ni 0.0

    ReplyDelete
  6. Dulu kecik2 mak selalu masak kari. Tapi sekarang kat pasar sini dah susah jumpa... Dagingnya memang sedap.

    ReplyDelete
  7. lily 1st time tau ni..sebelum ni mmg tak tau tentang ikan ni...

    ReplyDelete
  8. Ikan ayam ni, kalau family saya panggil juga dgn nama ikan sebelah. Selalunya family saya masak asam pedas ikan ni...best sebab daging dia banyak ala ala ayam..keh keh keh

    ReplyDelete
  9. pernah nmpk sekali masa balik kg baru ni..kena lapah sikit kan kulit dia..

    ReplyDelete
  10. tau dr kakak ipar..
    tak silap saya ikan ayam ni isi dia masak nampak mcm ayam kn??ikan sebelah kalau masak tak nampak mcm ayam..dan rupa pn tak sama mcm gmbar tu..

    ReplyDelete
  11. ayah saya jual ikan dulu..so mmg tau sangat ikan ni..kulitnya kena disiat dengan pliers..hehehe..

    daddyzz,
    kalau family saya, ikan sebelah tu lain pulak rupanya..

    ReplyDelete
  12. Pernah juga dgr ikan nie,ada sekali hubby beli MIL masak sup je,ok juga rasanya.

    ReplyDelete
  13. tak pernah tengok ikan ni..nama ikan ayam pun baru kali ini dengar

    ReplyDelete
  14. alamak...1st time dengar nama ikan nie...asal rupa dia tak hensem..dah masak br nmpak hensem..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  15. aik..campur dua2x ke tu??slalu klu ayut mkn ayam gan ikan tak leh masuk rasa yer...hihihi

    ReplyDelete
  16. Dulu mak sy pnh msk kari gune ikan ni.Heee!

    ReplyDelete
  17. chopp saya tak pernah tengok, ni 1st time..terjakun kejap..seriyes nampak cam isi ayam kat gambo tu...wat masak kicap dap tak? :)

    ReplyDelete
  18. Pertama kali dgr pasal ikan ni...teruja jugalah nak cuba...

    ReplyDelete
  19. DADDY Z:
    ikan sebelah.. lain kot..

    FIEDA:
    A'ah..lapah byk pun. Org psr yg buat.

    RAI:
    Mak ckp gitula..punyala susah ya.

    AYUT:
    bkn campur ayam dgn ikan..mmg ikan tu dipanggil ikan ayam.

    TIHA:
    hahaha..saya pun taktau! ni pun mak yg msk..

    ReplyDelete
  20. Kalau resep ikan sama ayam ini pasti lezat dan nikmat, sama dengan seleraku...hehe

    jangan lupa singgah yah

    http://penyuluhpi.blogspot.com/

    ReplyDelete
  21. Kakak pun panggil ikan ayam Ujie. Kulit dia keras biasa yg jual akan tolong bersihkan. Kakak nampak dia siang guna player.

    Goreng pun sedaplah ujie. Lepas tu masak merah macam ayam. Kakak suka ikan nie banyak isi.

    ReplyDelete
  22. tak pernah jumpe... tp anak saya kdg² daging ayam pun dia pgl nak makan ikan ayam hahahahaha.. saboo jerlah...

    ReplyDelete
  23. KAK ZAKIE:
    oh..lain kali nak msk merah la jugak.

    MASYA:
    hahaa..tu ikan ayam versi lain. ^___^

    ReplyDelete
  24. eh sy pun 1st time dengar ni..

    lawak komen faiz,kalau ada bulu jenuh la..dah nama ikan ayam berbulu plak hahahaha

    ReplyDelete
  25. pernah beli ikan ni, nak menyiang punyalah susah, takde leher...isinya sedap, mcm daging ayam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selepas 10 tahun berlalu, saya masih belum pernah membeli sendiri apa lagi menyiang ikan ayam ni 😄

      Delete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****