Sunday, 9 December 2012

Durian IOI @ D101

Petang tadi dalam hujan gerimis, masih berkesempatan ke gerai durian yang terkenal berhampiran rumah saya ni (di Jalan Dengkil). Terkenal sebab gerai buahnya besar dan ada disediakan meja/kerusi untuk pelanggan menikmati durian di situ. Kelebihan makan terus durian kat situ, kalau buah tak elok boleh terus tukar. Kiranya tak rugilah duit kita membayarnya.

Mulanya hajat kami suami isteri nak merasa Musang King, tapi penjual gerai tu syorkan IOI. Paling sedap katanya. Kalau D24 pulak ada rasa pahit, masih kurang sedap. Jadinya kami ambil dua biji durian- sebiji Musang King dan sebiji IOI. Jumlah berat 2 biji durian- 4kg. Harga? Musang King RM20/kg (mahal gila kan!), tapi sebab beli yang dah merekah hujungnya boleh dapat RM10/kg. IOI pulak lebih murah RM10/kg. Bukan makan berdua je, tapi makan dengan adik ipar dan isterinya. 

Inilah durian IOI atau D101. Pertama kali dengar jenis ni sebenarnya tau. 
Yang ni lain macam sikit sebab kat tengah-tengah pun ada durian. Bukan seulas tau, tapi ada 2 ulas lagi kat dalam tu. Si penjual siap pesan suruh ambik gambar durian ni sebab jarang jumpa begini.
Rasanya? Memang lebih lemak dan manis berbanding Musang King!


Yang berlonggok kat bawah ni durian kampung. 
Harganya 10 biji - RM60. Banyak lagi dalam bakul-bakul kat tepi tu.


p/s: Kalau siapa hantu durian ni memang puas makan kat sini. Banyaak sangat durian, geram tengok. Saya pulak makan sekadar nak merasa je. ^__^

18 comments:

  1. Lily pun pertama kali dengar jenis IOI ni..nampak cantik isi dia..

    ReplyDelete
  2. Susunan isi durian tu macam 101...

    ReplyDelete
  3. inilah dia penguat nak melaksanakan misi terbaru. dengarnya musang king kat bentong rm10/kg...

    ReplyDelete
  4. wak pon baru mamam duriyan kat depan icity jugkakk..a HHKks

    ReplyDelete
  5. LILY:
    sbb kita bkn hantu durian kot..tu tak kenal ioi ni.

    MIE:
    yelah..seakan-akan!

    SM:
    Misi kena segera dijalankan..nnti buah dh kurang, mahal semula.

    WAK:
    wah wak..asik icity je. smpai mkn durian pun kat sana ya..

    ReplyDelete
  6. sedappppnyee... kay kuching ni pun sana sini durian.. dh ari2 msk gulai tempoyak, pengat durian, lempeng durian, pulut durian, durian +sagun kelapa... durianku durianmu jua..

    ReplyDelete
  7. Huuwaaa... jelesnya... Durian 101 tu lagi sedap daripada musang king ke? Saya tak penah try musang king. Unik giler ada buah kat tengah2. Adakah itu petanda tertentu? Kot2 nak lekat anak ke insyaAllah. Hihi.

    ReplyDelete
  8. favourite kak..kite hantu durian! :P hehe

    ReplyDelete
  9. hahaha..saya igtkan IOI Mall !

    Musang King saya tak pernah makan..memang sangat sangat sedap dan berbaloi dgn harganya ke?

    ReplyDelete
  10. as salam

    saya pun makan gitu2 jer..tapi gitu2..6 ulas sekali makan..rasa mcm byk sgt dah tu..nice lah durian yg ada isi kat tengah2 unik :)

    ReplyDelete
  11. sekarang tengah trend durian crepe. tapi kita tak pernah lagi rasa.

    ReplyDelete
  12. Ada org kata durian tahi gajah pun sedap juga. Tapi tak kira durian musang king atau 101, JR memang tak suka durian..bila banyak menghidu bau yg menusuk hati itu migrain akan datang menyerang...adoooiiiii...

    ReplyDelete
  13. pening dah dengar durian ni...hehe

    ReplyDelete
  14. TEA:
    rajinnyee kau memasak Tea!
    durian+sagun kelapa..camne tu?

    LYD:
    masin la mulut Lyd kan..^__^

    ROS & DIANA:
    tu diaa..hantu2 durian mengaku. hahaa

    DADDY Z:
    IOI lg sdp dari musang king yg harganya lebih mahal tu. kalau RM10/kg berbaloi la, mahal lagi tak payahlah. kecuali mengidam.

    TIHARA:
    kalau durian kampung yg comel2 tu bolehla mkn byk, yg jenis tebal ni..cpt kenyang, muak.

    RARA:
    takpe rara, rasa mcm mkn durian jugak pun..cuma nama je gah.

    JR:
    durian tahi gajah? tak rela..

    CIKGU MA:
    blm tengok & makan pun dah pening eh..^__^

    ReplyDelete
  15. xpnh tgk yg 101 tu..1st time gak dgr n uniknyaa sbb tgh2 pon ada durian hihihihi...

    ira kalo ada durian dpn mata makan gak..kalo xda xkisah pon hihihi..

    tp suka makan la kirenya hee.. :)

    ReplyDelete
  16. Durian IOI bukan nya D 101 tetapi adalah D168 . Untuk makluman

    ReplyDelete

Komen kalian...bicara antara kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...